Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Mencari homestay yang mesra kanak-kanak agak sukar terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kadang-kala ibu bapa perlukan masa untuk berehat bersama keluarga selepas sibuk dengan urusan seharian. Untuk bercuti lama mungkin tidak dapat, tetapi mungkin menginap di mana-mana homestay untuk satu atau dua malam sudah memadai.

Baiklah, untuk memudahkan pencarian anda, kali ini adalah perkongsian tentang sebuah homestya cukup menarik, penuh warna warni yang sangat mesra kanak-kanak. Confirm anak-anak anda akan seronok menginap di homestay ini.

Apa yang tersedia di dalam homestay ini termasuklah kawasan permainan yang luas, siap dengan gelongsor lagi di dalam rumah! Selain itu disitu juga terdapat katil dua tingkat, jadi mudah untuk anak-anak bermain dan sehingga tertidur.

Selain itu, homestay ini turut lengkap degan dapur, mesin basuh, perkakas makanan dan pelbagai lagi!

Jom lihat dan ketahui fasiliti dan kemudahan lain yang tersedia di sini. Di level 6 terdapat kolam renang dengan pemandangan bangunan PNB Merdeka 118. Anda boleh juga membawa anak-anak mandi serta menggunakan taman permainan yang turut terdapat disini.

Lokasi homestay ini sememangnya cukup strategik. Terletak di Swiss-Garden Residence, lokasi ini pastinya merupakan lokasi ideal bagi pelancong ke Kuala Lumpur kerana ianya terletak berdekatan pelbagai kompleks membeli-belah di Bukit Bintang seperti LaLaport Bukit Bintang City Centre, Berjaya Times Square, Low Yat, Sungei Wang, Lot 10, Fahrenheit 88, Pavilion KL, dan juga Starhill Gallery.

Untuk membuat tempahan homestay ini, anda boleh klik pautan ini.

Baca Juga : 18 Tempat Percutian Paling Menarik di Kuala Lumpur

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *