Penginapan Hotel Bajet di Langkawi yang BEST, Serendah RM80 sahaja!

Langkawi merupakan sebuah pulau peranginan yang sememangnya menjanjikan pengalaman percutian yang menarik. Saban tahun pelancong dari dalam dan luar negara menjadikan lokasi ini tempat percutian tahunan mereka kerana pulau ini lengkap dengan semua tarikan yang sangat menarik.

Mencari lokasi penginapan di pulau ini pula tidaklah sesukar mana. Anda sebenarnya boleh membuat pilihan sama ada mahu menginap di lokasi eksklusif dan mewah atau lokasi selesa dan murah mengikut bajet anda. Untuk itu, kami memberikan senarai 15 penginapan bajet di Langkawi yang murah tetapi selesa untuk dihuni bersama keluarga.

#1 Chill Suites Langkawi

Chill Suites Langkawi terletak kira-kira 2 kilometer dari Dataran Helang. Hanya 1 minit dari pantai, penginapan disini sememangnya selesa dan lengkap dengan kemudahan asas. Sangat sesuai untuk anda merehatkan diri dan bersantai bersama keluarga setelah seharian suntuk berjalan-jalan.

Penginapan di biliknya pula lengkap dengan kemudahan seperti pendingin hawa, TV, bilik air dan beberapan biliknya pula tersedia pemandangan indah laut dan setiap bilik tersedia coffee machine.

🏝️ 31 Jalan Mahawangsa 1 Kuah, 07000 Kuah, Malaysia
πŸ’° Harga bermula RM115+

#2 Hotel Goldsands

Terletak di Pekan Kuah, Hotel Goldsands Langkawi ini hanya kira-kira 5 minit sahaja dari Jeti Langkawi. Menariknya disini adalah kolam renang dan beberapa kemudahan lain yang terletak di atas bumbung. Anda boleh berehat sambil emlihat pemandangan Langkawi yang indah.

Penginapan di bilik pula lengkap dengan kemudahan seperti pendingin hawa, minibar, TV dan pelbagai lagi.

🏝️ Lot 557& 559 Pekan, 07000 Kuah, Malaysia
πŸ’° Harga bermula RM135+

#3 Salsa Resort

Salsa Resort Langkawi merupakan sebuah penginapan yang moden terletak kira-kira 5 minit perjalanan ke Pantai Cenang. Resort ini menawarkan pemandangan sawah padi yang luas dengan tempat meletak kereta yang banyak.

Penginapan disini pula lengkap dengan keudahan seperti pendingin hawa, Tv dan pelbagai lagi. Tempat makan menarik terletak kira-kira 3 minit perjalanan manakala lokasi-lokasi lain pula skeitar 5 minit perjalanan sahaja.

🏝️ 2436 Kampung Temoyong, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah Darul Aman., 07000 Pantai Cenang, Malaysia
πŸ’° Harga bermula RM117+

#4 Anjung Villa

Lokasi penginapan seterusnya yang tersenarai adalah Anjung Villa. Terletak di Pantai Cenang, lokasi ini merupakan sebuah lokasi penginapan yang selesa dan sempurna untuk anda berehat sambil menikmati keindahan pulau lagenda ini.

Setiap bilik di sini tersedia kemudahan yang lengkap seperti pendingin hawa, TV bersaluran satelit. Selain itu, disini juga tersedia kolam renang.

🏝️ Lot 3124, Jalan Batu Belah Mukim Kedawang, 07000 Pantai Cenang, Malaysia
πŸ’° Harga bermula RM95+

#5 Senari Bay Resort

Terletak di Pantai Cenang, Senari Bay Resort ini menawarkan penginapan yang terbaik untuk harga yang berpatutan. Lebih menarik, resort ini turut mempunyai pantai privatenya tersendiri.

Untuk penginapan pula, seperti biasa, kemudahan asas yang tersedia adalah lengkap dengan pendingin hawa, TV, dan juga akses kepada WiFi percuma. Kawasan tempat makan popular pula terletak ira-kira 10 minit sahaja dari resort ini.

🏝️ Kuala Cenang, MK. Kedawang, 07000 Pantai Cenang, Malaysia 
πŸ’° Harga bermula RM95+

#6 Tropical Resorts Langkawi

Anda juga boleh memilih untuk menginap di Tropical Resort Langkawi. Terletak di Pantai Tengah, lokasi penginapan ini memang selesa dan lengkap. Resort 3 bintang ini tersedia pelbagai kemudahan asas termasuklah kolam renang.

Antara jenis penginapan di sini adalah seperti Family Room, Deluxe Triple Room, Deluxe Pool View Room dan pelbagai lagi. Resort ini juga terletak dekat sahaja dengan Pantai Tengah iaitu kira-kira 240 meter sahaja.

🏝️ Jalan Teluk Baru, Pantai Tengah, Langkawi, Malaysia, 07000
πŸ’° Harga bermula RM130+

#7 Sassy House

The Sassy House yang terletak di Pantai Cenang ini juga adalah penginapan menarik, selesa dengan harga yang berpatutan. Terletak kira-kira 6 minit sahaja dari pantai, The Sassy House ini menawarkan penginapan yang selesa untuk anda berehat setelah berjalan-jalan dan bersiar-siar di Pulau Langkawi ini.

Antara lokasi menarik yang terletak berdekatan adalah seperti Underwater World Langkawi, Laman Padi Langkawi dan Cenang Mall. Untuk bilik penginapan pula memang selesa, lengkap dengan pendingin hawa, kipas, pemandangan luar tingkat yang indah dan pelbagai lagi.

🏝️ Lot 1241, Jalan Teluk Baru, Pantai Tengah, 07000 Pantai Cenang, Malaysia
πŸ’° Harga bermula RM119+

#8 Langkawi Seaview

Terletak di tengah Pekan Kuah, Langkawi Seaview Hotel ini menawarkan penginapan yang cukup selesa tak kira sama ada anda mahu bercuti bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Hanya kira-kira 15 minit sahaja dari lokasi tumpuan ramai, penginapan di sini sememangnya terbaik untuk anda.

Untuk penginapan pula. anda boleh memilih sama ada bilik bersama balkoni menghadap arah bukit atau laut. Setiap bilik penginapan pun selesa dengan kemudahan yang lengkap termasuklah pendingin hawa, TV, fridge dan minibar.

🏝️ Jalan Penarak, 07000 Kuah, Malaysia
πŸ’° Harga bermula RM130+

#9 Hotel De Bleu

Hotel De Bleu Langkawi ini terletak kira-kira 12 minit sahaja dari pantai. Terletak di Kuah, hotel ini menawarkan penginapan yang selesa dengan kemudahan asas yang lengkap. Antara pilihan penginapan di sini termasuklah Family Room, Deluxe Twin Room, Deluxe Queen Room dan Standard Single Room.

Bilik yang disediakan disini lengkap dengan pendingin hawa, WiFi percuma dan juga selesa dengan pemandangan menghadap ke arah bandar.

🏝️ Lot 144,146 & 148 Persiaran Bunga Raya Langkawi Mall,Kuah, 07000 Kuah, Malaysia
πŸ’° Harga bermula RM RM115+

#10 Motel Seri Mutiara

Penginapan seterusnya adalah di Motel Seri Mutiara yang terletak di bandar Kuah. Hanya 5 minit perjalanan jalan kaki dari Pekan Kuah dan Pantai Taman Lagenda.

Penginapan disini menyediakan kemudahan asas yang lengkap seperti TV, pendingin hawa dan sebagainya.

🏝️ Lot PT 779, Jalan Penara, Mukim Kuah, Langkawi, 07000 Kuah, Malaysia
πŸ’° Harga bermula RM79+

#11 Simfoni Resort

Terletak kira-kira 2.6 km daripada Langkawi Kristal dan 3.3 km daripada Sungai Kilim Nature Park, Simfoni Resort Langkawi juga menawarkan penginapan yang selesa tetapi masih di dalam bajet yang murah.

Hotel 3 bintang ini menawarkan bilik dengan pemandangan bukit-bukau, WiFi percuma manakala untuk bilik hotelnya pula menawarkan TV, pendingin hawa dan juga sebilangan biliknya mempunyai balkoni dnegan pemandangan bandar.

🏝️ JP 3, JALAN PELANGI, KELIBANG, 07000 Kuah, Malaysia
πŸ’° Harga bermula RM90+

#12 Greenish Langkawi

Untuk penginapan yang selesa dan dalam bajet yang murah, anda boleh memilih untuk menginap di Greenish Hotel Langkawi. Terletak di Kuah, hotel ini menawarkan penginapan yang selesa, dengan kolam renang terbuka yang luas dan cantik. Selain itu, lokasinya juga strategik dimana anda boleh ke lokasi-lokasi menarik sekitar Langkawi dengan mudah.

