Lorong Rakyat Tarikan Terbaru di Perlis

Lorong Rakyat yang merupakan inisiatif penjenamaan Bank Rakyat di Kampung Nelayan Warna-Warni Seberang Ramai mampu menarik lebih ramai pengunjung ke destinasi berkenaan yang semakin terkenal dalam kalangan pelancong tempatan dan luar negara.

Inisiatif Lorong Rakyat tersebut telah disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam satu majlis pelancaran yang dianjurkan oleh Bank Rakyat di kampung berkenaan baru-baru ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) merangkap Ahli Lembaga Penagrah Bank Rakyat, Datuk Suriani Ahmad berkata, pelbagai program direncanakan sepanjang majlis terebut berlangsung, termasuk pertandingan mewarna Kelab Nuri melibatkan 50 kanak-kanak dari Tabika Kemas Kuala Perlis, Tadika Islam Perlis Seberang Ramai dan prasekolah Sekolah Kebangsaan Seberang Ramai.

“Turut diadakan program penyerahan kelengkapan persekolahan Kelab Nuri iaitu beg sekolah dan set pakaian lengkap seperti tudung, baju, seluar, stoking serta kasut melibatkan seramai 350 murid dari empat sekolah di sekitar Perlis.

“Inisiatif ini adalah bagi meringankan beban ibu bapa murid B40 dalam menguruskan perbelanjaan sekolah anak masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan.

Suriani berkata, Bank Rakyat turut menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir 2021 sebanyak RM228,465 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk diagihkan kepada asnaf yang memerlukan di negeri Perlis.

Sejak 2010, Bank Rakyat telah menunaikan zakat perniagaan kepada negeri Perlis sebanyak RM4.1 juta.

“Pada hari yang sama, Jawatankuasa Pengurusan Bank Rakyat turut menyertai aktiviti berbasikal amal Kayuhan MAIPs Peduli yang diketuai Tuanku Syed Faizuddin di sekitar Pauh.

“Sebagai agensi di bawah Kuskop, Bank Rakyat sentiasa mengambil pelbagai pendekatan baharu dalam meneruskan usaha jangkauan komunitinya bagi membantu usahawan, koperasi serta masyarakat secara menyeluruh.

“Ini termasuklah dengan menyediakan platform pemasaran kepada usahawan yang dibimbing menerusi program RAKYATpreneur di Perlis yang dijemput untuk memeriahkan program sepanjang majlis pelancaran tersebut berlangsung,” kata Suriani.

Hadir sama pada program itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor; Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Dr Mohammad Hanis Osman; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff; Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani serta Ketua Pegawai Syariah Bank Rakyat, Mohd Zamerey Abdul Razak.

Antara aktiviti penjenamaan dan pengindahan lain yang dilaksanakan oleh Bank Rakyat termasuk melaksanakan aktiviti mengecat 16 buah rumah secara gotong-royong di sekitar kampung bersama warga kerja cawangan Bank Rakyat serta penduduk kampung dengan kerjasama MAIPs menerusi program kesukarelawanan BaktiRAKYAT Bank Rakyat.

Selain itu, inisiatif Kebun Nuri Nutrisi Bank Rakyat turut dilaksanakan dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi membantu penduduk kampung dalam kalangan B40 menjana pendapatan secara lestari dengan menguruskan tanaman yang mana hasilnya boleh dijual, sekali gus meningkatkan ekonomi mereka selain menjamin sekuriti makanan.

Sumber : Sinar Harian

Artikel Terpilih

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Warga Perak terutamanya bagi mereka yang berada di ibu negeri Perak, Ipoh kali ini boleh lah meluangkan masa bersama keluarga…
Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 jenis bunga bakal menjadi tarikan pengunjung pada Pesta Bunga Melaka 2022 yang akan berlangsung di Taman Seribu Bunga,…
MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

Penerbangan sulung syarikat penerbangan tambah rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mendarat di Pulau Pinang pada 23 Disember, sekali…
Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Mencari homestay yang mesra kanak-kanak agak sukar terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kadang-kala ibu bapa perlukan masa untuk…
Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Pulau Pinang sememangnya satu lokasi pelancongan utama di negara kita. Dikenali ramai dengan tempat-tempat menarik bukan sahaja oleh pelancong tempatan…
Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Kualiti dan potensi pelbagai kemudahan di negeri ini menjadi faktor Selangor dipilih sebagai tuan rumah pameran adiwira dunia pertama di…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?