Permintaan Semakin Kukuh, AirAsia Mahu Wujudkan Semula Hab Pulau Pinang

Pulau Pinang sememangnya antara lokasi pelancongan utama di negara ini. Pelbagai lokasi menarik dan juga tarikan makanannya yang bagaikan syurga makanan menjadi sebab Pulau Pinang menjadi pilihan untuk lokasi pelancongan oleh pelancong dalam dan luar negara.

Berikutan itu, AirAsia berhasrat mewujudkan semula habnya di Pulau Pinang berikutan permintaan kukuh di peringkat serantau bagi penerbangan terus ke pulau itu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata, walaupun menerima permintaan yang memberangsangkan dari negara-negara lain di rantau ini bagi penerbangan terus ke Pulau pinang, kapasiti syarikat penerbangan tersebut adalah terhad dengan hanya dua pesawat beroperasi dari pulau itu buat masa ini.

“Apabila dibandingkan dengan tahap sebelum COVID-19, operasi kami di Pulau Pinang pada masa ini kira-kira 60 peratus dari segi penerbangan berjadual dan kami menyasarkan untuk meningkatkannya kepada 80 peratus menjelang akhir tahun. Pesawat ketiga akan membolehkan kami untuk mencapai sasaran itu dengan lebih awal.

“Pada suku pertama tahun depan, keadaan mungkin dijanhka lebih stabil berikutan ASEAN kini semakin terbuka serta tidak terlalu tegas dalam protokol COVID-19,” katanya kepada pemberita selepas menandatangani Memorandum kerjasama (MoC) dengan CEO Penang Global Tourism Ooi CHok Yan di sini.

MoC tersebut merangkumi kerjasama dan perkongsian komersial yang lebih besar di antara syarikat penerbangan itu dengan badan pelancongan berkenaan untuk mencipta peluang perniagaan baharu, meningkatkan kempen jualan dan pemasaran bersama, mengukuhkan kesalinghubungan penerbangan dan meransang ekonomi negeri itu melalui pelancongan.

Sebagai memulakan kerjasama itu, ketika ini AirAsia menawarkan tambang dengan nilai berbaloi ke Pulau pinang bermula daripada RM59 bagi perjalanan sehala semua-dalam-satu untuk tempoh sehingga 21 Ogos 2022 bagi perjalanan bermula 22 Ogos 2022 sehingga 18 April 2023.

Sementara itu, Riad berkata, sejak AirAsia menyambung semula perkhidmatannya secara berperingkat ke/dari Pulau Pinang, syarikat penerbangan itu telah menerbangkan lebih 584,000 tetamu ke negeri itu, merangkumi lebih 87,000 ketibaan antarabangsa selepas sempadan negara dibuka semula pada April lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Yeoh Soon Hin berkata AirAsia telah melaksanakan peranan penting dalam pertumbuhan industri pelancongan di negeri itu.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan negeri berhasrat untuk bekeerjasama rapat dengan syarikat penerbangan itu untuk mempromosikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan pilihan.

“Saya memuji AirAsia kerana terus meningkatkan kesalinghubungannya ke Pulau Pinang dan dari Pulau Pinang melalui 184 penerbangan mingguan. ini menghasilkan kira-kira 31 peratus daripada ketibaan penumpang keseluruhan antara Januari dan Julai tahun ini.

“Saya turut berbesar hati untuk mengumumkan bahawa jumlah ketibaan penumpang ke Pulau Pinang telah meningkat 287 peratus bermula Januari hingga Jun 2022,” katanya.

Sumber : Bernama

Artikel Terpilih

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Warga Perak terutamanya bagi mereka yang berada di ibu negeri Perak, Ipoh kali ini boleh lah meluangkan masa bersama keluarga…
Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 jenis bunga bakal menjadi tarikan pengunjung pada Pesta Bunga Melaka 2022 yang akan berlangsung di Taman Seribu Bunga,…
MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

Penerbangan sulung syarikat penerbangan tambah rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mendarat di Pulau Pinang pada 23 Disember, sekali…
Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Mencari homestay yang mesra kanak-kanak agak sukar terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kadang-kala ibu bapa perlukan masa untuk…
Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Pulau Pinang sememangnya satu lokasi pelancongan utama di negara kita. Dikenali ramai dengan tempat-tempat menarik bukan sahaja oleh pelancong tempatan…
Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Kualiti dan potensi pelbagai kemudahan di negeri ini menjadi faktor Selangor dipilih sebagai tuan rumah pameran adiwira dunia pertama di…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?