🏝️ LOT 263, MUKIM KUAH, JALAN AYER HANGAT KUAH, PULAU LANGKAWI, KEDAH, 07000 Kuah, Malaysia
πŸ’° Harga bermula RM130+

#13 The Concept

The Concept Hotel yang terletak di Kuah menawarkan penginapan yang murah tetapi selesa. Lengkap dengan kolam renang terbuka dan WiFi percuma pada keseluruhan hotel selain tempat meletak kereta khas untuk pengunjung.

Untuk bilik pula, hotel ini menawarkan bilik dengan pendingin hawa, TV, peti ais dan sebagainya.

🏝️104-G, KPG KELIBANG, KUAH, 07000 Kuah, Malaysia
πŸ’° Harga bermula RM79+

#14 Cenang Plaza

Hanya 160 meter dari Pantai Cenang manakala 260 meter dari Cenang Mall, Cenang Plaza Beach Hotel merupakan tempat penginapan dengan harga yang bajet dan berpatutan untuk anda. Penginapan disini seperti biasa lengkap dengan kemudahan asas.

Lokasinya yang berdekatan dengan tempat menarik menjadi salah satu sebab mengapa hotel ini berada dalam senarai ini.

🏝️ Lot 2606, Jalan Pantai Cenang, Mukin Kedawang, 07000 Pantai Cenang, Malaysia
πŸ’° Harga bermula RM120+

#15 Malibest Resort

Lokasi terakhir dalam senarai ini adalah Malibest Resort. Sebuah resort yang terletak di Pantai Cenang, menawarkan kemudahan asas yang lengkap termasuklah kolam renang terbuka dan WiFi percuma. Di dalam bilik pula lengkap dengan pendingin hawa dan TV.

Tempat makan juga terletak berdekatan hanya 2 minit berjalan kaki. Anda boleh bercuti di sini berama keluarga dengan berjalan-jalan di sekitar pantai dan sebagainya.

🏝️ Pantai Cenang, Mukim Kedawang, Pantai Cenang, 07000 Pantai Cenang, Malaysia
πŸ’° Harga bermula RM130+

Bagaimana? Menarik bukan penginapan yang tersedia di dalam senarai ini? Untuk memilih penginapan, antara perkara utama adalah lokasinya kerana anda boleh ke tempat menarik dengan berjalan sahaja sekiranya hotel anda terletak dekat dengan tempat menarik tersebut.

Semoga dengan senarai kali ini dapat membantu anda untuk membuat pilihan dengan tepat. Selamat bercuti!

Artikel Terpilih

"Percutian dalam negara masih dapat permintaan tinggi"- Tourism Malaysia

"Percutian dalam negara masih dapat permintaan tinggi"- Tourism Malaysia

Kecoh baru-baru ini apabila ramai mempertikaikan tentang rakyat Malaysia yang semakin ramai memilih negara jiran sebagai lokasi percutian berbanding lokasi…
Tahniah! AirAsia Dinobatkan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia kali ke 13 berturut-turut!

Tahniah! AirAsia Dinobatkan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia kali ke 13 berturut-turut!

AirAsia telah dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambah Rendah Terbaik Dunia di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2022 untuk tahun ke-13…
Rakyat Malaysia Tidak Perlu Visa Untuk Melancong Ke Jepun Bermula 11 Oktober 2022

Rakyat Malaysia Tidak Perlu Visa Untuk Melancong Ke Jepun Bermula 11 Oktober 2022

Berita baik buat β€˜kaki travelβ€˜, negara Jepun akan menghapuskan semua sekatan perjalanan COVID-19, termasuk keperluan pakej pelancongan untuk pelancong persendirian.…
Ini Senarai Penginapan Dengan View Gunung Kinabalu! Memang sangat cantik!

Ini Senarai Penginapan Dengan View Gunung Kinabalu! Memang sangat cantik!

Gunung tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Kinabalu merupakan sebuah lokasi yang menjadi tumpuan jutaan pelancong. Sama ada pelancong yang datang…
Harga Tiket Masuk Selangor Fruit Valley Naik RM5 Mulai 1 Oktober

Harga Tiket Masuk Selangor Fruit Valley Naik RM5 Mulai 1 Oktober

Harga tiket masuk ke Selangor Fruit Valley (SFV) akan mengalami kenaikan RM5 bagi memastikan perkhidmatan dan kualiti dapat ditingkatkan. Pusat…
Rasai Suasana Zaman Silam di Perkampungan Adat Melayu Seri Banian, Pendang, Kedah

Rasai Suasana Zaman Silam di Perkampungan Adat Melayu Seri Banian, Pendang, Kedah

Seni bina kediaman Melayu asli yang lazimnya berdindin kayu serta beratap nipah atua rumbia kini semakin ditelah zaman, digantikan dengan…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?