Jom singgah! Ini Senarai Cafe Menarik di Bangi, Selangor

Bangi merupakan salah satu lokasi yang boleh dikatakan sebagai syurga makanan. Sehari pastinya tidak cukup untuk anda datang dan menikmati hidangan dan minuman menarik dengan pilihan kedai dan kafe yang pelbagai.

Untuk memudahkan cafe hopping anda nanti, ini adalah senarai kafe yang menarik, halal, hidangan enak dan unik yang terdapat di Bangi, Selangor.

#1 Paramount Coffee House

Paramount Coffee House Bangi merupakan antara kafe popular, sentiasa penuh dengan pelanggan! Anda pastinya dapat merasai pengalaman menarik di sini dengan pelbagai makanan yang enak dan menarik belaka.

Lokasi: 7-47-01 Seksyen, 9, Jln Medan Pusat Bandar 8A, Bandar Baru Bangi, Selangor (Google Maps)
Waktu Operasi: Setiap Hari, 10:00 pagi hingga 10:30 malam
Status: Halal
Laman Web : https://www.facebook.com/Paramount-Coffee-House-764624297265679

#2 DO8 Cafe

Dekorasi dan suasana yang menarik di sini pastinya membuatkan anda merasa selesa untuk bersantai dan relaks bersam teman dan keluarga. Cafe ini menawarkan pelbagai jenis kopi yang enak termasuklah hidangan lazat seperti grilled chicken, pizza, penkek dan pelbagai lagi.

Lokasi : A-01-07, Savanna Lifestyle Shop Southville City, Bangi, Selangor (Google Maps)
Waktu Operasi : Setiap Hari, 12:00 tengahhari hingga 11:00 malam
Status: Halal
Laman Web : https://www.facebook.com/do8cafe/

#3 Readers Heaven & Coffee

Antara lokasi cafe yang unik, peminat dan ulat buku pastinya suka dengan cafe Readers Heaven & Coffee ini. Kedai buku & cafe ini menawarkan pengunjung untuk membaca dan menikmati pelbagai hidangan menarik disini. Menarik bukan?

Lokasi: 1-11, 01, Jln Medan Pusat Bandar 7, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor (Google Maps)
Waktu Operasi: Setiap Hari (Isnin Tutup), 10:00 pagi sehingga 7:00 malam
Status: Halal
Laman Web : https://www.facebook.com/AmirLuq/

#4 Kayan+Co Cafe

Kayan+Co Cafe yang terletak berdekatan Bangi ini mempunyai ruang yang luas dan selesa untuk pengunjung. Menawarkan pelbagai pilihan makanan menarik dan antara yang anda boleh cuba adalah sperti Kayan Chicken, Chef Special Vongole atau Gambaroni.

Lokasi : Jalan Reko, Taman Perindustrian Kajang, Kajang, Selangor (Google Maps)
Waktu Operasi : Setiap Hari, 11:00 pagi sehingga 10:00 malam
Status: Halal
Laman Web : https://www.facebook.com/kayancoffee/ 

#5 Kai Place Cafe

Antara lokasi tempat makan terbaru di Bangi, Kai Place ini menawarkan seleksi pilihan makanan yang menarik dengan dekorasi kedai yang cukup cantik. Antara yang anda boleh cuba adalah seperti Nasi Lemak Dnedeng, Takoyaki dan juga pilihan ramai di sini iaitu Nusantara Mega Box.

Lokasi : 26, Jalan 7/7a, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, Selangor (Google Maps)
Waktu Operasi: Setiap Hari (Sabtu Tutup) , 2:30 petang sehingga 10:30 malam
Status: Halal
Laman Web : https://www.facebook.com/kaiplacehq 

#6 KopiTreat

KopiTreat merupakan sebuah kafe kecil yang cantik, terletak berdekatan dengan deretan kedai butik. Di dalam kafenya anda dapat melihat dekorasi yang cantik juga dapat merasai pilihan pastri yang enak termasuklah kopinya dan frappe.

