Hatyai, Thailand merupakan antara lokasi yang menjadi tumpuan pelancong terutamanya pelancong dari negara Malaysia. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membawakan tren My Sawasdee edisi ke-3 di bulan Disember 2022 ini.

Berikutan sambutan yang diterima pada edisi sebelumnya, tren khas dari KL Sentral ke Hatyai ini yang dinamakan Tren My Sawasdee ini dibawakan bagi kali ketiga.
Bagi edisi kali ini, ia lebih meriah sebab ada 3 trip perjalanan disediakan tau. Tarikh perjalanan adalah pada 9 Disember 2022, 23 Disember 2022 dan juga 30 Disember 2022. Berikut adalah jadual perjalanan.


Terma & syarat:
1) Tiket boleh dibeli untuk perjalanan sehala atau dua hala.
2) Harga tiket adalah bagi Dewasa sahaja. Tiada tambang kanak-kanak atau konsesi ditawarkan.
3) Harga tiket hanya untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Hatyai dan sebaliknya.
4) Tiket tidak termasuk makanan/minuman/pakej lawatan di Hatyai.
Jualan tiket akan dibuka bermula 29 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 2022 𝗺𝘂𝗹𝗮𝗶 𝗷𝗮𝗺 3:00 𝗽𝗲𝘁𝗮𝗻𝗴.