Port Makan Wajib Cuba di Bandar Taiping, Perak

Taiping merupakan sebuah bandar lama di Malaysia. Sebelum Ipoh menjadi ibu negeri bagi negeri Perak, Taiping merupakan ibu negerinya. Bandar ini mempunyai pelbagai tempat menarik seperti Zoo Taiping, Taman Tasik Taiping dan pelbagai lagi.

Baiklah, kali ini bukan nak bercerita tempat menarik di Taiing tetap mengenai port makan yang anda perlu kunjungi apabila datang ke bandar ini.

#1 BISMILLAH CENDOL

Bismillah Cendol ini antara yang paling famous dan wajib untuk mereka yang sampai sini untuk singgah. Dah namanya cendol, Bismillah Cendol ini menyajikan cendol sebagai makanan utama selain itu kita boleh makan rojak pasembor yang turut ada dalam menu.

Kedainya agak kecil, berada di Jalan Barrack, Taiping, Perak. Dah penat berjalan itu, cuaca pulak panas membahang, eloklah singgah sekejap pekena cendol Bismillah ini.

#2 ILHAM RASA CAFE

Sebuah lagi restoran yang menjadi pilihan ramai untuk menjamu selera. Roti dengan sekaya pandan antara menu yang menjadi kegilaan pengunjung cafe ini.

Bukan sahaja sedap, malah sos dia agak berlemak dan enak untuk dimakan. Tidak hanya menu itu, Ilham cafe turut menyajikan mee wantan yang menjadi antara tarikan ke sini. Makanan ala-ala Chinese Food ini bukan sahaja digemari oleh kaum Cina tetapi pengunjung melayu turut menggemarinya.

#3 RUMAH MAKAN NASI TALAM

Zaman dulu-dulu, memang biasa makan dengan hidangan satu talam sebegini. Biarkan lauk ditengah dan kita duduk bersila mengelilingi talam berkenaan. Namun, kini ianya semakin terhapus kerana semakin hari semakin moden.

Makan di meja sambil dihidang dengan pelbagai makanan terus dari dapur. Rumah Makan Nasi Talam ini bagaimanapun masih mengekalkan tradisi itu sehingga kini.

Untuk menggamit memori zaman dulu, mereka menghidangkan makanan menggunakan talam lama ini. Harga juga dikira mengikut talam dan makanan yang disediakan.

Pergi sahaja ke Rumah Makan Nasi Talam yang terletak di Jalan Kuala Kangsar, Changkat Jering, Taiping ini, terdapat pelbagai menu lauk pauk yang boleh dipilih mengikut selera dan citarasa kita. Ulam-ulaman juga tidak dilupakan sebagai penyedap makanan.

#4 ROTI BAKAR ARANG FADZIL

Terletak di Bandar Pokok Assam, kedai roti bakar ini seringkali menjadi tumpuan ramai orang ketika waktu bersarapan kerana ia dibuka bermula jam 7 pagi sehingga 12 tengah hari sahaja.

Menu utama sudah pasti roti bakar yang dibakar menggunakan arang menjadi sebab utama mereka berjaya menarik pelanggan yang setia. Pelbagai jenis roti bakar disediakan dan antaranya adalah roti kahwin, roti goyang dan juga roti kukus.

Tidak hanya roti bakar yang harum, malah terdapat juga menu lain yang boleh kita makan di sana seperti nasi lemak, bihun sup dan mee kari.

#5 GULAI SEMILANG ASSAM KUMBANG

Restoran Gulai Semilang ini terletak di Jalan Tun Salleh, Assam Kumbang menjadikan ikan semilang sebagai menu utama mereka.

Kalau dah sampai ke Taiping, memang tak sah lah kalau tak singgah di kedai makan yang satu ni. Kadang-kadang lalu kawasan tu pun sanggup singgah nak pekena lauk ikan semilang di sini.

Boleh pilih ikan semilang sendiri!

Apa yang menariknya, pelanggan boleh memilih saiz ikan sendiri dalam kotak yang disediakan di ruang hadapan kedai. Bukan sahaja memudahkan, malah pelanggan berpuas hati dapat makan makanan yang panas-panas walaupun terpaksa menunggu sementara ia dimasakkan.

Namun bagi mereka yang tidak suka menunggu, terdapat banyak jenis lauk pauk yang tersedia untuk terus dimakan. Pelbagai jenis lauk dan jenis makan tersedia.

Sumber : Durian Cheese | Wikipedia

Artikel Terpilih

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Warga Perak terutamanya bagi mereka yang berada di ibu negeri Perak, Ipoh kali ini boleh lah meluangkan masa bersama keluarga…
Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 jenis bunga bakal menjadi tarikan pengunjung pada Pesta Bunga Melaka 2022 yang akan berlangsung di Taman Seribu Bunga,…
MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

Penerbangan sulung syarikat penerbangan tambah rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mendarat di Pulau Pinang pada 23 Disember, sekali…
Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Mencari homestay yang mesra kanak-kanak agak sukar terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kadang-kala ibu bapa perlukan masa untuk…
Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Pulau Pinang sememangnya satu lokasi pelancongan utama di negara kita. Dikenali ramai dengan tempat-tempat menarik bukan sahaja oleh pelancong tempatan…
Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Kualiti dan potensi pelbagai kemudahan di negeri ini menjadi faktor Selangor dipilih sebagai tuan rumah pameran adiwira dunia pertama di…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?