Lokasi : 7-53, 01, Jln Medan Pusat Bandar 8A, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor (Google Maps)
Waktu Operasi : Setiap Hari, 10:30 pagi sehingga 6:30 petang
Status: Halal
Laman Web : https://www.facebook.com/KopiTreat-106201265077062

#7 Tuah Cafe

Hanya beberapa minit dari pusat bandar Bangi, Tuah Cafe pula menawarkan pengalaman yang menarik dengan pelbagai jenis makanan yang menyelerakan. Antara yang menarik adalah seperti Salted Egg Squid Spaghetti, Trio Platter dan pelbagai lagi yang anda boleh cuba.

Lokasi : No 20, Jalan 7/1c, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, Selangor (Google Maps)
Waktu Operasi : Setiap Hari, 12:00 malam sehingga 10:00 malam
Status: Halal
Laman Web : https://www.facebook.com/tuahcafe

#8 Mari! eat.work.play

Sebuah kafe yang diinspirasikan dengan seni, Mari! eat.work.play merupakan sebuah cafe yang sangat unik. Dekorasinya yang ceria mengajak anda untuk bersantai disini sambil mencuba cinnamon buns mereka yang dihasilkan segar bersama kopi yang diadun dengan enak.

Lokasi : C-1, 3, Jalan BG 3B/4, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, Selangor (Google Maps)
Waktu Operasi : Setiap Hari (Tutup Ahad & Isnin), 10:00 pagi sehingga 6:00 petang
Status: Halal
Laman Web : https://www.instagram.com/mari.eatworkplay/?hl=en 

#9 Le Cyan CoffeeHouse

Dekorasi berwarna biru yang cantik ini merupakan antara sebab Le Cyan CoffeeHouse ini menjadi pilihan pengunjung. Masuk sahaja ke dalam cafe ini anda akan menghidu aroma kopi yang lazat berserta pastri yang dimasak segar.

Lokasi : G. 08, Plaza Bangi Perdana, Jalan Gerbang Wawasan 1, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, Selangor (Google Maps)
Waktu Operasi : Setiap Hari, 9:00 pagi sehingga 10:00 malam
Status: Halal
Laman Web : https://www.facebook.com/LeCyanCoffeehouse/

#10 Cartel Coffee Shop

Antara lokasi menarik yang agak tersorok dan susah untuk dijumpai, Cartel Coffee Shop merupakan sebuah lokasi menarik untuk anda rasai pengalaman makan dan bersantai dengan keluarga. Dekorasi yang menarik dengan cahaya lampu yang terang pastinya mengangkat selera anda. Antara menu yang terdapat disini terdiri daripada chicken & lam chos, burger, pasta dan pelbagai lagi.

Lokasi : 11, Jalan 15/1d, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, Selangor (Google Maps)
Waktu Operasi : Setiap Hari, 4:00 petang sehingga 11:00 malam
Status : Halal
Laman Web : https://www.facebook.com/cartelcoffeeshop 

#11 The Caravan Cafe

The Caravan Cafe pula menawarkan makanan yang menarik dengan dekorasi kedai yang menggabungkan lama dan baru. Antara makanan yang menarik di sini adalah seperti New Zealand Lamb Chop, Salted Egg Calamari dan Biscoff Cheesecake.

Lokasi : No 15, G 1, Jalan Medan Pb 1a, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor (Google Maps)
Waktu Operasi : Setiap Hari, 12:00 tengahhari sehingga 10:00 malam
Status: Halal
Laman Web : https://www.facebook.com/TheCaravanCafe/?ref=page_internal

#12 Denali & Pinnacles

Terletak dibahagian atas bumbung atau ‘rooftop’ deretan kedai di Bandar Baru Bangi, cafe ini menawarkan makanan yang cukup menarik bermula dari jam 3 petang sehingga 11 malam. Antara yang anda boleh cuba adalah seperti Sriracha Linguine, Grilled Chicken with Jalapeno Mayo Sauce dan kopi yang dihasilkan dengan aroma yang cukup sedap.

Lokasi : Lot 1-4, Tingkat 1, Pusat Perniagaan Seksyen 3, Jalan 3/70, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, Selangor (Google Maps)
Waktu Operasi :  Setiap Hari (Selasa Tutup), 3:00 petang sehingga 11:00 malam
Status: Halal
Laman Web : https://www.facebook.com/denali.and.pinnacles

Kredit : Dahcuti |

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *