Negeri Pahang Lokasi Pilihan Duta Asing

Pahang yang merupakan negeri terbesar di Semenanjung Malaysia dilihat mempunyai produk makanan dan kraftangan yang unik di samping lokasi pelancongan yang berherga untuk dikunjungi.

Duta Besar Indonesia di malaysia, Hermono, berkata, makanan tradisi seperti sambal hitam amat menarik perhatiannya selain produk kraftangan seperti tenun dan batik.

“Meskipun Malaysia dan Indonesia banyak persamaan, saya telah mencuba beberapa makanan tradisi antaranya kerepek dan sambal hitam yang rasanya sangat asli serta unik dan ia sangat bagus untuk dicuba dan dibeli pelancong.”

“Saya turut mencuba mencanting batik, budaya kraf ini sesuatu baharu buat saya, ini adalah tempat berharga untuk dikunjungi sama ada pelancong dari luar negara atau negeri-negeri lain. Tentutnya selepas ini kita akan bawa cerita tempat ini ke Indonesia kerana ia lokasi yang harus dikunjungi, ” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada program Explore Pahang With ASEAN Ambassadors and High Commissioners di Bazar Serambi Teruntum.

Selain diberi peluang mencanting batik, duta dan wakil kedutaan turut diberi peluang mencuba busana dan permainan tradisional serta mengacau dodol.

Sementara itu, Duta Besar Laos di Malaysia, Viengsavanh Sipraseuth, berkata, beliau amat meminat makanan terutama sambal hitam Pahang, selain menggemari aktiviti melukis corak batik.

“Adalah satu penghormatan untuk saya berpeluang melihat Pahang yang indah ini, saya sangat menikmati semua aktiviti, terima kasih Tourism Malaysia kerana menjemput kami,” katanya.

Timbalan Pengarah Bahagian Promosi Antarabangsa Asia Tenggara, Tourism Malaysia, Bahruddin Sulaiman, berkata, program tiga hari dua malam itu bertujuan memperkenalkan produk pelancongan Pahang khususnya di Kuantan selain meneroka peluang pelaburan di negeri itu.

Menerusi program yang julung kali diadakan itu, belau berkata, duta dan wakil negara ASEAN juga akan dibawa berkungjung ke mercu tanda baharu Pahang iaitu Kuantan 188, selain diberi peluang mencuba masakan patin tempoyak dan buah-buahan tempatan seperti durian.

“Kita berharap dengan usaha ini mereka akan bantu kita promosi destinasi menarik di Kuantan dan selepas ini kami merancang untuk membawa mereka mengunjungi Sabah pula,” katanya.

Sumber : Bernama

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *