Permata Tersembunyi di Selatan Thailand Sedia Menawan Pengunjung

Ketika bot ekor panjang berlayar perlahan-lahan melalui terowong bakau yang tenang, bunyi cengkerik dan burung menyapa pengunjung. Kanopi daun bakau, akar tunjang yang padat dan perairan yang tenang, membentuk landskap yang indah dan menakjubkan di sepanjang Teluk Pattani di selatan Thailand.

Ramai yang terpesona dengan keindahan hutan bakau di daerah Yaring di Pattani di selatan Thailand. Mereka menaiki bot untuk menerokai kawasan itu – menyaksikan matahari terbit dan terbenam, burung-burung dan kelip-kelip yang bercahaya.

Selain hutan bakau, Pattani – salah satu daripada lima wilayah paling selatan di Thailand – menawarkan pengalaman unik dan tidak dapat dilupakan untuk pengembara – terdiri daripada alam semula jadi yang indah, pelbagai budaya dan masakan tempatan yang lazat.

Masjid bersejarah seperti Masjid Pusat Pattani dan Masjid Kerisik atau Masjid Krue Se, kuil Cina seperti Kuil Chao Mae Lim Ko Niao, dan kuil Buddha seperti Wat Sai Khao, serta pantai yang indah, air terjun dan taman negara, adalah antara tarikan di Pattani. Pattani yang dikenali sebagai bandar indah tiga budaya dengan lebih 40,000 penduduk yang terdiri daripada campuran Melayu, Thai dan Cina, hidup harmoni.

“Ramai mengetahui banyak ditawarkan oleh Thailand. Pattani adalah antara permata tersembunyi yang menanti pengunjung,” kata Fareeda Abdulloh, 33, pengendali pelancongan berasaskan komuniti di Kampung Bang Pu di Yaring. Beliau berkata industri pelancongan berkembang pesat di Pattani, dan ramai pengunjung termasuk pelancong dari Malaysia datang sejak sekatan COVID-19 ditarik balik dan se,padan dibuka semula.

“Kami berharap dapat meletakkan Pattani dalam peta pelancongan dunia,” katanya kepada Bernama.

Keganasan dan pergolakan di selatan Thailand sejak 2004 bagaimanapun menghalang kedatangan pelancong. Statistik oleh kumpulan pemantau bebas Deep South Watch menunjukkan kitaran keganasan yang tidak henti-henti di selatan Thailand, bermula pada 2004 di Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkhla, yang telah meragut lebih 7,000 nyawa setakat ini.

Rundingan antara kerajaan dan pemberontak yang bermula pada 2013 untuk membawa keamanan terhenti berikutan rampasan kuasa tentera setahun kemudian. Rundingan diteruskan kemudian tanpa pihak utama termasuk Barisan Revolusi Nasional (BRN).

Bagaimanapun, rundingan antara kerajaan Thailand dan BRN, kumpulan bersenjata paling berpengaruh di selatan Thailand, bermula pada 2019. Ia telah mencapai kemajuan konkrit dan penting yang membawa harapan untuk menamatkan keganasan di wilayah sempadan selatan Thailand selepas siri mesyuarat.

Ketua delegasi BRN dalam rundingan itu, Anas Abdulrahman berharap protes itu dapat diteruskan dan membawa keamanan sebenar untuk semua. Bekas ketua polis negara Malaysia Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor, yang mewakili kerajaan Malaysia, bertindak sebagai fasilitator untuk rundingan damai di selatan Thailand.

Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC), sebuah agensi kerajaan tempatan yang menyelaraskan pentadbiran wilayah sempadan selatan, sedang meningkatkan usaha untuk merancakkan aktiviti pelancongan dan sosio-ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup rakyat.

Setiausaha Agung SBPAC Laksamana Muda SOmkia Pholprayoon berkata agensinya telah mempergiat usahanya untuk mempromosi kawasan selatan sebagai destinasi pelancongan baharu bagi peminat budaya, semulajadi dan warisan.

“Kami tahu ramai rakyat Malaysia suka melancong ke selatan Thailand. Namun, mereka hanya melawat Hatyai dan Sadao. Oleh itu, kami ingin menjemput mereka untuk melawat dan mreasai keindahan wilayah lain di selatan. “Keselamatan akan sentiasa menjadi keutamaan kami. Kami akan menjaga anda (pelancong) sebaik mungkin apabila anda berada di Thailand,” katanya.

Sementara itu, timbalan jurucakap kerajaan Ratchada Thanadirek berkata ramai yang beranggapan bahawa tiga wilayah selatan- Pattani, Yala dan Narathiwat – serta sebahagian kecil wilayah Songkhla yang berdekatan adalah wilayah majoriti Muslim. “Ia sebenarnya adalah wilayah berbilang budaya. Masyarakat di sini terdiri daripdaa penganut agama Buddha dan Islam yang hidup aman damai. “Saya ingin menjemput semua orang untuk merasai kepelbagaian budaya kita di selatan,” katanya.

Sumber : Bernama

Artikel Terpilih

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Warga Perak terutamanya bagi mereka yang berada di ibu negeri Perak, Ipoh kali ini boleh lah meluangkan masa bersama keluarga…
Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 jenis bunga bakal menjadi tarikan pengunjung pada Pesta Bunga Melaka 2022 yang akan berlangsung di Taman Seribu Bunga,…
MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

Penerbangan sulung syarikat penerbangan tambah rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mendarat di Pulau Pinang pada 23 Disember, sekali…
Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Mencari homestay yang mesra kanak-kanak agak sukar terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kadang-kala ibu bapa perlukan masa untuk…
Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Pulau Pinang sememangnya satu lokasi pelancongan utama di negara kita. Dikenali ramai dengan tempat-tempat menarik bukan sahaja oleh pelancong tempatan…
Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Kualiti dan potensi pelbagai kemudahan di negeri ini menjadi faktor Selangor dipilih sebagai tuan rumah pameran adiwira dunia pertama di…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?