Lebih 4.6 juta Pelancong ke Thailand Setakat Ogos 2022

Thailand mencatatkan kedatangan lebih 4.6 juta pelancong dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini dengan rakyat Malaysia mendahului senarai ketibaan pelancong antarabangsa ke negara itu, kata Gabenor Pelancongan Thailand (TAT) Yuthasak Supasorn.

Sejak Thailand melonggarkan sekatan COVID-19, beliau berkata sejumlah 4,635,418 ketibaan antarabangsa direkodkan dari 1 Januari hingga 31 Ogos.

“Dalam tempoh lapan bulan pertama, rakyat Malaysia mendahului senarai ektibaan pelancong antarabangsa ke Thailand.

Seramai 647,648 rakyat Malaysia telah melawat negara gajah putih itu diikuti India (449,236), Laos (276,924), dan Singapura (242,220),” katanya.

Yuthasak berkata, dalam tempoh itu seramai 2,596,319 pelancong tiba melalui Lapangan Terbang Suvarnabhumi, manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket (719,886), dan Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang Bangkok (313,520).

Sementara itu, seramai 223,776 pelancong melalui pusat pemeriksaan semapdan darat Sadao diikuti Nong Khai (129,699), Sa Kaeo (101,031), Sungai kolok (75,238), Padang Besar (73,055), Betong (70,182), dan Mukdahan (51,803).

Thailand menetapkan sasaran ketibaan 10 juta pelancong asing pada awal tahun ini ketika kerajaan mula melonggarkan sekatan COVID-19.

Thailand juga mensasarkan untuk menarik lebih 1 juta pelancong sebulan pada musim akan datang dari Oktober hingga Disember.

Thailand, antara destinasi pelancongan paling popular di Asia, dikunjungi hampir 40 juta orang pada 2019.

Bagaimanapun, industri pelancongan hampir merudum akibat pandemik COVID-19 hingga memaksa kerajaan itu memperkenalkan syarat kemasukan yang ketat dan mahal.

Sumber : Bernama

Artikel Terpilih

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Warga Perak terutamanya bagi mereka yang berada di ibu negeri Perak, Ipoh kali ini boleh lah meluangkan masa bersama keluarga…
Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 jenis bunga bakal menjadi tarikan pengunjung pada Pesta Bunga Melaka 2022 yang akan berlangsung di Taman Seribu Bunga,…
MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

Penerbangan sulung syarikat penerbangan tambah rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mendarat di Pulau Pinang pada 23 Disember, sekali…
Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Mencari homestay yang mesra kanak-kanak agak sukar terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kadang-kala ibu bapa perlukan masa untuk…
Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Pulau Pinang sememangnya satu lokasi pelancongan utama di negara kita. Dikenali ramai dengan tempat-tempat menarik bukan sahaja oleh pelancong tempatan…
Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Kualiti dan potensi pelbagai kemudahan di negeri ini menjadi faktor Selangor dipilih sebagai tuan rumah pameran adiwira dunia pertama di…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?