Lorong Ilham Seni Insta-Worthy Terbaru di Kampar,Perak !

Mural yang menghiasi dinding bangunan lama di Jalan Gopeng-Kampar, di sini, berpotensi menjadi satu lagi tarikan terbaharu buat pengunjung. Bukan hanya tertumpu kepada keunikan mural, malah setiap karya di situ turut dilengkapi dengan imbasan kod quick response (QR), yang menceritakan makna di sebalik hasil seni itu.

Projek mural yang dinamakan Ilham [email protected] itu digerakkan sejak tahun lalu dan merupakan kesinambungan daripada program Jom Warnakan [email protected] pada tahun 2018.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi, mural itu bertujuan untuk menceriakan semula lorong-lorong belakang yang seakan terbiar sebelum ini. Selain itu katanya, kehadiran lukisan dan warna terang di lorong tersebut diharap mampu melestari dan menghidupkan kawasan pekan lama.

“Idea Ilham [email protected] ini tercetus susulan daripada kesinambungan program Jom Warnakan [email protected] 2.0 oleh Majlis Daerah Kampar sejak tahun 2018.

“Gerak kerja program tersebut meliputi mengecat beberapa blok bangunan di Jalan Gopeng-Kampar dengan warna oren dan putih serta menaik taraf lorong belakang bangunan yang terlibat,” jelasnya.

Dalam pada itu, Nolee Ashilin menambah, mural berkenaan bermotifkan tradisi, budaya, sejarah dan alam semula jadi.
“Ia disiapkan sepenuhnya oleh pelukis tempatan melalui kerjasama Persatuan Pelukis Perak.

“Pelaksanaan bagi kerja melukis mural ini telah mengambil masa selama lapan minggu bermula 21 Disember 2020 sehingga 16 Febuari 2021,melalui peruntukan daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN),” katanya lagi.

Pastinya dengan kewujudan Ilham [email protected] ini bakal menmbawa orang ramai bergambar dan dalam masa yang sama dapat melihat tarikan yang menarik sekitar daerah Kampar ini yang boleh dilawati dalam percutian mereka.

Artikel Terpilih

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Warga Perak terutamanya bagi mereka yang berada di ibu negeri Perak, Ipoh kali ini boleh lah meluangkan masa bersama keluarga…
Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 jenis bunga bakal menjadi tarikan pengunjung pada Pesta Bunga Melaka 2022 yang akan berlangsung di Taman Seribu Bunga,…
MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

Penerbangan sulung syarikat penerbangan tambah rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mendarat di Pulau Pinang pada 23 Disember, sekali…
Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Mencari homestay yang mesra kanak-kanak agak sukar terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kadang-kala ibu bapa perlukan masa untuk…
Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Pulau Pinang sememangnya satu lokasi pelancongan utama di negara kita. Dikenali ramai dengan tempat-tempat menarik bukan sahaja oleh pelancong tempatan…
Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Kualiti dan potensi pelbagai kemudahan di negeri ini menjadi faktor Selangor dipilih sebagai tuan rumah pameran adiwira dunia pertama di…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?