McDonald’s Tawar Passport Percuma & Hadiah Bernilai RM100,000!

Bersempena dengan cuti sekolah yang sudah bermula, McDonalds mengajak pelanggan mereka bercuti ke seluruh negara menerusi kempen Jalan-Jalan McD.

Kempen yang berlangsung sehingga 31 Disember 2022 ini mengajak orang ramai untuk berjalan-Jalan menerusi 2,500 kilometer sambil singgah di 20 lokasi ikonik Pandu Lalu McDonald’s di seluruh negara.

Menariknya, pelanggan akan menerima pasport Jalan-Jalan McD apabila mereka membeli set istimewa Jalan-Jalan McD dengan pembelian minumum RM20 menerusi aplikasi McDonald’s ‘Pesan & Ambil’.

20 Lokasi McDonald’s Pandu Lalu Yang Terpilih

Selain itu, untuk kempen ini terdapat 2 jenis setem yang anda boleh dapatkan iaitu setem biasa dan setem ikonik. Kalau anda saja-saja nak kumpul setem dari restoran McDonald’s, anda boleh dapatkan di mana-mana cawangan restoran McDonald’s. Bolehlah untuk dijadikan kenangan sendiri.

Tetapi kalau anda nak masuk peraduan yang dianjurkan ini, anda perlu mengumpul setem ikonik dari 20 restoran McDonald’s yang terpilih iaitu :

Wilayah Persekutuan
– McDonald’s Titiwangsa Drive-Thru
– McDonald’s Putrajaya Drive-Thru
– McDonald’s Petronas Kota Damansara Drive-Thru

Perak
– McDonald’s Taiping Lake Gardens Drive-Thru

Penang
– McDonald’s Petronas Batu Feringgi Drive-Thru
– McDonald’s Birch House Drive-Thru

Perlis
– McDonald’s Kangar Drive-Thru

Kedah
– McDonald’s Shell Kota Setar Drive-Thru

Kelantan
– McDonald’s Kota Bharu Drive-Thru

Pahang
– McDonald’s Genting Sempah Drive-Thru
– McDonald’s Cameron Highlands Drive-Thru
– McDonald’s Kuantan Riverfront Drive-Thru
– McDonald’s Teluk Cempedak Drive-Thru

Johor
– McDonald’s Stulang Laut Drive-Thru

Melaka
– McDonald’s Dataran Pahlawan Drive-Thru
– McDonald’s Taman Buaya Drive-Thru

Negeri Sembilan
– McDonald’s Tampin Drive-Thru
– McDonald’s Ampangan Drive-Thru
– McDonald’s PD Waterfront Drive-Thru

Terengganu
– McDonald’s Kuala Terengganu Drive-Thru

McDonald’s juga menawarkan hadiah untuk pelanggan yang menghantar video percutian mereka dengan syarat mesti memasukkan 20 restoran McDonald’s Pandu Lalu terpilih. Video yang mendapat ‘suka’ paling ramai akan dipilih sebagai pemenang.


Baucar McDonald Percuma

Selain daripada hadiah utama ditawarkan, anda juga boleh dapatkan Baucar Set Makanan McDonald’s secara percuma selepas mengumpul 5 setem, tak kisah setem biasa atau setem ikonik. Namun, tebusan ini terhad kepada 3 kali sahaja ya.

Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen ini, boleh ke pautan berikut : https://www.mcdonalds.com.my/jalanjalanMcD

Artikel Terpilih

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Warga Perak terutamanya bagi mereka yang berada di ibu negeri Perak, Ipoh kali ini boleh lah meluangkan masa bersama keluarga…
Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 jenis bunga bakal menjadi tarikan pengunjung pada Pesta Bunga Melaka 2022 yang akan berlangsung di Taman Seribu Bunga,…
MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

Penerbangan sulung syarikat penerbangan tambah rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mendarat di Pulau Pinang pada 23 Disember, sekali…
Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Mencari homestay yang mesra kanak-kanak agak sukar terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kadang-kala ibu bapa perlukan masa untuk…
Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Pulau Pinang sememangnya satu lokasi pelancongan utama di negara kita. Dikenali ramai dengan tempat-tempat menarik bukan sahaja oleh pelancong tempatan…
Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Kualiti dan potensi pelbagai kemudahan di negeri ini menjadi faktor Selangor dipilih sebagai tuan rumah pameran adiwira dunia pertama di…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?