Senarai Barangan Penting Yang Anda Perlu BAWA Ketika Travel!

Setiap kali berpeluang untuk travel ke mana-mana destinasi, pastinya pertama kita akan merasa teruja dan tak sabar. Lepas itu, kita akan mula panik, berfikir barang apa yang nak dipacking.

Pertama anda perlulah merancang dengan baik, barang apa yang nak dibawa jika tidak, mungkin diwaku anda travel nanti, bila anda perasan sesuatu barang tu tiada, mulalah hilang mood.

Jadi untuk memudahkan anda dalam merancang barang apa yang nak dibawa, inilah senarai untuk anda iaitu senarai barangan penting perlu dibawa ketika travel!

SENARAI BARANG PENTING YANG PERLU ADA BILA TRAVEL!

1. DOKUMEN PERJALANAN

Dokumen-dokumen penting seperti passport, visa, boarding pass, voucher hotel, itineraries dan juga kad atm / cash perlu dipastikan sama ada lengkap atau tidak. Contohnya passport, pastikan tarikhnya masih boleh digunakan iaitu 6 bulan sebelum tarikh luput, kalau tidak anda perlu renew passport.

Begitu juga dengan dokumen lain, pastikan semuanya lengkap dan juga ada. Kalau boleh sediakan back up juga,contohnya untuk itineraries tu, kalau-kalau nanti tiba-tiba hilang. Kalau ke luar negara, pastikan wang anda mencukupi, kad atm anda sudah aktif untuk kegunaan luar negara.

Menaiki kapal terbang pula, pastikan boarding pass itu betul. Sekarang pula boarding pass dah mudah, tak perlu print, dalam apps phone pun dah ada. Jadi, kena pastikan semuanya betul dan lengkap.

2. PAKAIAN

IMEJ VIA SKYPARK SCURE

Of course pakaianlah antara barangan penting ketika travel! Bila tiap kali nak travel, anda perlu fikirkan pakaian apa yang sesuai dibawa mengikut iklim tempat tersebut. Contohnya sekiranya travel ke negara bercuaca sejuk, pakaian apa yang perlu dibawa? Baju sejuk?

Kalau itineraries anda mempunyai pelbagai aktiviti contohnya seperti mendaki, kemudian ada perkhemahan, dan sebagainya, pilihlah pakaian yang sesuai untuk aktiviti-aktiviti tersebut. Bila nak melakukan aktiviti ketika travel, pastinya kita inginkan keselesaan.

Selain itu, jika tempoh travel anda singkat, tidak perlulah bawa terlampau banyak baju dan seluar. Rancang pakaian anda mengikut hari, itu lebih mudah!

3. Peralatan Mandi

IMEJ VIA ESCAPES ETC

Untuk travel, bawalah barangan yang penting dan asas sahaja contohnya seperti berus gigi, ubat gigi, pencuci muka. Tak perlu nak bawa barang mandi yang banyak, sebab ia akan memberatkan beg kita.

Lagi satu, jika anda tak kisah tentang pencuci muka apa yang anda nak guna, lagi senang, tak perlu bawa. Bila dah sampai ke destinasi, baru beli disana.

4. Kasut

IMEJ VIA THE HOME DEPOT

Bila travel ni mesti akan banyak berjalan, terutamanya melawat tempat-temapt menarik, berjalan ke san ke sini dan sebagainya. Jadi keselesaaan pada kaki perlulah diutamakan.

Bawalah kasut yang selesa dengan kaki anda, hindari daripada kaki anda melecet. Jika melecet, pastu mood nak travel tu dah hilang.

Lagi satu, bawalah selipar juga kerana pasti ada kegunaannya juga sama ada untuk waktu kecemasan atau sebagainya. Yang paling penting bawa kasut yang selesa dan sesuai dengan aktiviti yang akan dilakukan ketika travel nanti.

5. Barang Kesihatan

Antara barang-barang penjagaan kesihatan yang anda bawa adalah seperti ubat-ubatan dan hand sanitizer. Ubat-ubatan yang anda boleh bawa contohnya seperti panadol, minyak cap kapak, plaster, ubat gastrik dan sebagainya.

Bukannya apa, ubat-ubatan ini dibawa kerana mungkin ada kejadian yang kita tidak ingini, jadi lebih baik bawa ubat-ubatan ini sebagai langkah berjaga-jaga.

6. Gadget

IMEJ VIA MEDIUM

Bila kita travel mestilah kita menggunakan gadget-gadget untuk melengkapkan pengalaman travel tersebut. Antara gadget yang paling penting, tentunya telefon pintar bersama pengecas, power bank, electrical adapter dan sebagainya.

Kalau anda membawa kamera, pastikan bawa juga charger dan kelengkapan kamera itu kerana jika tidak mungkin anda hanya akan membawa kamera itu sahaja semasa travel tapi tidak menggunakannya.

Bila dah lengkap gadget-gadget anda, barulah bolehlah nanti anda gunakan gadget tersebut secara maksimumnya ketika travel!

7. Lain-Lain

Barang-barang lain adalah seperti earphone, pen, payung, kaca mata hitam. Earphone itu mungkin digunakan untuk anda mendengar lagu atau menonton video di dalam telefon pintar anda, dapatlah hilangkan kebosanan ketika perjalanan yang panjang.

Pen itu pula mungkin akan digunakan untuk urusan seperti mengisi borang kastam dan sebagainya. Payung, of course lah dibawa jika keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

Kaca mata hitam pula untuk dipakai ketika cuaca yang panas terik, selain membuatkan kita nampak lebih cool, dapatlah juga lindungi pandangan mata kan?

AKHIR KATA

Inilah antara barangan penting yang anda perlu bawa ketika travel. Untuk memudahkan anda, adalah lebih baik merancang awal-awal barang apa yang anda nak bawa ketika travel itu.

Bila dirancang lebih awal, bolehlah kita memastikan semua barangan yang kita nak bawa itu ada dan lengkap. Jadi, tidaklah kalu ketika disaat-saat akhir. Apa-apapun selamat travel diucapkan kepada anda semua, tidak kisah sama ada dalam negara, luar negara atau mana pun destinasi anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *