Pertunjukan Akrobatik & Sarkas Bakal Jadi Acara Kalendar Pelancongan Melaka 2023

Pertunjukan akrobatik dan sarkas bakal diketengahkan dalam kalendar pelancongan negeri pada 2023, dalam usaha Melaka mencapai sasaran lima juta pelancong melawat ke Negeri Bersejarah ini.

Exco pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata Great British Circus yang telah tiga kali mengadakan pertunjukan di negeri ini sejak 2018, dilihat mampu menarik lebih 30,000 pengunjung sepanjang pertunjukan bermula 15 Oktober sehingga 13 November ini.

“Untuk itu, kerajaan negeri merancang mengadakan kerjasama dengan beberapa pihak termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bersama penganjur sarkas tersebut bagi memastikan penganjuran ini akan diteruskan pada tahun mendatang,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pertunjukan Great British Circus di Dataran Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM).

Katanya jumlah pengunjung sarkas itu dijangka meningkat menjelang cuti sambutan Deepavali hujung minggu ini, memandangkan Melaka sering menjadi tumpuan pelawat setiap kali cuti perayaan mahupun cuti sekolah.

Muhammad Jailani berkata sekiranya perkara ini direalisasikan dan dimasukkan dalam takwim pelancongan Melaka, pihaknya akan melakukan beberapa penambahbaikan bagi memastikan pertunjukan akrobatik dan sarkas ini menjadi pilihan pengunjung ke Melaka.

Pada masa sama, beliau percaya kerjasama yang bakal diwujudkan dengan pihak penganjur khususnya dari luar negara itu dilihat mampu mencungkil bakat-bakat yang dimiliki anak tempatan dalam pertunjukan sedemikian.

“Mereka ini mempunyai kemahiran, pengalaman dan pengetahuan luas dalam pertunjukan akrobatik dan sarkas. Jadi, sekiranya ada kerjasama antara kedua-dua pihak, kita percaya banyak bakat-bakat anak Melaka dalam pertunjukan jenis ini akan dapat diketengahkan,” katanya.

Sumber : Bernama

Artikel Terpilih

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Warga Perak terutamanya bagi mereka yang berada di ibu negeri Perak, Ipoh kali ini boleh lah meluangkan masa bersama keluarga…
Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 jenis bunga bakal menjadi tarikan pengunjung pada Pesta Bunga Melaka 2022 yang akan berlangsung di Taman Seribu Bunga,…
MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

Penerbangan sulung syarikat penerbangan tambah rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mendarat di Pulau Pinang pada 23 Disember, sekali…
Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Mencari homestay yang mesra kanak-kanak agak sukar terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kadang-kala ibu bapa perlukan masa untuk…
Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Pulau Pinang sememangnya satu lokasi pelancongan utama di negara kita. Dikenali ramai dengan tempat-tempat menarik bukan sahaja oleh pelancong tempatan…
Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Kualiti dan potensi pelbagai kemudahan di negeri ini menjadi faktor Selangor dipilih sebagai tuan rumah pameran adiwira dunia pertama di…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?