Lokasi OOTD-Worthy, beriadah di “Forest in the City” Taman Saujana Hijau, Putrajaya

Putrajaya yang sememangnya terkenal sebagai pusat pentadbiran kerajaan merupakan sebuah lokasi yang sememangnya unik. Bandar terancang ini mempunyai pelbagai kemudahan dan fasiliti yang lengkap termasuklah sbeuah taman yang memang cantik dan insta-worthy !

Kewujudan Taman Saujana Hijau atau “Forest in the City” ini sebenarnya ramai dah tahu, mungkin untuk orang luar dari kawasan Putrajaya belum tahu, tempat ini memang cantik dengan landskap yang unik dengan tema yang pelbagai. Semua tempat di sini OOTD-worthy, seperti barisan pokok pine, bunga-bungaan, padang yang luas menghijau dan pondok untuk beriadah.

FOREST IN THE CITY (TAMAN SAUJANA HIJAU)


Taman Saujana Hijau dikelilingi oleh tumbuhan gimnosperma seperti pain, juniperus, thuja dan banyak lagi. Gimnosperma tumbuhan ini juga dikenali oleh sesetengah saintis sebagai fosil hidup kerana ia telah wujud sejak zaman Devon (410-360 juta tahun dahulu) sebelum dinosaur.

Terdapat tumbuhan asli Queensland, Australia, Black Boy (Macrozamia moorei) yang mempunyai mahkota seperti pokok palma dan bar hitam seperti sarang lebah.

Terdapat 3 buah bustan (taman) berbeza dibina di setiap bahagian/bukit yang terletak di taman ini, Bustan English, Bustan Oriental dan Bustan Eroopah. Tiga bustan ini terdapat dalam setiap bustan iaitu reka bentuk Inggeris, China dan Eropah.

WAKTU LAWATAN TAMAN SAUJANA HIJAU PUTRAJAYA

  • Dibuka setiap hari.
  • Dari pukul 7.00 pagi.
  • Tutup pukul 7.00 malam.
  • Parking dah dibuka, dah tak perlu parking tepi jalan lagi
  • Datang awal (7 pagi-7.45 pagi) untuk parking dan spot picnic

AKTIVITI DI TAMAN SAUJANA HIJAU PUTRAJAYA

Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di Taman Saujana Hijau Putrajaya ini adalah seperti, berpiknik, jogging dan briskwalking. Semua aktiviti ini boleh dilakukan secara percuma tanpa bayaran masuk.

Antara kemudahan lain yang disediakan:

  • Laluan jelajah
  • Wakaf di setiap bustan
  • Kawasan Pemandangan
  • Kawasan perkelahan
  • Trek jogging
  • Tempat Letak Kenderaan
  • Padang Sukaneka

KADAR SEWAAN

Orang awam boleh membuat sewaan bagi aktiviti khusus seperti berikut:

  1. Sewaan tapak untuk program / acara:
  • Rekreasi
  • Treasure Hunt
  • Majlis perkahwinan
  • Majlis keraian
  1. Aktiviti rekreasi seperti:
  • Treasure Hunt
  • Berjoging
  • Berbasikal
  • Lawatan Jelajah
  • Aktiviti Pendidikan dan penyelidikan
LOKASIHARIKAPASITISEWAAN
(1 JAM)
SEWAAN
(6 JAM)
SEWAAN
(12 JAM)
SEWAAN
WAKTU MALAM
TAMAN SAUJANA HIJAU
(PADANG UTAMA)
ISNIN-JUMAAT3000 PAX (MAKSIMA)RM 100.00RM 600.00RM1,200.00RM 130.00
SABTU & AHAD
/ CUTI AM
/ CUTI SEKOLAH
(ALA CARTE)
3000 PAX (MAKSIMA)RM 150.00RM 900.00RM1,800.00RM 195.00
SABTU & AHAD
/ CUTI AM
/ CUTI SEKOLAH
(PACKAGE)
3000 PAX (MAKSIMA)RM 1250.00RM 1250.00RM 1250.00RM 2080.00

LOKASI TAMAN SAUJANA HIJAU PUTRAJAYA

Jadi tunggu apa lagi, anda bolehlah datang dan beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan. Di samping beriadah dan melakukan aktiviti disini, jangan lupa untuk sama-sama menjaga kebersihan dan kekalkan pemnadangan indah taman ini untuk kegunaan kita bersama.

Sumber : Tourism Malaysia, Perbadanan Putrajaya

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *