Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Kualiti dan potensi pelbagai kemudahan di negeri ini menjadi faktor Selangor dipilih sebagai tuan rumah pameran adiwira dunia pertama di Asia Tenggara.

Dato’ Menteri Besar berkata kemudahan penempatan dan jaringan pengangkutan yang baik meyakinkan penganjur WOW Event Asia untuk menarik pengunjung ke The World of DC Exhibition.

Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan pameran bermula esok hingga 1 April depan turut membuka peluang kepada pelancongan domestik terutama sektor runcit dan perhotelan.

“Saya bangga ini yang pertama di Asia. Kemudahan yang banyak dan pelbagai menjadi tarikan untuk Selangor sebagai tuan rumah. Penganjur jangka 200,000 pengunjung akan hadir.

Kita yakin jumlah melebihi sasaran, tambahan watak-watak adiwira seperti Batman, Superman yang mempunyai peminat tersendiri,” katanya ditemui selepas melancarkan pameran itu di Tropicana Gardens Mall di sini hari ini.

Dalam pada itu, Amirudin berkata kehadiran pelancong ke Selangor terus meningkat selepas sempadan negara dibuka Julai tahun lalu, dengan angka tertinggi direkodkan pada 2021.

“Ini adalah prestasi sebelum penularan wabak Covid-19. Selangor memang jadi tarikan pelancong sebab adanya taman tema, hotel, pusat beli-belah dan pelancongan alam sekitar,” katanya.

Tiket dijual pada harga RM55 untuk dewasa manakala kanak-kanak RM38. Pameran berkonsep seni filem, pakaian dan barangan eksklusif adiwira DC seperti Superman, Batman, Aquaman dan Wonder Woman.

Sumber : SelangorKini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *