Penginapan Airbnb di Semenyih, Lengkap dengan ‘Private Beach’, Memang Unik!

Sebuah penginapan airbnb telah tular di media sosial disebabkan ciri-cirinya yang unik dan menarik. Penginapan airbnb tersebut lengkap dengan pantai mini buatan yang pastinya memberikan pengalaman menarik kepada pengunjungnya.

Penginapan Airbnb tersebut dikenali sebagai TTS Beach Village dan terletak di Semenyih. Lokasinya mengambil masa hanya kira-kira 40 minit perjalanan dari Pusat Bandar Kuala Lumpur dan sangat sesuai untuk mereka yang mahu lari dari hiruk pikuk kota. Mungkin bagi anda yang mencari ketenangan dan lokasi yang boleh membawa keluarga yang ramai, inilah tempatnya.

Penginapan ini boleh memuatkan maksimum sehingga 26 orang dan mempunyai 5 bilik tidur berhawa dingin dengan 22 katil. Boleh dikatakan penginapan ini cukup besar dan bolehlah anda bersama keluarga atau rakan ‘staycation’ di sini.

Berkaitan :-
- 10 Instagramable Airbnb Di Kuala Lumpur Dengan Pemandangan Menarik !
- 10 Lokasi Airbnb di Johor Bahru dengan Pemandangan Cantik dan Selesa! 
- Senarai Penginapan Airbnb Menarik & Best di Bandaraya Melaka!

Selain daripada pantai mini buatan, penginapan ini juga memiliki kolam renang dan juga jakuzi. Memang banyak kemudahan yang boleh anda gunakan ketika menginap di sini.

Antara kemudahan lain yang tersedia termasuklah ruangan BBQ, tasik memancing, dapur memasak dan juga steamboat. Malah, perkakas memasak disini siap ada khusus untuk barangan halal maka tidak perlu risau kalau bercampur dengan barangan basah tetamu sebelum ini.

Untuk anda yang berminat untuk cuba menginap di sini, anda bolehlah membuat tempahan di sini dan buat masa sekarang, harga penginapan satu malam di sini adalah RM2,799 malam sahaja.

Artikel Terpilih

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Warga Perak terutamanya bagi mereka yang berada di ibu negeri Perak, Ipoh kali ini boleh lah meluangkan masa bersama keluarga…
Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 jenis bunga bakal menjadi tarikan pengunjung pada Pesta Bunga Melaka 2022 yang akan berlangsung di Taman Seribu Bunga,…
MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

Penerbangan sulung syarikat penerbangan tambah rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mendarat di Pulau Pinang pada 23 Disember, sekali…
Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Mencari homestay yang mesra kanak-kanak agak sukar terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kadang-kala ibu bapa perlukan masa untuk…
Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Pulau Pinang sememangnya satu lokasi pelancongan utama di negara kita. Dikenali ramai dengan tempat-tempat menarik bukan sahaja oleh pelancong tempatan…
Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Kualiti dan potensi pelbagai kemudahan di negeri ini menjadi faktor Selangor dipilih sebagai tuan rumah pameran adiwira dunia pertama di…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?