Lokasi Tersembunyi Penuh Indah, Air Terjun Janda Mandi, Bukit Kijal, Terengganu

Air terjun yang indah dan cantik pastinya tidak akan lekang daripada tumpuan pengunjung terutama di Malaysia. Pengunjung sanggup meredah belantara, mendaki selama berjam-jam dan sebagainya hanya untuk melihat dan menikmati keindahan air terjun tersebut. Di kala kita menyangka bahawa telah melihat ke semuanya sebenarnya terdapat satu air terjun yang sememangnya berbeza daripada air terjun yang lain.

Dikenali sebagai Air Terjun Janda Mandi, air terjun yang cantik ini terletak di Kijal, Terengganu, air terjun ini mungkin satu-satunya air terjun di Malaysia yang mengalir terus ke laut! Ia bagaikan mirip dengan air terjun JeongBang di Jeju, Korea Selatan.

Air Terjun Janda Mandi, terletak di Bukit Gemuk, berhampiran Kampung Teluk Kalong, Kijal, Terengganu, iaitu lebih kurang 12 minit perjalanan dari bandar Chukai.

ASAL USUL NAMA AIR TERJUN JANDA MANDI

Nama Air Terjun Janda Mandi bukan sengaja dicipta untuk meraih perhatian pengunjung tetapi ia ialah nama asal yang diberikan sejak turun-temurun. Nama Air Terjun Janda Mandi ada kisah tersembunyi dan hanya diketahui segelintir penduduk asal di Kampung Teluk Kalong, Kijal, mengenai asal-usul namanya. Ia dikatakan rentetan kisah seorang wanita yang kematian suami seorang nakhoda. Pasangan itu baharu berkahwin, suaminya seorang nakhoda yang berlayar untuk berdagang. Ketika dalam pelayaran nakhoda meninggal dunia.

Selepas kematian nakhoda, keadaan di atas kapal tidak terkawal termasuk anak kapal yang mengganggu isteri nakhoda itu. Isteri nakhoda meminta kapal berlabuh selepas melihat keindahan air terjun di Bukit Gemuk. Isteri nakhoda mandi di air terjun itu. Bagaimanapun, tidak lama selepas wanita itu tiba-tiba hilang dan ghaib di kawasan air terjun itu menyebabkan kapal terpaksa meneruskan pelayaran tanpanya. Kehilangan isteri nakhoda itu terus menjadi misteri sehingga kini.

Malah pernah diceritakan nelayan tempatan mendakwa pernah ternampak kelibat seorang wanita sedang bermandi di air terjun itu. Sejak itu, mereka menamakan kawasan tersebut sebagai Air Terjun Janda Mandi.

Terletak di Bukit Kijal, pintu masuk ke air terjun tersembunyi ini terletak di tepi jalan berdekatan dengan Resort Strawberry Kijal. Untuk sampai ke air terjun ini anda perlu mendaki selama 40 minit, mengikut beberapa laluan berbatu dan juga hutan yang padat. Dinasihatkan untuk tidak mendaki terutamanya diwaktu muzim hujan kerana laluan akan menjadi sangat licin.

Selain itu, disebabkan kedudukan air terjun ini yang terletak berdekatan dengan laut, waktu terbaik untuk melawat atau menikmati pemandangan air terjun ini adalah ketika waktu air surut. Waktu air surut adalah berbeza mengikut hari dan untuk itu dinasihatkan untuk mencari pemandu arah untuk memberikan anda pengalaman yang terbaik.

Dibawah anda boleh lihat video lebih menarik air terjun Janda Mandi ;

Lokasi : Air Terjun Janda Mandi ( berdekatan Resort Strawberry Kijal), Bukit Kijal, Terengganu
Laman Web : https://www.facebook.com/airterjunjandamandi/

Rujukan :

Kwaliman | Dahcuti.com

Artikel Terpilih

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Warga Perak terutamanya bagi mereka yang berada di ibu negeri Perak, Ipoh kali ini boleh lah meluangkan masa bersama keluarga…
Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 jenis bunga bakal menjadi tarikan pengunjung pada Pesta Bunga Melaka 2022 yang akan berlangsung di Taman Seribu Bunga,…
MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

Penerbangan sulung syarikat penerbangan tambah rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mendarat di Pulau Pinang pada 23 Disember, sekali…
Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Mencari homestay yang mesra kanak-kanak agak sukar terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kadang-kala ibu bapa perlukan masa untuk…
Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Pulau Pinang sememangnya satu lokasi pelancongan utama di negara kita. Dikenali ramai dengan tempat-tempat menarik bukan sahaja oleh pelancong tempatan…
Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Kualiti dan potensi pelbagai kemudahan di negeri ini menjadi faktor Selangor dipilih sebagai tuan rumah pameran adiwira dunia pertama di…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?