Penginapan Homestay & Apartment Menarik Sekitar Cameron Highland!

Kebiasaannya, sebelum bercuti psatinya akan mencari tempat untuk menginap terlebih dahulu. Yalah, mana tahu dah siap nak gerak, tapi disebabkan tidak membuat persiapan secukupnya, hotel semuanya sudah dibooking. Selain hotel, anda juga boleh memilih untuk menginap di homestay atau apartment dimana kelengkapan dan sebagainya tidak kurang hebat juga! Jadi, untuk anda yang mencari penginapan di Cameron Highlands, berikut adalah antara penginapan menarik yang anda boleh cuba.

#1 Quintet Apartments

Terletak di lokasi utama di Tanah Rata dengan akses yang cukup mudah ke tempat pelancongan, restoran dan kedai yang hanya breada sekitar beberapa minit sahaja, Quintet Apartment merupakan pilihan terbaik untuk menginap bersama keluarga. Tersedia balkoni dengan pemandangan sekitar yang menarik, apartmen yang modern ini lengkap dengan kawasan dapur dan juga sambungan Wi-Fi. Pengunjung juga akan mendapat akses kepada kemudahan yang tersedia di bangunan termasuklah kafe dan juga tempat meletak kenderaan percuma.

Lokasi : Jalan Tengkolok, Tanah Rata, Cameron Highlands
Harga Penginapan : RM250-300++ per malam
Laman Web : Quintet Apartments

#2 Dear Dino Villa

Dikelilingi bukit bukau yang cukup indah, Dear Dino Villa menawarkan penginapan yang selesa dan tenang yang anda pastinya sangat perlukan ketika bercuti. Homestar menarik ini menawarkan bilik standart dan family suite, dimana setiap satunya lengkap dengan kelengkapan asas seperti bilik mandi air panas, tuala, kipas dan pelbagai lagi. Di luar, terdapat pula lengkap dengan taman bunga berserta meja piknik dan tempat berbarbeku sesuai untuk anda datang untuk sebarang parti dan keramaian.

Lokasi : Lot 105, Jalan Rumah Persekutuan, Brinchang, Cameron Highlands
Harga Penginapan : RM140-450++ Per Malam
Hubungi : +6017-603 2677
Laman Web : Dear Dino Villa

#3 Smurf Inn Homestay

Anda mencari lokasi penginapan untuk keluarga dengan harga berpatutan di Cameron Highland? Anda bolehlah memilih untuk menginap di Smurf Inn Homestay! Menawarkan penginapan dengan dekorasi ala-ala ‘fairytale’, anda boleh menginap di bilik termasuklah bilik ensuite, tersedia dengan tv, Wi-Fi dan pelbagai lagi kelengkapan moden untuk memberikan anda penginapan yang selesa.

Selain itu, disini juga tersedia sebuah kolam renang kecil dan kawan untuk barbeku yang sangat sempurna untuk keluarga berkumpul. Terletak di atas bukit terdapat banyak tempat untuk anda berehat dan relaks menikmati keindahan alam, termasuklah kawasan luar lengkap dengan permainan ‘merry-go-round’ untuk kanak-kanak bermain.

Lokasi : No 8, Chateau Avenue, Off Jalan Chateau, Royal Chateau, Brinchang, Cameron Highlands
Harga Penginapan : RM140++ per malam
Hubungi : +6012-373 8888
Laman Web : Smurf In Homestay

#4 Green Hill Apartment Tanah Rata

Diluar mungkin Green Hill Apartmen kelihatan ketinggalan zaman dan sebgainya, tetapi ia sebaliknya dibahagian dalam. Dengan gaya rekaan English yang menarik, apartmen ini sesuai untuk keluarga datang dan menginap sepanjang percutian di Cameron Highland ini. Kelengkapan yang tersedia serba cukup dan anda juga dapat menikmati kemudahan seperti tempat meletak kenderaan percuma dan juga kemudahan serba moden lain.

Lokasi : Green Hill Apartment, Jalan Gereja, Tanah Rata, Cameron Highlands
Harga : RM500++ per malam
Laman Web : Green Hill Apartment

#5 10 Mentigi Cameron Highlands

Salah satu penginapan terbaru di Cameron Highland, 10 Mentigi menawarkan penginapan yang cukup menarik dan ‘stylish’ dengan ruangan bilik dan ruang lain yang luas untuk keluarga anda datang bercuti dalam keadaan cukup selesa. Anda bolehlah menginap disini serta dapat menikmati dekorasi kontemporari dan aestetik industri dengan taman bunga yang cantik, lengkap dengan kawasan barbeku dan meja piknik.

Lokasi : No. 10 Jalan Mentigi, Tanah Rata, Cameron Highlands
Harga : RM280-400++ per malam
Hubungi : +6010-210 1047
Laman Web : 10 Mentigi Cameron Highland

#6 Peony Square Tea View

Terletak di kawasan Kuala Terla, apa yang paling menarik di Peony Square Tea View ini sudah pastinya balkoninya yang menghadap ke arah kawasan bukit bukau dan tanaman pokok teh. Cukup sesuai untuk anda datang dan menginap bersama keluarga, dengan tiga buah bilik dalam apartmen yang lengkap dengan perabot, dapur dan pelbagai lagi yang menjadikan percutian anda cukup relaks dan selesa.

Lokasi : Peony Square, Kuala Terla, Cameron Highlands
Harga Penginapan : RM200-300++ per malam
Laman Web : Peony Square Tea View

#7 Zetter Suites Cameron Highlands

Zetter Zuites merupakan pilihan penginapan percutian keluarga yang menarik di Cameron Highlands ini. Menawarkan apartmen dan studio berdekorasikan ala’Victorian’, anda dapat melihat begitu banyak koleksi perabot antik dan hasil seni klasik yang menarik. Pastinya penginapan anda disini bakal membawa memori menarik untuk anda dan keluarga.

Lokasi : G-31, Barrington Square, Jalan Golden Hills 1, Cameron Golden Hills, Tanah Rata, Cameron Highlands
Harga Penginapan : RM190-320++ per malam
Hubungi : +6019-668 6821
Laman Web : Zetter Suites Cameron Highlands

#8 The Bala’s Holiday Chalet (Planter Country Hotel)

Dahulunya merupakan sebuah sekolah British, kemudiannya ditukar menjadi resort, The Bala’s Holiday Chalet ini menawarkan penginapan menarik dengan sejarahnya tersendiri. Dekorasi dalamannya yang terjaga rapi dan cantik dapat dilihat di keseluruhan sudut. Terdapat pelbagai jenis bilik yang anda boleh pilih sebagai penginapan tak kira untuk pasangan ataupun keluarga. Dikelilingi taman dan hutan yang indah menjadikan percutian anda disini sememangnya selesa dan menarik.

Lokasi : Lot 55, Jalan Besar, Tanah Rata, Cameron Highlands
Harga Penginapan : RM180-200++ per malam
Hubungi : +605-491 1660
Laman Web : The Bala's Holiday Chalet


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *