Ini 20+ Perkara yang anda perlu tahu sebelum bercuti di Pulau Tioman !

Tahukah anda pada tahun 1990-an dahulu pelancong yang datang ke Pulau Tioman adalah sekitar 800 -1200 sahaja? Kini, anggaran pelancong yang datang adalah sekitar 30,000-50,000 sebulan. Pulau Tioman sememangnya terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan di Malaysia.

Ramai juga pelancong tempatan dan juga antarabangsa menjadikan pulau ini sebagai lokasi percutian mereka. Sebelum berkunjung ke sana, apa kata baca dulu beberapa info dan fakta menarik tentang Pulau Tioman ini:

20+ PERKARA PERLU TAHU SEBELUM BERCUTI DI PULAU TIOMAN !

Imej via Berita Harian

#1 Pulau Tioman adalah sebuah pulau yang terletak di perairan daerah Rompin, Pahang.
#2 Ianya berkeluasan hanya 468 kilometer persegi
#3 Kira-kira 90 peratus Pulau Tioman adalah kawasan hutan
#4 Ianya juga dikelilingi oleh lapan pulau kecil
#5 Menjadi antara lokasi kegemaran untuk aktiviti selam skuba dan snorkelling
#6 Mempunyai 10 buah kampung yang berpenghuni
#7 Penduduk tetap pulau Tioman adalah sebanyak 3314 orang
#8 Hampir 100 peratus penduduk kampung terlibat dalam industri pelancongan

Imej via PercutianBajet

BAGAIMANA CARA UNTUK KE PULAU TIOMAN?

#9 Pulau Tioman boleh dilawat dengan menaiki feri atau pesawat ringan
#10 Jika menaiki feri, pengunjung perlu mengambil feri dari Tanjong Gemok di Kuantan, Pahang atau dari Jeti Mersing, Johor
#11 Harga tiket feri satu hala ke Pulau Tioman adalah sekitar RM35 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak
#12 Perjalanan menaiki feri dari Jeti Tanjong Gemok ke Pulau Tioman mengambil masa kita-kira satu setengah jam
#13 Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tanjong Gemuk mengambil masa selama lima setengah jam jika menaiki kereta
Perjalanan dari Kuantan, Pahang ke Tanjong Gemuk pula mengambil masa selama kira-kira dua jam jika menaiki kereta

Imej via Travel Triangle

BILAKAH MASA TERBAIK UNTUK BERCUTI DI PULAU TIOMAN?

#14 Bulan Mei adalah permulaan waktu melawat Pulau Tioman yang terbaik kerana ketenangan dan keindahan suasana tropika adalah di tahap maksimum pada ketika ini. Tempahan penginapan juga boleh dibuat seawal bulan Februari.

#15 Sebaiknya bulan Jun atau Julai kerana waktu ini cuaca agak baik dan langit sentiasa cerah dengan cahaya matahari. Kos penginapan juga murah kerana ianya bukanlah waktu cuti sekolah atau cuti panjang di Malaysia.
Bulan Ogos juga sesuai bagi peminat selam skuba dan snorkelling kerana cuaca panas menyebabkan suhu laut bertambah menyebabkan hidupan laut semakin bertambah serta aktif.

#16 Bagi yang inginkan ketenangan dan kurang gangguan, bulan September adalah bulan terbaik untuk berkunjung ke sini kerana musim monsun hampir tiba dan ramai pengunjung sudah pulang. Kebanyakan peminat selam skuba dan snorkelling akan berkurangan kerana keadaan laut yang mula bergelora. Tempahan penginapan juga mudah dilakukan pada bulan yang sama.

#17 Perlu diingatkan bahawa cuaca buruk dan keadaan laut bergelora akan melanda pulau Tioman pada bulan November hingga Februari. Kebanyakan penginapan dan khidmat feri akan ditutup atas faktor keselamatan. Aktiviti pelancongan juga tidak berjalan sepanjang bulan ini.

Imej via WanPulauTioman

APAKAH AKTIVITI YANG MENARIK BOLEH DIBUAT DI PULAU TIOMAN?

#18 Bersantai di Pantai Paya
#19 Mengikuti kelas menyelam termasuk mendapatkan lesen menyelam dengan angaraan bayaran RM1000
#20 Nikmati keindahan alam termasuk beberapa lokasi air terjun seperti air terjun Asah yang terletak 6 kilometer dari kampung Mukut
#21 Menikmati keindahan pemandangan matahari jatuh di Berjaya Tioman Resort. Sukan golf juga ada disediakan di sini.
#22 Menikmati makanan tempatan yang sememangnya menyelerakan
#23 Jangan lupa membeli cenderahati dari Pulau Tioman untuk dibawa pulang
#24 Berjalan-jalan di sekitar pulau atau boleh juga jungle-trekking. Antara tempat menarik untuk berjalan-jalan adalah Kampung Tekek, Air Batang, Salang, Juara, Mukut & Nipah.
#25 Melawat pusat pembiakan penyu di Juara Turtle Hatchery.
#27 Nikmati suasana malam yang tenang dengan langit yang sentiasa berbumbungkan bintang.
#28 Memancing juga dibenarkan di pulau ini. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menangkap beberapa ekor ikan sebagai kenangan sambil menikmati pemandangan sekeliling yang cukup indah.

Rujukan : FitriHadi

Artikel Terpilih

"Percutian dalam negara masih dapat permintaan tinggi"- Tourism Malaysia

"Percutian dalam negara masih dapat permintaan tinggi"- Tourism Malaysia

Kecoh baru-baru ini apabila ramai mempertikaikan tentang rakyat Malaysia yang semakin ramai memilih negara jiran sebagai lokasi percutian berbanding lokasi…
Tahniah! AirAsia Dinobatkan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia kali ke 13 berturut-turut!

Tahniah! AirAsia Dinobatkan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia kali ke 13 berturut-turut!

AirAsia telah dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambah Rendah Terbaik Dunia di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2022 untuk tahun ke-13…
Rakyat Malaysia Tidak Perlu Visa Untuk Melancong Ke Jepun Bermula 11 Oktober 2022

Rakyat Malaysia Tidak Perlu Visa Untuk Melancong Ke Jepun Bermula 11 Oktober 2022

Berita baik buat ‘kaki travel‘, negara Jepun akan menghapuskan semua sekatan perjalanan COVID-19, termasuk keperluan pakej pelancongan untuk pelancong persendirian.…
Ini Senarai Penginapan Dengan View Gunung Kinabalu! Memang sangat cantik!

Ini Senarai Penginapan Dengan View Gunung Kinabalu! Memang sangat cantik!

Gunung tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Kinabalu merupakan sebuah lokasi yang menjadi tumpuan jutaan pelancong. Sama ada pelancong yang datang…
Harga Tiket Masuk Selangor Fruit Valley Naik RM5 Mulai 1 Oktober

Harga Tiket Masuk Selangor Fruit Valley Naik RM5 Mulai 1 Oktober

Harga tiket masuk ke Selangor Fruit Valley (SFV) akan mengalami kenaikan RM5 bagi memastikan perkhidmatan dan kualiti dapat ditingkatkan. Pusat…
Rasai Suasana Zaman Silam di Perkampungan Adat Melayu Seri Banian, Pendang, Kedah

Rasai Suasana Zaman Silam di Perkampungan Adat Melayu Seri Banian, Pendang, Kedah

Seni bina kediaman Melayu asli yang lazimnya berdindin kayu serta beratap nipah atua rumbia kini semakin ditelah zaman, digantikan dengan…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?