Ingin Bercuti di Port Dickson? Ini 10 Lokasi Penginapan Terbaik di Port Dickson

Bandar Port Dickson yang terletak di Negeri Sembilan merupakan salah satu lokasi popular dikalangan pelancong untuk bercuti kerana keindahan pantai dan lautnya. Terletak 32 kilometer dari Seremban dan 90 kilometer dari Kuala Lumpur, bandar peranginan ini menjadi tumpuan warga kota dan lain untuk bercuti dan bereha dari kesibukan kota.

Memilih lokasi penginapan di Port Dickson pastinya satu pemilihan yang sangat sukar kerana begitu banyak lokasi penginapan menarik dengan pelbagai kemudahan yang ditawarkan. Oleh itu, untuk memudahkan anda memilih, kami senaraikan 10 Lokasi Penginapan Terbaik di Port Dickson untuk anda semua!

Avilion Admiral Cove

Bercuti di Port Dickson pastinya lebih menarik di Avilion Admiral Cove ini. Disajikan pemandangan laut yang indah, penginapan yang selesa ini memberikan anda pelbagai kemudahan yang menarik seperti kolam renang, gym, gelanggang tennis dan pelbagai lagi.

Ruangan sekitar hotel yang begitu anda dapat anda lihat di sini. Selain itu, anda juga boleh gunakan Wifi disini secara percuma!

Penginapan dibilik pula sangat selesa dan mereka memberikan kemudahan yang sangat cukup seperti balkoni, ruangan rehat, TV , katil sofa dan pelbagai lagi. Pemandangan dari bilik ke arah Selat Melaka pastinya sangat indah!

Lokasi : 5 1/5 Mile, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Malaysia 
Harga : Bermula RM280+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | Avilion Admiral Cove

Ancasa Residences

Selesa dan menenangkan untuk percutian anda sekeluarga! Itulah yang anda akan rasai jika memilik penginapan di Ancasa Residences kerana penginapan disini cukup menarik!

Seperti berada dirumah sendiri, lengkap dengan ruangan dalaman seperti dirumah termasuklah ruang tamu, balkoni, dan ruangan dapur. Fasiliti yang tersedia juga cukup menarik seperti kolam renang, tiga tempat pilihan makan dan juga pusat rawatan spa! Bolehlah anda memilih aktiviti mana yang anda mahu lakukan.

Selain itu, anda juga boleh melakukan aktiviti air seperti berkayak atau menyelam sekiranya ke sini! Dapatlah juga melakukan aktiviti menarik disini! Untuk menginap disini, anda boleh memilih sama ada satu bilik, dua bilik atau tiga bilik dan harganya berbeza mengikut jumlah bilik.

Lokasi : 8 1/2 Jalan Pantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Malaysia 
Harga : Bermula RM149+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | Ancasa Residences

Tasik Villa International Resort

Antara penginapan yang menarik di Port Dickson adalah di Tasik Villa International Resort. Terletak berdekatan dengan temapt menarik seperti Muzium Lukut, Alive 3D Art Gallery, Wild West Cowboy Indoor Theme Park dan pelbagai lagi.

Di Tasik Villa International Resort ini, antara kemudahan fasiliti yang tersedia adalah kolam renang, restoran yang menarik , gym, bilik sauna dan juga perkhidmatan urut. Banyakkan fasiliti yang menarik?

Penginapan disini juga sangat selesa, setiap unit yang ditawarkan begitu luas, tersedia dengan kemudahan pendingin hawa, TV, balkoni dan juga ada kolam di dalam bilik! Anda boleh pilih jenis penginapan yang anda mahukan mengikut harga yang sesuai dengan bajet anda!

Lokasi : Jalan Tasik Villa, Pusat Pelancongan Antarabangsa Kota Lukut, Port Dickson, 71010 Port Dickson, Malaysia
Harga : Bermula RM258+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | Tasik Villa International Resort

Lexis Hibiscus

Siapa yang tak pernah dengar Lexis Hibiscus Port Dickson ini? Rata-ratanya ramai yang dah kenal dan tahu tentang penginapan yang cukup popular ini. Lexis Hibiscus ini popular kerana chalet yang ditawarkan disusun cantik membentuk bunga raya iaitu bunga kebangsaan kita.

Perkhidmatan bertaraf dunia bakal anda rasai sekiranya anda memilih Lexis Hibiscus sebagai lokasi percutian anda bersama keluarga, rakan-rakan atau pasangan anda. Menawarkan fasiliti hebat seperti kolam renang, spa dan pelbagai lagi, anda pastinya akan puas dan tak akan lupakan pengalaman bercuti disini.

Antara fasiliti kemudahan yang disediakan termasuklah pendingin hawa, kolam renang di dalam bilik, minibar, televisyen dan pelbagai lagi. Melihat pada gambar sahaja sudah nampak betapa eksklusif percutian disini bukan?

Lokasi : 12th Miles Jalan Pantai 71250 Pasir Panjang Negeri Sembilan Malaysia, 71250 Port Dickson, Malaysia
Harga : Bermula RM888+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | Lexis Hibiscus

Glory Beach Resort

Glory Beach Resort, Port Dickson juga merupakan salah satu lokasi penginapan popular. Menjadi pilihan ramai pengunjung dari luar dan dalam negara, Glory Beach Resort menawarkan pilihan penginapan di apartment dan anda boleh memilih sana ada apartment 2 bilik atau 3 bilik.

Terletak di kawasan Tanjuk Gemok, Glory Beach Resort ini hanya 10 minit sahaja dari pusar bandar Port Dickson. Antara fasiliti yang tersedia disini termasuklah kolam renang, gelanggang tennis, dan pelbagai lagi.

Pemandangan laut yang indah melalui tingkap pastinya membuatkan percutian anda begitu teruja. Anda bolehlah melakukan aktiviti menarik seperti mandi manda di kolam renang, di pantai atau pelbagai lagi.

Lokasi : Batu 2, Jalan Seremban, Tanjung Gemuk, 71000 Port Dickson, Malaysia 
Harga : Bermula RM239+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | Glory Beach Resort

Thistle Port Dickson

Dengan kolam renang yang cukup besar dan luas, percutian anda di Port Dickson pastinya lebih menarik di Thistle Port Dickson. Memilih lokasi ini sebagai tempat penginapan anda adalah satu keputusan yang sangat tepat kerana anda akan menerima pelbagai kemudahan yang menarik.

Di resort ini anda akan diberikan lima pilihan untuk lokasi hidangan makan. Untuk penginapan pula, setiap unit direka dengan begitu cantik, rekaan dalaman yang sangat eksklusif dan selesa. Kemudahan yang ditawarkan termasuklah pendingin hawa, TV, balkoni dan pelbagai lagi.

Anda juga boleh bersenam dan bersukan di gym yang turut tersedia disini. Selain itu, anda juga boleh bermain permainan atau menyewa basikal untuk bersiar-siar disekitar kawasan ini. Menarik bukan?

Lokasi : KM 16, Jalan Pantai, Teluk Kemang Si-Rusa, 71050 Port Dickson, Malaysia 
Harga :
Bermula RM303+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | Thistle Port Dickson

Alexis Private Water Chalets

Tinggal di atas air? Sekiranya anda ingin menginap di chalet atas air dengan kemudahan premium, anda bolehlah memilih Alexis Private Water Chalet. Unit chalet yang sangat sesuai untuk apa jenis percutian anda, sama ada bersama keluarga, reunian rakan-rakan, percutian kerja dan sebagainya! Lokasi ini juga sempurna untuk anda kerana kemudahan yang disediakan adalah terbaik!

Antara fasiliti yang tersedia di sini termasuklah kolam renang, gym, taman permainan dan pelbagai lagi. Oh ya, tempat meletak kereta juga turut disediakan secara percuma. Rekaan dalaman chalet yang menarik serta pengalaman anda menginap di chalet atas air pastinya sangat seronok!

Lokasi : Batu 2, Jalan Seremban, Lexis Port Dickson Negeri Sembilan, 71000 Port Dickson, Malaysia
Harga : Bermula RM417+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | Alexis Private Water Chalets

Corus Paradise Resort

Okay, antara lokasi lain yang anda boleh pilih sebagai lokasi percutian anda di Port Dickson adalah Corus Paradise Resort. Terletak lebih kurang 3 kilometer dari pusat bandar Port Dickson, antara kemudahan yang ditawarkan di sini termasuklah kolam renang, pantai, pusat kecergasan, fasiliti sukan air dan pelbagai lagi. Banyak juga aktiviti yang anda boleh lakukan tanpa keluar dari kawasan resort ini.

Bilik penginapan yang bercitarasa konsep moden ini tersedia dengan pendingin hawa, TV, peti ais dan juga barangan asas yang lain. Anda boleh memilih untuk makan di Laguna Restaurant atau Dickson Coffeehouse.

Lokasi : Port Dickson, 71000 Port Dickson, Malaysia 
Harga : Bermula RM150+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | Corus Paradise Resort

Grand Lexis Port Dickson

Percutian serba mewah dan eksklusif yang ditawarkan di Grand Lexis Port Dickson pastinya tidak akan dilepaskan! Dengan pilihan penginapan yang cukup menarik, seperti rekaan dalaman moden, kemudahan fasiliti yang terbaik, pemandangan dari bilik yang cukup indah, semuanya menjadikan percutian anda disini benar-benar menarik.

Lengkap dengan kolam didalam bilik, anda boleh memilih bilik atau villa yang mengadap pemandangan laut serta panel kaca yang membolehkan anda melihat laut dari lantai sahaja!

Terdapat 4 pilihan restoran yang anda boleh pilih sebagai tempat menjamu selera dimana semuanya menawarkan makanan dan menu yang cukup sedap.

Lokasi : Batu 2, Jalan Seremban, Negeri Sembilan, 71000 Port Dickson, Malaysia
Harga : Bermula RM720+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | Grand Lexis Port Dickson

D’Wharf Hotel & Serviced Residence

Lokasi terakhir dalam senarai ini adalah D’Wharf Hotel. Dengan harga yang cukup berpatutan, penginapan di sini sangat menarik lengkap dnegan kolam renang, pantai yang cantik, gym, taman permainan kanak-kanak, dan pelbagai lagi.

Fasiliti yang tersedia di bilik termasuklah balkoni, pendingin hawa, peti ais, dan sebagainya. Rekaan dalaman yang moden dan minimalis ini pastinya membuatkan anda selesa menginap disini.

Lokasi : Persiaran Waterfront PD Waterfront, 71000 Port Dickson, Malaysia
Harga : Bermula RM131+ Semalaman
Laman Web : Booking.com | D’Wharf Hotel

Bagaimana dengan lokasi penginapan yang kami senaraikan ini? Anda bolehlah memilih dengan mudah selepas ini. Pelbagai perkhidmatan dan kemudahan fasiliti tersedia mengikut bajet anda serta pengalaman percutian yang anda mahukan.

Terima kasih kerana membaca artikel kami dan jangan lupa untuk kongsikan kepada rakan-rakan anda ya! Sekian.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *