Kerajaan Sasar Jenamakan Malaysia Sebagai Destinasi Ekopelancongan Terbaik di Dunia

Kerajaan melalui Dasar Pelancongan Negara 2020-2030 menyasarkan untuk menjenamakan Malaysia sebagai ‘Top of The Mind Ecotourism Destination of the World,’ kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata matlamat itu perlu dipikul dan digembleng secara bersama antara semua pihak berkepentingan termasuk kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan serta para penggiat industri untuk memastikan pemangunan produk ekopelancongan sentiasa mampan, berdaya saing dan inklusif.

“Usaha ini juga adalah selaras dengan komitmen kerajaan terhadap Agenda 2030 dan 17 Matlamat Pembangunan Lestari di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Antara strategi yang perlu dipertingkat adalah melalui aktiviti promosi dan pemasaran produk ekopelancongan yang lebuh agresif dan konsisten bagi mengekalkan momentum pertumbuhan industri ekopelancongan di negara ini,” katanya.

Takiyuddin berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Program Seminar Pemerkasaan Ekopelancongan SUmber Asli di Pantai Cahaya Bulan di sini yang turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli) Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) Abdul Wahid Abu Salim.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata KeTSA akan memainkan peranan yang amat signifikan di bawah Pelan Ekopelancongan Kebangsaan 2016-2025 dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan penjanaan ekonomi setempat di sekitar kluster ekopelancongan.

“Malaysia amat kaya dengan khazanah sumber asli yang bernilai tinggi dan ini terbukti apabila negara kita telah dinobatkan sebagai antara 17 negara di dunia yang diklasifikasikan sebagai negara mega diversiti yang menyimpan pelbagai khazanah flora dan fauna yang masih belum dikenali dan dijelajah sepenuhnya.

Beliau berkata di bawah KeTSA sahaja, terdapat lebih 150 lokasi ekopelancongan yang terdiri daripada Taman Negara, Hutan Taman Negeri, Taman Ekorimba, Geotapak, Tapak Ramsar, Wetland dan Stesen Penyelidikan Perhutanan Malaysia.

“Lokasi-lokasi ini merupakan antara khazanah sumber asli negara yang harus kita syukuri, nikmati dan jagai dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Sumber : Bernama

Artikel Terpilih

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Warga Perak terutamanya bagi mereka yang berada di ibu negeri Perak, Ipoh kali ini boleh lah meluangkan masa bersama keluarga…
Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 jenis bunga bakal menjadi tarikan pengunjung pada Pesta Bunga Melaka 2022 yang akan berlangsung di Taman Seribu Bunga,…
MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

Penerbangan sulung syarikat penerbangan tambah rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mendarat di Pulau Pinang pada 23 Disember, sekali…
Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Mencari homestay yang mesra kanak-kanak agak sukar terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kadang-kala ibu bapa perlukan masa untuk…
Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Pulau Pinang sememangnya satu lokasi pelancongan utama di negara kita. Dikenali ramai dengan tempat-tempat menarik bukan sahaja oleh pelancong tempatan…
Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Kualiti dan potensi pelbagai kemudahan di negeri ini menjadi faktor Selangor dipilih sebagai tuan rumah pameran adiwira dunia pertama di…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?