Kampung Budaya Terengganu Menerima Anugerah “Best Cultural Tourism Program”.

Kampung Budaya Terengganu (KBT) terus mendapat pengiktirafan di dalam industri pelancongan apabila sekali lagi dinobatkan sebagai penerima anugerah Best Cultural Tourism Program oleh Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) dan Santai Travel Magazine.

Untuk makluman, anugerah yang disampaikan di majlis gilang gemilang Malaysia Tourism Industry Award di Royale Chulan Kuala Lumpur pada 16 Disember 2022 itu telah diterima oleh Encik Ahmad Fathil bin Abd Ghani, Pengurus Besar Kampung Budaya Terengganu

“Anugerah ini merupakan anugerah kedua yang diterima oleh Kampung Budaya Terengganu dalam masa tiga (3) bulan selepas menerima anugerah “Gold Award New Cultural Attraction” sempena Majlis Anugerah Emas Majlis Pelancongan Malaysia di Sarawak pada 22 Oktober 2022″

“Penganugerahan ini juga secara tidak langsung akan mempromosikan lagi KBT dan juga menjadi motivasi dan semangat kepada kami untuk berusaha lebih gigih lagi dalam memperkasakan seni, budaya dan warisan negeri Terengganu dan seterusnya menjadikan KBT sebagai ‘a must place to visit’ kepada pelanong-pelancong domestik dan juga luar negara” kata Encik Ahmad Fathil.

Sebanyak 60 anugerah telah disampaikan kepada individu, agensi kerajaan dan penggiat industri pelancongan dan perhotelan di majlis yang dirasmikan oleh YBhg Tan Sri Dr Ong Hong Peng, Pengerusi Tourism Malaysia malam tadi.

Jom pakat maghi Kampung Budaya Terengganu.
Terengganu – Negeri Cantik, Budaya Menarik
‘Semarakkan Seni Budaya’

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *