Panduan Menaiki Kapal Terbang Buat Kali Pertama

Kalau diingatkan kembali sewaktu pertama kali nak naik kapal terbang, memang macam-macam peristiwa lucu dan mencemaskan yang berlaku. Biasalah, pertama kali pastinya ada beberapa perkara yang terlepas atau tersalah dan sebagainya.

Untuk itu, kali ini adalah perkongsian buat mereka yang mungkin pertama kali ingin anik kapal terbang dan beriktu adalah antara perkara yang boleh membantu anda.

1) Semak harga tiket dan rancang tarikh yang sesuai

Imej via Britannica

Jika ingin melancong ke sesuatu tempat, perkata pertama yang perlu anda lakukan adalah membuat semakan harga tiket terlebih dahulu.

Kebiasaannya pesawat tambang murah seperti AirAsia ada menawarkan harga promosi pada tarikh-tarikh tertenu dan sebagai pengguna yang bijak, kita harus merajinkan diri untuk membuat perbandingan harga dari semasa ke semasa.

Jika terdapat hal-hal kecemasan dan memerlukan pembelian tiket dengan segera, jangan pelik sekiranya harga yang dikenakan agak mahal berbanding harga biasa.

Pembelian tiket kapal terbang boleh dibeli secara atas talian dan dari situ, anda juga dapat memilih sama ada mahu membeli atau tidak keperluan asas seperti berat bagasi, insurans dan juga makanan.

2) Tiba hari untuk berlepas

Apabila tiba hari untuk berlepas, kita perlu mendaftar masuk terlebih dahulu bagi mengesahkan kita akan meneruskan penerbangan pada hari dan tarikh tersebut.

Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mendaftar masuk seperti menerusi aplikasi dalam telefon, melakukan secara atas talian pada laman web, di kiosk layan diri atau di kaunter pendaftaran.

Sekiranya anda hanya membawa dan menggalas sebuah beg sahaja, anda tidak perlu ke kaunter pendaftaran untuk membuat pendaftaran masuk.

Ini kerana petugas di kaunter pendaftaran biasanya lebih mengutamakan mereka yang ada membeli berat bagasi bagi membuat timbangan.

Jika kurang, tiada sebarang masalah namun jika terlebih, pastinya anda mempunyai wang lebih untuk membuat pembayaran segera.

3) Jalani imbasan kawalan keselamatan

Imej via The Star

Setelah berjaya melakukan daftar masuk dan mencetak pas pelepasan, anda akan melalui satu laluan imbasan kawalan keselamatan.

Di situ, anda akan diminta untuk mengeluarkan segala jenis peralatan atau barangan yang ada pada tubuh anda seperti dompet, telefon bimbit, gelang, jam tangan serta tali pinggang.

Sebelum ini, tali pinggang tidak perlu dibuka sewaktu imbasan kawalan keselamatan dilakukan namun sejak berlaku beberapa kes penyeludupan dadah yang disorok pada tali pinggang, penguat kuasaan tersebut akhirnya dilaksanakan.

Jika dalam beg galas anda terdapat benda tajam dan berbahaya seperti gunting atau pisau, anda akan diarah untuk membuangnya ke dalam kotak yang telah disediakan.

4) Perhatikan nombor pintu pelepasan anda

Selesai menjalani imbasan kawalan keselamatan, anda sudah boleh berjalan ke balai pelepasan. Ada sesetengah lapangan terbang, pintu masuk dan jarak ke balai pelepasan itu tidaklah terlalu jauh.

Namun bagi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) misalnya, anda bagaikan sempat untuk melakukan senaman jalan kaki sebelum tiba di pintu yang paling hujung jika tidak bernasih baik.

5) Tunggu dipanggil krew yang bertugas

Di balai pelepasan, terdapat ruang untuk menunggu dan anda bolehlah berehat-rehat di sana terlebih dahulu.

Sebaik sahaja kapal terbang siap untuk brelepas, krew yang bertugsa akan membuat pengumuman dan anda perlu beratur mengikut nombor pada kerusi anda.

Sekiranya penerbangan anda adalah untuk berlepas ke luar negara, anda perlu sedia dan pamerkan passport serta pas pelepasan untuk tujuan semakan.

Jika anda sekadar mengikuti penerbangan dalam negeri, memadailah dengan mempamerkan kad pengenalan dan pas pelepasan anda sahaja.

Imej via FreeMalaysiaToday

6) Berjalan masuk ke dalam pesawat

Anda perlu beratur untuk masuk ke dalam pesawat dan sila perhatikan nombor pada tempat duduk anda.

Sebelum berlepas, krew kabin akan melakukan demonstrasi penggunaan alat-alatk ecemasan seperti pemakaian jaket keselamatan dan topeng asap, menunjukkan arah pintu kecemasan dan yang paling penting, mengetatkan tali pinggang keledar.

Sentiasa perhatikan lampu isyarat pemakaian tali pinggang keledar. Jika kapal terbang sudah stabil ketika di udara, barulah anda boleh bergerak bagi mereka yang ingin ke tandas misalnya.

7) Tiba di lokasi lapangan terbang mendarat

Anda akan melalui stesen pemeriksaan imigresen. Mereka akan membuat semakan tentang perjalanan anda dan mengeluarkan sekeping pas lawatan kecil untuk simpanan anda.

Jika anda memiliki beg yang didaftar masuk, anda boleh terus ke ruang pengambilan bagasi untuk mengambil beg dan mulakan percutian anda dengan ceria.

Sumber : Maskulin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *