Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Pulau Pinang sememangnya satu lokasi pelancongan utama di negara kita. Dikenali ramai dengan tempat-tempat menarik bukan sahaja oleh pelancong tempatan tetapi juga pelancong dari luar negara. Selain itu, Pulau Pinang turut terkenal dengan julukan sebagai syurga makanan yang sememangnya sungguh menyelerakan.

Untuk ke tempat-tempat menarik dan mencuba pelbagai makanan , satu hari pastinya tidak mencukupi. Jadi, anda perlu mencari penginapan yang selesa dan menarik untuk didiami sepanjang percutian anda. Apa kata anda cuba menginap di salah satu lokasi paling ikonik di Pulau Pinang iaitu di Hotel Yeng Keng ini!

Terletak di Jalan Chulia George Town, hotel yang bertaraf empat bintang ini merupakan sebuah hotel yang terletak di sebuah bangunan yang dibina pada abad ke-19. Lebih menariknya, hotel ini menawarkan 20 buah bilik dengan dekorasi menarik gabungan konsep Inggeris dan India.

Sebagai bangunan bersejarah, bangunan ini telah diiktiraf sendiri oleh UNESCO World Heritage! Tahniah diucapkan kepada pihak hotel ini. Antara yang menarik anda boleh lihat adalah hiasan warna-warna terang serta tanaman bunga yang menarik untuk dipandang.

Kemudahan yang tersedia pada biliknya pula adalah seperti pendingin hawa, kipas siling dan pelbagai lagi. Seterusnya di sini juga terdapat sebuah kolam renang yang mana anda boleh berenang dan bersantai bersama keluarga.

Lokasinya yang cukup strategik membolehkan anda untuk ke tempat-tempat menarik dengan mudah seperti Muzium Kamera, Cheong Fatt Tze Mansion dan juga Muzium Islam Penang.

Lokasi : 362, Chulia Street, World Heritage City of George Town, 11600, George Town.

Boleh lihat harga penginapan di sini pada pautan ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *