Program Keretapi Sarong 2022 Kembali dengan Tema “Retro Kuala Lumpur”!

Program flash mob atau persembahan kilat berkumpulan Keretapi Sarong 2022 kini kembali bagi menyemarakkan sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini dengan tema “Retro Kuala Lumpur”, selepas dua tahun tergendala susulan penularan COVID-19.

Pengarah program itu, Shamsul Bahrin Zainuzzaman berkata persembahan akan bermula serentak di tujuh stesen tren RapidKL dan Express Rail Link (ERL) dengan diketuai kumpulan sukarelawan di setiap lokasi menuju ke lokasi akhir yang dirahsiakan.

Beliau berkata stesen terlibat adalah Transit Aliran Ringan (LRT) Subang Jaya, Transit Aliran Massa (MRT) Bandar Utama, LRT Gombak, LRT Ampang, MRT Kajang.

“Pada tahun ini, kita menambah beberapa lagis tesen permulaan iaitu Stesen KLIA Transit di KLIA dan Putrajaya serta Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) KL Sentral bagi meluaskan rangkaian peserta.

“Stesen Sentral Kuala Lumpur menjadi stesen permulaan dan perjumpaan bagi peserta yang menggunakan perkhidmatan KTM Komuter dan KLIA Transit dari stesen masing-masing,” katanya pada majlis prapelancaran program itu.

Shamsul Bahrin berkata program itu buat pertama kalinya juga akan berlangsung serentak di Ipoh, Perak yang dijangka diadakan di Steen KTMB Ipoh dengan kerjasam Kelab Sosial Ipoh.

Beliau berkata pihaknya menyasarkan penyertaan lebih 5,000 orang susulan pertambahan rangkaian stesen tren sebagai stesen permulaan.

Program Keretapi Sarong kendalian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) LOCCO dimulakan sekitar 2012 yang melibatkan ribuan peserta menaiki pengangkutan awam dengan memakai kain sarung sama ada batik atauk pelikat yang menjadi simbl kebudayaan dan warisan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Pada tahun ini program ini turut mendapat kerjasama Kementerian Pengangkutan dan agensi di bawah kementerian itu iaitu KTMB, Prasarana Berhad, MRT Corporation, ERL dan Malaysia Airports Holdings Berhad.

Sumber : Bernama

Artikel Terpilih

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Warga Perak terutamanya bagi mereka yang berada di ibu negeri Perak, Ipoh kali ini boleh lah meluangkan masa bersama keluarga…
Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 jenis bunga bakal menjadi tarikan pengunjung pada Pesta Bunga Melaka 2022 yang akan berlangsung di Taman Seribu Bunga,…
MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

Penerbangan sulung syarikat penerbangan tambah rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mendarat di Pulau Pinang pada 23 Disember, sekali…
Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Mencari homestay yang mesra kanak-kanak agak sukar terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kadang-kala ibu bapa perlukan masa untuk…
Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Pulau Pinang sememangnya satu lokasi pelancongan utama di negara kita. Dikenali ramai dengan tempat-tempat menarik bukan sahaja oleh pelancong tempatan…
Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Kualiti dan potensi pelbagai kemudahan di negeri ini menjadi faktor Selangor dipilih sebagai tuan rumah pameran adiwira dunia pertama di…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?