Panduan Sebelum & Semasa Penerbangan Jarak Jauh Bersama Anak Kecil!

Bercuti bersama keluarga pastinya satu pengalaman yang menyeronokkan, terutamanya apabila dapat berjalan jauh dan menikmati keindahan tempat dan negara lain dengan lebih dekat. Namun, membawa kanak-kanak yang masih kecil ketika menaiki kapal terbang mungkin merupakan satu cabaran hebat buat ibu bapa.

Alhamdulillah, satu perkongsian menarik dikongsikan oleh Puan Hanis Athirah Rusli mengenai tips sebelum dan semasa melakukan penerbangan jarah jauh bersama anak-anak kecil melalui pengalamannya sendiri.

PANDUAN SEBELUM & SEMASA PENERBANGAN JARAK JAUH BERSAMA ANAK KECIL

Ada yang pernah tanya, travel jauh-jauh sampai ke negara dekat dengan kutub utara, bawa anak-anak kecil okay ke dorang? Penat tak? Anak buat perangai tak?

Anak-anak kami Alhamdulillah Allah bagi rezeki seawal usia 1 tahun lebih dah biasa jalan jauh sebenarnya. Paling jauh perjalanan ambil masa selama 23 jam untuk sampai ke destinasi.

Nak kongsi tips tak pandai sangat, cuma kami hanya mampu kongsi pengalaman saja persediaan sebelum dan semasa perjalanan jarak jauh bersama anak kecil ni. Kami pun banyak try and error, banyak tak tahu dan dari pengalaman kami belajar. Jadi saya tulis sini untuk perkongsiaan bersama.

Persediaan sebelum memulakan perjalanan jarak jauh

#1 PILIH PENERBANGAN PADA WAKTU MALAM

Seeloknya pilih penerbangan yang bertolak pada waktu malam. Jadi anak akan dapatkan rehat yang cukup semasa penerbangan. InsyaAllah risiko untuk mendapat jet lagged bekurangan. Kalau kena pun maybe tak teruk sangat.

#2 PILIH TEMPAT DUDUK DISERTAKAN BASINET

Bila ada anak yang masih bayi, boleh pilih tempat duduk yang disertakan dengan basinet untuk kemudahan kita nanti. Barulah kita tak penat nak meriba anak sepanjang penerbangan.

#3 BAWA UBATAN LEBIH DALAM HAND CARYY BAG

Bawa ubat-ubatan extra dalam bag hand carry. Semak kuantiti tak lebih 100ml. Boleh label dan declare. Sebab bila penerbangan international ni strict sangat. Masa security check kita tak dibenarkan bawa cecair masuk.

Tapi ubat spare macam mana perlu ada. Sebab kami pernah hari tu, ubat lupa letak dalam bag hand carry. Semasa penerbangan badan Afraz mula start panas. Risau betul sebab Afraz pernah ada history kena sawan. Memang jadi pengajaran sebab kami suami isteri tak tenang nak lelap mata.

Berulang ke tandas basahkan badan anak. Monitor kesihatan Afraz betul2. Mujurlah transit kejap dekat Istanbul, dapat ikhtiar beli ubat. Walaupun harga masa tu seramnya tapi untuk anak kita ikhtiar. Jadi pengajaran betul kat sini.

#4 DATANG AWAL KE LAPANGAN TERBANG

Datang awal ke airport. Walaupun flight kami bertolak malam, lepas Zohor kami dah cuba turun dari rumah.

Kalau flight domestik takpe lagi, bila melibatkan penerbangan international memang tak boleh main belasah je, melayang duit nanti. Nanti dah sampai boleh tenang², rehat dengan anak. Tak kelam kabut sangat.

#5 PILIH PENERBANGAN YANG MENAWARKAN MAKANAN HALAL

Sekiranya boleh, pilih penerbangan yang menawarkan makanan halal. Kalau takde pun boleh request siap-siap semasa nak booking tiket. Even tak sedap mana pun memang kena cuba telan hee.

