Pesta Seni dan Kebudayaan jadikan Selangor Destinasi Warisan Negara

Program khas Pesta Seni dan Kebudayaan Negeri Selangor (PSKNS) 2022 bermula 1 Oktober hingga 31 Disember dalam usaha menjadikan negeri ini sebagai destinasi seni, budaya dan warisan negara.

Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) memaklumkan program itu diselaraskan dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Negeri Selangor (MKNS) dan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) menyajikan lima acara utama dan lapan sampingan di lokasi terpilih.

Lima acara tersebut adalah Festival Wau Kapal Selangor, Manifestasi Keroncong Selangor, Fiesta Nasi Ambeng Tradisional Selangor 2022, Konsert Rentak Selangor dan Program Menjunjung Kasih Tuanku: Temasya Silat Seni Selangor dan Temasya Cempuling Selangor.

“PSKNS 2022 merupakan program bersiri menyediakan beberapa acara seni dan budaya dengan menonjolkan identiti kemasyarakatan dan kebudayaan rakyat negeri Selangor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Festival Wau Kapal Selangor di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat pada 28 hingga 30 Oktober menerusi pertandingan dengn hadiah lebih RM30,000 bertujuan memperkenalkan wau kapal sebagai identiti wau negeri dan memupuk minat masyarakat terhadap permainan tradisional.

Manakal Manifestasi Keroncong Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 18 hingga 20 November untuk mempopular dan menaikkan semula muzik tersebut dalam kalangan orang ramai terutama generasi muda agar dianggap sebagai malar segar sepanjang zaman.

Pertandingan dengan hadiah hampir RM40,000 bagi pelbagai kategori adalah menghargai penggiat keroncong Selangor dengan memberikan mereka ruang menampilkan bakat masing-masing seterusnya memelihara kelangsungan muzik iaitu sebahagian daripada identiti Selangor.

Fiesta Nasi Ambeng Tradisional Selangor 2022 di Avani Gold Coast, Sepang pada 26 dan 27 November pula acara gotong-royong menghidangkan 2,022 dulang sekali gus salah satu usaha untuk mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book of Records sebagai hidangan nasi ambeng terbanyak di Malaysia.

Manakala Konsert Rentak Selangor pada 2 hingga 4 Disember di Auditorium Sultan Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia, Serdang mengetengahkan seni muzik, tarian, teater, seni visual dan persembahan tradisi rakyat Selangor adalah sebahagian daripada program pembangunan modal insan.

Acara terakhir, Program Menjunjung Kasih Tuanku di Istana Bandar Jugra, Kuala Langat pada 3 dan 4 Disember 2022 turut memuatkan temasya cempuling dan silat seni Selangor iaitu kedua-duanya mewakili keunikan warisan unik di negeri ini.

Sumber : Selangor Kini

Artikel Terpilih

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Warga Perak terutamanya bagi mereka yang berada di ibu negeri Perak, Ipoh kali ini boleh lah meluangkan masa bersama keluarga…
Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 jenis bunga bakal menjadi tarikan pengunjung pada Pesta Bunga Melaka 2022 yang akan berlangsung di Taman Seribu Bunga,…
MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

Penerbangan sulung syarikat penerbangan tambah rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mendarat di Pulau Pinang pada 23 Disember, sekali…
Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Mencari homestay yang mesra kanak-kanak agak sukar terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kadang-kala ibu bapa perlukan masa untuk…
Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Pulau Pinang sememangnya satu lokasi pelancongan utama di negara kita. Dikenali ramai dengan tempat-tempat menarik bukan sahaja oleh pelancong tempatan…
Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Kualiti dan potensi pelbagai kemudahan di negeri ini menjadi faktor Selangor dipilih sebagai tuan rumah pameran adiwira dunia pertama di…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?