Hatyai Kembali Rancak, Dipacu Pelancong dari Malaysia !

Hatyai, sebuah bandar raya ynag terletak dengan sempadan Thailand-Malaysia kini kembali meriah dan sesak dengan pelancong khususnya dari Malaysia.

Bandar raya ini menjadi destinasi pelancongan pilihan ramai rakyat Malaysia lebih-lebih lagi pada musim cuti sekolah di Malaysia sekarang.

Berikutan keadaan COVID-19 semakin pulih dan pembukaan semula sempadan Thailand-Malaysia sejak 1 April lalu, kemasukan pelancong bertambah ramai dan bandar Hatyai kini hidup kembali selepas dua tahun ‘sakit’.

Pasar terapung (floating market) Khlong Hae Floating antara destinasi popular kembali sesak dengan pelancong manakala hotel di Hatyai dan di sekitarnya habis ditempah.

Presiden Persatuan Hotel-Hotel SOngkhla, Hatyai (Hatyai Songkhla Hotels Association), Sittipong Sitthiprapha berkata kemasukan pelancong Malaysia khususnya pada musim cuti sekolah amat memberangsangkan.

Ini sekaligus membantu merancakkan lagi ekonomi tempatan yang terjejas teruk ketika pintu semapdan ditutup dan pelbagai sekatan dikenakan bagi membendung penularan COVID-19 sejak awal 2020.

Sejak cuti sekolah di Malaysia bermula pada 3 hingga 5 September, lebih 20,000 pelancong Malasia memasuki Thailand melalui tiga pintu masuk ke Songkhla iaitu Sadao, Bukit Kayu Hitam dan Ban Prakop.

“Peningkatan ketibaan pelancong bakal merangsang pemulihan ekonomi pasca COVID-19,” kata Sitthipong kepada Bernama.

Sementara itu, Naib Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Datuk Khoo Boo Lim berkata rakyat Malaysia khususnya yan tinggal di negeri bersempadan dengan Thailand gemar membawa keluarga bercuti di Hatyai ketika cuti sekolah.

“Perjalanan yang singkat dan murah, makanan yang sedap serta tempat penginapan yang murah antara tarikan rakyat Malaysia suka berkunjung ke Hatyai,” katanya.

Lapan bulan pertama tahun ini, Thailand mencatatkan lebih 4.6 juta ketibaan pelancong antarabangsa dengan rakyat Malaysia mendahului senarai iaitu seramai dengan 647,648 orang.

Thailand menjangkakan kedatangan pelancong Malaysia mencecah sejuta orang menjelang akhir tahun ini.

Sumber : Bernama

Artikel Terpilih

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Warga Perak terutamanya bagi mereka yang berada di ibu negeri Perak, Ipoh kali ini boleh lah meluangkan masa bersama keluarga…
Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 jenis bunga bakal menjadi tarikan pengunjung pada Pesta Bunga Melaka 2022 yang akan berlangsung di Taman Seribu Bunga,…
MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

Penerbangan sulung syarikat penerbangan tambah rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mendarat di Pulau Pinang pada 23 Disember, sekali…
Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Mencari homestay yang mesra kanak-kanak agak sukar terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kadang-kala ibu bapa perlukan masa untuk…
Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Pulau Pinang sememangnya satu lokasi pelancongan utama di negara kita. Dikenali ramai dengan tempat-tempat menarik bukan sahaja oleh pelancong tempatan…
Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Kualiti dan potensi pelbagai kemudahan di negeri ini menjadi faktor Selangor dipilih sebagai tuan rumah pameran adiwira dunia pertama di…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?