Paling penting, dalam hand carry bag standy makanan untuk anak lapik perut seperti biskut dan roti. Boleh beli semasa dekat airport atau nak jimat boleh beli awal siap-siap. Bab air takpe, atas flight boleh je minta dengan stewardess nanti.

#6 BAWA ALAT TULIS & MAINAN UNTUK HIBURAN ANAK

Bawa kelengkapan alat tulis dan mainan untuk hiburan semasa penerbangan nanti. Discuss dengan anak pilihan mainan mereka. Mainan yang lebih kepada imaginasi atau open ended play tapi ringan sangat sesuai untuk dibawa bersama.

#7 BAWA SLEEPING MASK & EARPLUGS SUPAYA ANAK MUDAH TIDUR

Bawa sleeping mask dan earplugs, untuk memudahkan anak untuk tidur dan mengurangkan rasa sakit dekat gegendang telinga semasa take off atau landing akibat tekanan udara.

Tapi kebiasaannya memang dah disediakan pihak airline. Anak² juga dibiasakan untuk belajar kawal teknik pernafasan khas untuk meredakan sakit telinga. Dulu masa anak bayi lagi senang, breastfeed je untuk legakan ketidakselesaan anak.

#8 BANGUN AWAL DARI BIASA PADA HARI BERTOLAK

Hari nak bertolak, bangun lebih awal dari biasa. Bagi anak main aktif dulu sepuas hati mereka. Nanti atas flight kena duduk diam sebab ruangan pergerakan terhad kan?

Sepanjang hari anak aktif, naik flight pula selalu kami jadi orang terakhir atau tunggu dah tak sesak baru masuk. Nanti senang, dah masuk flight, badan dah penat kejap je anak rasa sejuk selesa, mudah je mereka tidur.

PERSEDIAAN SEMASA PENERBANGAN BERSAMA ANAK KECIL:

Untuk semasa perjalanan pula saya share dekat bawah tipsnya.

Dulu saya pun sama, risau sangat sampai termimpi-mimpi tak yakin kemampuan diri. Alhamdulillah, pengalaman dulu, Allah permudahkan perjalanan yang paling mencabar, solo tanpa ditemani suami, bawa Afraz ketika tu usia 1 tahun lebih ke New Zealand.

Kitalah hurung stroller sorang-sorang, tapi tu takpe lagi sebab usia masa ni tak banyak songeh sangat kecuali bila dialapar dan mengantuk. Saya akui agak mencabar juga tapi kalau dah planning awal InsyaAllah senang dan smooth saja perjalanan. Sebenarnya tak susah, tapi ada tricknya kalau nak bawa anak kecil naik kapal terbang ni.

Ps: Bila lama sangat tak muat naik apa-apa kat muka buku ni, ada yang tanya bila nak balik Malaysia. Sebenarnya kan, kami dah selamat pulang ni. Alhamdulillah. Cuma macam tulah, lepas pulang sibuk menyibukkan diri susun balik rutin baru. Ni dah back to normal routine, dah biasakan barulah rajin menulis sikit.

Semoga ada manfaatnya dari penulisan panjang ini.

Sumber : Hanis Athirah Rusli

Artikel Terpilih

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Warga Perak terutamanya bagi mereka yang berada di ibu negeri Perak, Ipoh kali ini boleh lah meluangkan masa bersama keluarga…
Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 jenis bunga bakal menjadi tarikan pengunjung pada Pesta Bunga Melaka 2022 yang akan berlangsung di Taman Seribu Bunga,…
MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

Penerbangan sulung syarikat penerbangan tambah rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mendarat di Pulau Pinang pada 23 Disember, sekali…
Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Mencari homestay yang mesra kanak-kanak agak sukar terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kadang-kala ibu bapa perlukan masa untuk…
Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Pulau Pinang sememangnya satu lokasi pelancongan utama di negara kita. Dikenali ramai dengan tempat-tempat menarik bukan sahaja oleh pelancong tempatan…
Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Kualiti dan potensi pelbagai kemudahan di negeri ini menjadi faktor Selangor dipilih sebagai tuan rumah pameran adiwira dunia pertama di…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?