Rasai Suasana Zaman Silam di Perkampungan Adat Melayu Seri Banian, Pendang, Kedah

Seni bina kediaman Melayu asli yang lazimnya berdindin kayu serta beratap nipah atua rumbia kini semakin ditelah zaman, digantikan dengan binaan konktrit berbumbung genting yang lebih gah dan eksklusif.

Tidak keterlaluan jika mengatakan bahawa mungkin generasi muda langsung tidak pernah melihat dari edkat keunikan seni bina tradisional yang biasanya didirikan dengan hanya menggunakan kayu atau buluh. Justeru, orang ramai dipelawa untuk ‘menziarah’ Perkampungan Adat Melayu Seri Bainan.

Perkampungan Adat Melayu Seri Bainan yang diasaskan seorang guru silat di Pendang, Kedah menawarkan suasana kehidupan Melayu lama kepada orang ramai untuk merasai sendiri pengalaman berada pada zaman dahulu kala sekali gus dapat mengetahui budaya Melayu lama.

‘Seri Bainan’ merujuk kepada kampung yang berseri iaitu perkataan ‘Ban’ bermaksud kampung dalam Bahasa Siam manakala ‘Nian’ membawa makna sunyi dan dingin yang jika digabungkan ‘Seri Bainan’ menjadikan ia penyeri kampung sunyi itu. Projek membina perkampungan di Kampung Bendang Bukit ini berkonsepkan Adat Melayu Nusantara yang terdiri daripada rumah serta adat dan budaya suku kaum Melayu terdahulu seperti Achech, Banjar, Bugis, Jawa dan Minangkabau selain budaya orang Malaysia.

Di perkampungan ini terdapat beberapa rumah Melayu lama yang memiliki identitit dan reka bentuk tersendiri yang menarik dan perbezaan reka bentuk itu berdasarkan struktur bumbung pada rumah tersebut. Suasana di situ sememangnya terasa seperti pada zaman Melayu silam termasuk terdapat balairung seri yang dibina dengan reka bentuk Melayu Nusantara selain makanan tradisional juga disediakan kepada pengunjung dengan harga berpatutan sekiranya mereka berkeinginan menikmati makanan tersebut.

Tujuan utama perkampungan itu dibina adalah untuk memperkenalkan budaya masyarakat Melayu Nusantara pada zaman silam apabila dapat mengumpulkan semua warisan Melayu itu di satu tempat bagi tatapan generasi muda kini.

  • Orang ramai dijemput untuk berkunjung ke perkampungan ini yang dibuka setiap hari seawal 10 pagi hingga 7 malam dengan dewasa dikenakan bayaran RM3 manakala RM1 bagi kanak-kanak dan sekiranya ingin menunggang kuda ataupun bergambar bersama kuda dikenakan caj RM5 sahaja.
  • Pada setiap hari Jumaat dan Sabtu akan ada hidangan makanan Melayu Nusantara yang istimewa untuk pengunjung seperti sate Anta Berahi dan sate Meranging. Menu-menu ini akan berubah dari semasa ke semasa untuk memberikan kelainan kepada pengunjung.
  • Pada hari Jumaat dan Sabtu itu juga pengunjung boleh menikmati hidangan makanan sambil menonton persembahan silat serta muzik dan nyanyian tradisional Melayu.

Sumber : Libur.my | Seri Banian | Metro

Facebook : https://www.facebook.com/profile.php?id=100057652771362

Artikel Terpilih

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Warga Perak terutamanya bagi mereka yang berada di ibu negeri Perak, Ipoh kali ini boleh lah meluangkan masa bersama keluarga…
Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 jenis bunga bakal menjadi tarikan pengunjung pada Pesta Bunga Melaka 2022 yang akan berlangsung di Taman Seribu Bunga,…
MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

Penerbangan sulung syarikat penerbangan tambah rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mendarat di Pulau Pinang pada 23 Disember, sekali…
Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Mencari homestay yang mesra kanak-kanak agak sukar terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kadang-kala ibu bapa perlukan masa untuk…
Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Pulau Pinang sememangnya satu lokasi pelancongan utama di negara kita. Dikenali ramai dengan tempat-tempat menarik bukan sahaja oleh pelancong tempatan…
Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Kualiti dan potensi pelbagai kemudahan di negeri ini menjadi faktor Selangor dipilih sebagai tuan rumah pameran adiwira dunia pertama di…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?