Jom Ke ‘Muzium Hidup’ Kampung Budaya Terengganu

Negeri Terengganu merupakan sebuah negeri yang kaya dengan kesenian, budaya dan warisannya. Dengan adanya produk pelancong terbaru ini, pastinya dapat memperkenalkan lagi budaya melayu kepada pelancong. Produk pelancongan terbaru itu adalah Kampung Budaya Terengganu.

Kampung Budaya Terengganu ini terletaknya di Kompleks Muzium Negeri, Losong di sini mula dibuka pada bulan September lalu kepada orang ramai.

KAMPUNG BUDAYA TERENGGANU

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkampungan budaya yang mempunyai pelbagai tarikan yang berkonsepkan muzium hidup itu menghimpunkan pelbagai kesenian, kebudayaan dan warisan dari kesemua lapan daerah di negeri ini.

Orang ramai bukan sahaja berpeluang menikmati pengalaman percutian bersejarah berlatar belakangkan suasana kehidupan sebenar masyarakat Melayu lama, malah boleh melihat secara dekat demonstrasi aktiviti tradisi yang diusahakan penduduk tempatan.

“Memandangkan Terengganu kaya dengan pelbagai khazanah seni warisan budaya yang sehingga kini masih dipelihara, kerajaan negeri mengambil inisiatif mewujudkan Kampung Budaya Terengganu yang akan dijadikan ‘one stop centre’ bagi membolehkan pengunjung menyelami sejarah warisan masyarakat dahulu kala.

“Sebagai sebuah produk pelancongan baharu, kita percaya Kampung Budaya Terengganu bukan sahaja menjulang semula seni budaya masyarakat Melayu dahulu kala, bahkan turut menjadi rujukan generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata, kepelbagaian tradisi Masyarakat Terengganu seperti permainan dan peralatan tradisional yang berbeza-beza di setiap daerah boleh dilihat di Kampung Budaya berkenaan.

“Mungkin ada antara generasi muda tidak pernah lihat peralatan sebegini. Jadi ini ini adalah kesempatan terbaik untuk pelancong datang sekali lagi ke Terengganu bagi melihat seni, budaya dan warisan negeri yang terdapat di Kampung Budaya,” katanya kepada pemberitan pada sidang akhbar selepas merasmikan perkampungan tersebut. (Sinar Harian)

BACA JUGA : 15 Tempat Menarik di Kuala Terengganu, Bandaraya Warisan Pesisir Air

TUJUH PERHENTIAN UNTUK DILAWATI

Kampung Budaya Terengganu menawarkan tujuh perhentian iaitu Rumah Nelayan, Rumah Bujang Berserambi Selasar, Rumah Bujang Berkembar, Rumah Limas Belanda, Rumah Tele, Istana Tengku Long, Laman Singgahsana dan Laman Warisan.

Antara demonstrasi disediakan seperti pembuatan jala, bubu, keropok, seni dan ukiran khat, kayu, anyaman, wau, gasing, tembikar, tembaga, keris, pameran pakaian tradisional, mencanting batik, memasak bubur Asyura serta persembahan berzanji.

Sebagai permulaan, tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke perkampungan itu. Selepas tempoh yang ditetapkan, pengunjung akan dikenakan bayaran RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.

Datanglah beramai-ramai bersama keluarga dalam mempelajari budaya, kesenian dan warisan melayu di Kampung Budaya Terengganu.

SEKIAN

Artikel Terpilih

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Warga Perak terutamanya bagi mereka yang berada di ibu negeri Perak, Ipoh kali ini boleh lah meluangkan masa bersama keluarga…
Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 jenis bunga bakal menjadi tarikan pengunjung pada Pesta Bunga Melaka 2022 yang akan berlangsung di Taman Seribu Bunga,…
MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

Penerbangan sulung syarikat penerbangan tambah rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mendarat di Pulau Pinang pada 23 Disember, sekali…
Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Mencari homestay yang mesra kanak-kanak agak sukar terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kadang-kala ibu bapa perlukan masa untuk…
Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Pulau Pinang sememangnya satu lokasi pelancongan utama di negara kita. Dikenali ramai dengan tempat-tempat menarik bukan sahaja oleh pelancong tempatan…
Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Kualiti dan potensi pelbagai kemudahan di negeri ini menjadi faktor Selangor dipilih sebagai tuan rumah pameran adiwira dunia pertama di…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?