Senang je! Ini Cara Untuk Dapatkan Pas ‘Unlimited’ Pengangkutan Awam bernilai RM5.

Sebelum ini, Rapid KL telah perkenalkan pas tanpa had MY50 dimana para pengguna dapat menggunakan perkhidmatan kendalian Rapid KL tanpa had iaitu LRT, MRT, Monorel, BRT, bas RapidKL dan bas perantara MRT, tanpa had selama 30 hari.

Terbaharu, Rapid KL kini menawarkan pas MyCity tanpa had dengan harga RM5 untuk pas 1 hari dan juga pas 3 hari dengan harga RM15 sahaja. Para pembeli pas MyCity ini juga dapat menggunakan kesemua perkhidmatan kendalian Rapid KL tanpa had selagi pas itu aktif.

Untuk pengetahuan anda, pas MyCity ini hanya tersedia untuk warganegara Malaysia sahaja. Anda boleh dapatkan pas ini dimana-mana kaunter di stesen dan membuat pembelian anda dengan mempamerkan kad pengenalan anda di kaunter.

Cara-caranya;

  1. Pergi mana-mana stesen LRT/MRT
  2. Cakap dekat staff RapidKL nak beli pass 1Day
  3. Tunjuk IC (bukti as Malaysian) & bagi ic if korang takde TouchNGo
  4. Kalau nak pakai TouchNGo pastikan baki dalam tu ada minima RM10
  5. Dah settle, boleh jalan-jalan di KL

Hanya perlu memastikan baki kad Touch n Go anda mempunyai minimum RM15 kerana RM5 akan ditolak secara automatik melalui kad anda. Jika anda tiada kad Touch n Go, anda boleh sahaja gunakan kad pengenalan anda. Mudah dan berbaloi, bukan?

Sumber : Vocket

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *