Malaysia Airlines Tawar Diskaun 20 Peratus Tambang Sempena PRU15

Susulan pengumuman Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Malaysia Airlines melancarkan kempen ‘Jom Balik Mengundi’, menawarkan diskaun 20 peratus tambang bagi memudahkan pergerakan pengundi melalui pengangkutan udara.

Tempahan boleh dibuat mulai 20 Oktober 2022 hingga 19 November 2022, bagi perjalanan dari 11 hingga 27 November 2022.

Syarikat penerbangan itu juga akan menambah 26 penerbangan dan menaik taraf 16 perkhidmatan domestik kepada pesawat badan lebar A330 bagi menampung lonjakan permintaan ke beberapa laluan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Promosi 20 peratus diskaun itu juga terpakai untuk semua kategori tambang merangkumi Lite, Basic and Flex bagi Kelas Ekonomi selain Basic dan Flex bagi Kelas Perniagaan serta tersedia untuk tempahan melalui www.malaysiaairlines.com.

Sementara itu, Firefly Airlines akan menambah sehingga 70 penerbangan dari Subang dan Pulau Pinang ke laluan domestik terpilih mulai 17 hingga 20 November 2022 dengan diskaun tambang masing-masing 24 peratus dan 10 peratus bagi penerbangan jet dan ATR.Promosi itu dibuka untuk tempahan mulai hari ini hingga 24 Oktober 2022 bagi perjalanan dari 1 November hingga 30 Jun 2023.

Pelanggan MASwings yang mengembara dari Miri ke Mulu, Sandakan ke Lahad Datu dan Bintulu ke Sibu boleh menempah penerbangan bermula RM135 sehala tambang semua dalam satu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Aviation Group, Kapten Izham Ismail, berkata sebagai syarikat penerbangan nasional, menyokong pergerakan PRU15 bagi mereka yang kembali ke kampung halaman untuk menunaikan tanggungawab adalah sebahagian daripada komitmen negara.

“Sehubungan itu, semua syarikat penerbangan di bawah Malaysia Aviation Group berbesar hati untuk menambah kapasiti untuk sebahagian sektor, jika perlu.

“Kami bersedia untuk memenuhi peningkatan perjalanan dengan menawarkan sambungan yang lancar dan memastikan tahap keselamatan tertinggi pelanggan sepanjang perjalanan mereka bersama kami.

“Pelanggan digalakkan untuk mengambil peluang daripada promosi dan menempah penerbangan mereka dengan awal, bagi mendapatkan tawaran terbaik Malaysia Airlines, Firefly atau MASwings,” katanya dalam satu kenyataan.

Sumber : Berita Harian

Artikel Terpilih

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Warga Perak terutamanya bagi mereka yang berada di ibu negeri Perak, Ipoh kali ini boleh lah meluangkan masa bersama keluarga…
Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 jenis bunga bakal menjadi tarikan pengunjung pada Pesta Bunga Melaka 2022 yang akan berlangsung di Taman Seribu Bunga,…
MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

Penerbangan sulung syarikat penerbangan tambah rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mendarat di Pulau Pinang pada 23 Disember, sekali…
Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Mencari homestay yang mesra kanak-kanak agak sukar terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kadang-kala ibu bapa perlukan masa untuk…
Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Pulau Pinang sememangnya satu lokasi pelancongan utama di negara kita. Dikenali ramai dengan tempat-tempat menarik bukan sahaja oleh pelancong tempatan…
Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Kualiti dan potensi pelbagai kemudahan di negeri ini menjadi faktor Selangor dipilih sebagai tuan rumah pameran adiwira dunia pertama di…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?