Kempen ‘Shop & Be Rewarded 2.0’ dan Pameran Miss SHOPhia Go Travel 2022

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya, Tourism Malaysia pada 19 Ogos 2022 telah melancarkan Kempen ‘Shop & Be Rewarded 2.0’ serta Pameran Miss SHOPhia Go Travel 2022 dalam usaha menyemarakkan pelancongan domestik.

Kempen ‘Shop & Be Rewarded 2.0’ adalah sebahagian daripada Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 (PRE 2.0) yang menawarkan penebusan e-baucar untuk rakyat Malaysia di bawah Kluster Pelancongan Minat Khas menerusi segmen beli-belah dengan kerjasama Persatuan Pengurusan Kompleks (PPK) Malaysia. Penerusan penyaluran insentif kepada Keluarga Malaysia dalam bentuk diskaun, baucar dan rebat, merupakan kesinambungan daripada Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE 1.0).

Di bawah kempen ini, pengguna berpeluang menebus e-baucar bernilai RM30 bagi pembelian minimum RM100 di 35 pusat beli-belah yang mengambil bahagian. Pengguna hanya perlu mengimbas kod QR di kedai-kedai dalam pusat beli-belah berkenaan bagi tujuan pendaftaran dan penebusan e-baucar.

Kempen ‘Shop & Be Rewarded 2.0’ akan dilaksanakan dalam dua siri. Siri pertama kempen bermula 20 Ogos hingga 4 September 2022 manakala siri kedua dijadualkan berlangsung mulai 22 Oktober sehingga 6 November 2022. 

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri berkata, sejumlah 66,666 e-baucar bernilai hampir RM2 juta ditawarkan untuk penebusan terawal sepanjang tempoh kempen.

“Menariknya pada kali ini, pengguna boleh membuat penebusan e-baucar sehingga dua kali iaitu sekali penebusan bagi setiap siri kempen,” katanya.

Sementara itu, penganjuran julung-julung kali Pameran Miss SHOPhia Go Travel 2022 dengan kerjasama 1-Utama Shopping Centre, Paradigm Mall Johor Bahru dan Visa Malaysia pula menyaksikan pengunjung berpeluang mendapatkan pelbagai tawaran pakej pelancongan minat khas daripada 16 pempamer selain pengisian demonstrasi kraftangan dan masakan, persembahan kebudayaan serta cabutan bertuah.

Pameran berlangsung selama tiga hari bermula 19 Ogos 2022 dan siri kedua akan diadakan di Paradigm Mall Johor Bahru pada 21-23 Oktober 2022. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Tourism Malaysia di www.malaysia.travel

Artikel Terpilih

"Percutian dalam negara masih dapat permintaan tinggi"- Tourism Malaysia

"Percutian dalam negara masih dapat permintaan tinggi"- Tourism Malaysia

Kecoh baru-baru ini apabila ramai mempertikaikan tentang rakyat Malaysia yang semakin ramai memilih negara jiran sebagai lokasi percutian berbanding lokasi…
Tahniah! AirAsia Dinobatkan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia kali ke 13 berturut-turut!

Tahniah! AirAsia Dinobatkan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia kali ke 13 berturut-turut!

AirAsia telah dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambah Rendah Terbaik Dunia di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2022 untuk tahun ke-13…
Rakyat Malaysia Tidak Perlu Visa Untuk Melancong Ke Jepun Bermula 11 Oktober 2022

Rakyat Malaysia Tidak Perlu Visa Untuk Melancong Ke Jepun Bermula 11 Oktober 2022

Berita baik buat ‘kaki travel‘, negara Jepun akan menghapuskan semua sekatan perjalanan COVID-19, termasuk keperluan pakej pelancongan untuk pelancong persendirian.…
Ini Senarai Penginapan Dengan View Gunung Kinabalu! Memang sangat cantik!

Ini Senarai Penginapan Dengan View Gunung Kinabalu! Memang sangat cantik!

Gunung tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Kinabalu merupakan sebuah lokasi yang menjadi tumpuan jutaan pelancong. Sama ada pelancong yang datang…
Harga Tiket Masuk Selangor Fruit Valley Naik RM5 Mulai 1 Oktober

Harga Tiket Masuk Selangor Fruit Valley Naik RM5 Mulai 1 Oktober

Harga tiket masuk ke Selangor Fruit Valley (SFV) akan mengalami kenaikan RM5 bagi memastikan perkhidmatan dan kualiti dapat ditingkatkan. Pusat…
Rasai Suasana Zaman Silam di Perkampungan Adat Melayu Seri Banian, Pendang, Kedah

Rasai Suasana Zaman Silam di Perkampungan Adat Melayu Seri Banian, Pendang, Kedah

Seni bina kediaman Melayu asli yang lazimnya berdindin kayu serta beratap nipah atua rumbia kini semakin ditelah zaman, digantikan dengan…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?