Jom Makan! Tempat Makan BEST & Menarik di Johor Bahru

Johor Bahru, sebuah bandaraya yang cukup sibuk dan terkenal dengan pelbagai tarikannya. Ibu negeri Johor Darul Takzim ini merupakan bandaraya yang pesat membangun dengan menjadi tempat tinggal bagi lebih 2.4 juta rakyat Malaysia. Sebagai salah satu destinasi pelancongan dan tumpuan orang ramai, bandaraya ini membawakan pengalaman percutian yang menarik untuk anda.

Bila sudah penat, kali ini, kami akan membawakan senarai lokasi tempat makan terbaik, menarik dan sungguh lazat untuk anda cuba di sini! Setiap lokasi dipilih menawarkan pengalaman makan yang menarik, juadah hidangan yang sedap dan harga yang berpatutan!

Murtabak Majid Special Cheese No. 1

Sumber : FAIZ MUSTAFFA

Murtabak Majid Special Cheese No. 1 adalah satu lokasi makanan yang menawarkan murtabak terbaik! Kenapa anda kena terjah lokasi ini? Kerana murtabak yang terdapat disini sungguh berbeza berbanding murtabak yang dijual di tempat-tempat lain.

Kalau lihat daripada gambar, murtabak yang dijual disini cukup tebal dan mempunyai lapisan cheese yang sungguh enak!

Lokasi : 38, Lot 5581, Jalan Kurniawan, Kampung Kurnia, 80250 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi : Setiap hari (12.00 Tengah hari – 7.00 Petang)

The Pinggan Cafe Johor Bahru

Sumber : The Pinggan Cafe

Lokasi seterusnya dalam senarai ini adalah di The Pinggan Cafe Johor Bahru. Restoran ini menawarkan pelbagai makanan menarik dan sedap-sedap belaka seperti chicken chop, pasta, mee bandung, grill chicken hamburger dan pelbagai lagi.

Selain itu, antara yang menjadi penyebab kunjungan orang ramai adalah kerana suasana yang selesa dan lengkap dengan fasiliti yang menarik.

Lokasi : 9 Jalan Tampoi Susur 1 81200 Johor Bahru, Johor, Malaysia
Waktu Operasi : Setiap hari kecuali Selasa (3.00 petang – 11.00 Malam)
Laman Web : Facebook | The Pinggan Cafe

Kedai Makan Jadi Baru

Sumber : Jadi Baru

Lokasi berikutnya adalah di Restoran Kedai Makan Jadi Baru yang membawakan pelbagai masakan tempatan menarik. Antaranya yang popular di restoran ini adalah Asam Pedasnya.

Masakan asam pedas sememangnya cukup sinonim dengan kawasan pantai barat dan selatan semenanjung Malaysia. Sekiranya anda berkunjung ke sini, jangan lupa untuk mencuba masakan asam pedas disini kerana ia sememangnya cukup lazat dan terbaik!

Lokasi : No. 145, Jalan Lumba Kuda, Bukit Chagar, 80300 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi : Setiap Hari kecuali Ahad (7.30 pagi – 3.00 Petang)

Smokey Kuew Teow

Sumber : Smokey Kuew Teow

Siapa disini penggemar Char Kuey Teow? Ya, jika anda meminati char kuey teow, anda bolehlah berkunjung ke Smokey Kuey Teow di Johor Bahru! Apa yang menariknya disini adalah setiap char kuey teow yang dihidangkan mempunyai rasa, tekstur dan rupa yang cukup menarik. Masakan disini juga menggabungkan citarasa melayu di dalamnya!

Lokasi : No. 12, Lorong Mutiara, Kampung Melayu Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi : Setiap hari kecuali Ahad (8.00 Malam – 11.30 Malam)
Laman Web : Facebook | Smokey Kuew Teow

Banafee Village

Sumber : Banafee Village

Pelbagai jenis makanan menarik anda boleh dapati di Banafee Village. Banafee Village merupakan salah satu lokasi menarik untuk anda menikmati masakan-masakan tempatan dan juga masakan barat.

Suasana yang cukup menarik menjadi salah satu sebab pengunjung hadir bersama keluarga dan rakan-rakan ke sini. Anda bolehlah mencuba makanan yang sedap seperti nasi ayam penyet, nasi padang, ikan bakar, dan pelbagai lagi disini yang pastinya sangat sedap!

Lokasi : 9022, Jalan Dato Abdullah Tahir, Taman Abad, 80300 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi : Setiap Hari (24 Jam)
Laman Web : Facebook | Banafee Village

Kopi Keju

Sumber : Kopikeju

Pisang goreng cheese. Itulah salah satu fenomena yang menjadi minat penduduk tempatan. Inovasi terhadap makanan ini menjadi lebih menarik kerana mendapat permintaan ramai.

Kopi Keju di Johor Bahru merupakan salah satu restoran yang menyediakan pelbagai jenis pisang goreng cheese yang sungguh cantik dilihat berwarna warni dan juga cukup sedap rasanya!

Lokasi : 34, Jalan Nibong 17, Taman Daya, 81100 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi : Setiap Hari (12.00 Tengah hari – 8.00 Malam)
Laman Web : Facebook | Kopikeju

Selera Senibong Seafood

Sumber : Selesa Senibong Seafood

Makan di Selera Senibong Seafood sememangnya cukup menarik kerana makanan-makanannya begitu sedap, suasana makan yang selesa dan pemandangan yang indah.

Makanan-makanan disini bercitarasakan masakan melayu membawakan pelbagai jenis lauk-pauk yang sedap dan lazat. Sangat sesuai untuk anda membawa keluarga, rakan-rakan dan sebagainya untuk hadir, makan dan bersantai-santai di restoran ini.

Lokasi : Gerai No 1, Persisiran Pantai Senibong, Permas Jaya, 81750 Kampong Senibong, Johor, Malaysia
Waktu Operasi : Setiap Hari (4.00 Petang – 1.00 Pagi)
Laman Web : Facebook | Selesa Senibong Seafood

Roslin Beriani House

Sumber : Roslin Beriani House

Lokasi berikutnya adalah di Roslin Beriani House. Sekiranya anda datang ke Johor Bahru, anda wajiblah untuk datang dan menikmati beriani gam di restoran ini!

Di restoran ini anda boleh memilih untuk makan nasi beriani dan dihidangkan bersama ayam, daging, kambing atau telur dan setiap satunya didatangkan dengan harga yang cukup berpatutan.

Rata-ratanya pengunjung yang datang ke restoran ini memuji hidangan masakan yang cukup enak, suasana restoran yang menarik dengan harga yang cukup terbaik! Jadi, jangan lupa untuk datang dan singgah di restoran ini.

Lokasi : 14, Jalan Rebana, Taman Perbadanan Islam, 80250 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi : Setiap Hari kecuali Sabtu (8.00 Pagi – 6.30 Petang)
Laman Web : Facebook | Roslin Beriani House

Sedap Corner

Sumber : Sedap Corner

Ingin menikmati makanan dan hidangan yang sedap? Datanglah ke Sedap Corner! Telah bertahan lebih 32 tahun lamanya, Sedap Corner menawarkan pelbagai hidangan menarik, dari menu tempatan, masakan Thai, ke makanan Barat, semuanya ada dan sedap-sedap belaka!

Restoran ini bukan sahaja menjadi tumpuan penduduk Johor Bahru, tetapi juga ada yang sanggup datang dari jauh untuk menikmati hidangan di restoran ini.

Lokasi : No 11, Jalan Abdul Samad, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi : Setiap Hari (10.00 Pagi – 10.30 Petang)
Laman Web : Sedap Corner

Restoran Kacang Pool Haji

Sumber : Restoran Kacang Pool Haji

Satu lagi lokasi menarik adalah di Kacang Pool Haji. Kacang Pool merupakan salah satu hidangan yang cukup sinonim dengan negeri Johor. Sekiranya anda datang ke negeri ini, anda bolehlah mencuba kacang pool di restoran ini.

Gabungan kuah kacang dan daging disini sememangnya sangat terbaik. Selain itu, pelbagai menu sarapan yang terdapat disini sangat ringkas tetapi cukup sedap! Jadi, jangan lupa ya untuk singgah ke sini. Oh ya, anda peru datang awal kerana jika lambat mungkin hidangan yang anda inginkan sudah habis.

Lokasi : No.12 Jalan Dato Jaafar, Taman Dato Onn, Larkin 80350 Johor Bahru.
Waktu Operasi : Setiap Hari (7.00 Pagi – 11.00 Malam)
Laman Web : Facebook | Restoran Kacang Pool Haji

Onn Kitchen

Sumber : Onn Kitchen

Anda perlu mencuba untuk makan di restoran Onn Kitchen kerana suasana yang cukup menarik dan yang utama, pilihan makanan yang sangat lazat!

Pelbagai hidangan menarik ditawarkan di restoran Onn Kitchen ini daripada makanan tradisional Melayu sehinggalah ke makanan barat. Anda bolehlah mencuba hidangan seperti nasi lemak sambal paru, lempeng sambal ikan bilis dan pelbagai lagi disini. Selain itu, Onn Kitchen dikenali ramai kerana reka bentuk dan dekorasi yang cukup menarik.

Lokasi : 29A, Jalan Tarom, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi : Setiap Hari kecuali Jumaat (7.00 Pagi – 12.00 Tengah Malam)
Laman Web : Facebook | Onn Kitchen

Port Black Cafe

Sumber : Port Black Cafe

Lokasi terakhir dalam senarai ini adalah di Port Black Cafe. Restoran yang sangat menarik, membawakan suasana yang selesa dan makanan yang cukup sedap.

Hidangan direstoran ini adalah bercitarasakan makanan barat. Antara menu yang terdapat di Port Black Cafe ini adalah seperti Burger, chicken chop, aglio olio dan pelbagai lagi!

Untuk anda yang suka akan makanan barat dengan harga yang cukup berpatutan, bolehlah anda singgah dan mencuba makanan disini!

Lokasi : No. 9, Jalan Padi Emas 4/3, Bandar Baru Uda 81200 Johor Bahru, Johor, Malaysia
Waktu Operasi : Setiap Hari kecuali Ahad (6.30 Petang – 10.00 Malam)
Laman Web : Facebook | Port Black Cafe

Bagaimana dengan lokasi-lokasi yang tersenarai dalam artikel kali ini? Menarik bukan? Jadi, selepas ini anda bolehlah masukkan lokasi-lokasi ini dalam senarai tempat makan yang anda akan kunjungi bila mana datang ke bandaryaa Johor Bahru nanti!

1 thought on “Jom Makan! Tempat Makan BEST & Menarik di Johor Bahru”

  1. Pingback: 10 Lokasi Airbnb di Johor Bahru dengan Pemandangan Cantik dan Selesa! |

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *