Senarai Kafe & Restoran Menarik di Janda Baik, Pahang

Janda Baik yang terletak di negeri Pahang merupakan sebuah lokasi yang semakin popular terutamanya bagi mereka yang berada di Lembah Klang untuk bercuti dan lari daripada kesibukan kota. Dengan pelbagai lokasi penginapan menarik dan tempat makan menarik, lokasi ini pastinya tepat untuk anda bercuti dan bersantai. Untuk itu, berikut adalah antara lokasi kafe dan tempat makan yang anda boleh kunjungi di Janda Baik.

#1 Kopi Ladang Restaurant Janda Baik

Restoran Kopi Ladang ini merupakan antara lokasi sarapan yang popular di Janda Baik. Antara yang menjadi pilihan ramai sudah pastinya kopinya yang dihasilkan dari hasil tanaman kopi sendiri dan dibancuh pada suhu yang tepat. Aromanya yang menarik sememangnya sesuai dimakan pada waktu pagi. Antara menu lain juga yang boleh anda cuba adalah seperti roti goyang, nasi lemak ayam berempah, roti bakar dan pelbagai lagi.

Lokasi : Lot 6503, Kg Janda Baik, Bentong, Pahang
Waktu Operasi : 8.00 pagi sehingga 7.00 malam (Jumaat sehingga Ahad)
Laman Web : https://www.facebook.com/kopiladangrestaurant

#2 Nero Bianco Deli

Jom singgah dan nikmati hidangan di Nero Bianco Deli, Janda Baik. Kafe unik ini dengan dekorasi yang menarik dan diperbuat daripada kontena sememangnya memberikan suasana santai untuk anda mencuba pelbagai menu yang terdapat di sini.

Lokasi : Lot 5474 Kpg Cheringin Tengah, Janda Baik, Bentong, Pahang
Waktu Operasi : Setiap Hari (Tutup Isnin), 11.00 pagi sehingga 11.00 malam
Laman Web : https://www.facebook.com/nerobiancodeli/

#3 Istana Lemuni Cafe

Rasai suasana lokasi tempat bersantai yang indah di Istana Lemuni, terletak di tengah-tengah Janda Baik. Sebuah lokasi untuk acara, perkahwinan, Istana Lemuni merupakan sebuah lokasi yang penuh dengan budaya dan tradisi Melayu yang indah dengan replika seperti istana melayu Terengganu lama sebagai tarikan utamanya. Hanya buka diwaktu hujung minggu sahaja, anda boleh menikmati pelbagai hidangan melayu yang enak seperti nasi lemak, roti canai dan pelbagai lagi.

Lokasi : Lot 9756, Kampung Chemperoh, Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang
Waktu Operasi : Jumaat sehingga Ahad, 8.00 pagi sehingga 5.00 petang (tempahan awal diperlukan)
Laman Web : https://www.facebook.com/profile.php?id=100064061830679

#4 Pinto Coffee+

Terletak agak tersorok dengan dikelilingi hutan hujan yang begitu nyaman, Pinto Cofee+ di Janda Baik ini mungkin sukar untuk dicari tetapi pasti berbaloi apabila sudah ditemui. Dengan konsep kontemporari, kafe ini menawarkan pelbagai jenis kopi yang menarik dimana anda boleh menikmati pilihan kopi hasil tanaman tempatan ini juga dengan makanan sarapan sepanjang hari, makanan barat dan juga makanan lain.

Lokasi : Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang
Waktu Operasi : Setiap Hari (Tutup isnin), 10.00 pagi sehingga 6.00 petang
Laman Web : https://www.facebook.com/pintocoffee

#5 Kopi N Kraf

Terletak dilokasi tersorok sekitar jalan menuju ke Janda Baik, Kopi N Kraf merupakan sebuah kafe kecil yang kadang-kadang pengunjung tidak perasan. Anda yang berkunjung di sini dapat melihat dekorasinya yang antik dan juga kayu lama seperti anda kembali ke zaman lampau. Anda boleh mencuba hidangan yang menarik dan pastinya kopi yang dibancuh segar.

Lokasi : 27796, Jalan Sumsum Hilir, Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang
Waktu Operasi : Sabtu dan Ahad, 9.00 pagi sehingga 6.00 petang.
Laman Web : https://www.facebook.com/mohhngopi

#6 Pineyard Janda Baik

Diinspirasikan oleh alam, Pineyard Janda Baik ini menawarkan suasana nyaman dan tenang, jauh daripada hutan bandar. Dengan ruang yang luas, kafe ini sememangnya sesuai untuk anda bersantai disini bersama keluarga. Pineyard juga merupakan antara kafe yang popular dan terbaik di sini. Untuk memudahkan anda menikmati hidangan menarik disini, disarankan utnuk anda datang awal supaya tidak perlu beratur.

Lokasi : C1, Jalan Tanarimba Pine, Kampung Janda Baik, Pahang (Google Maps)
Waktu Operasi : Setiap Hari (Tutup Selasa), 9.00 pagi sehingga 6.00 petang.
Laman Web : https://www.instagram.com/pineyard.jandabaik/

Artikel Terpilih

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Warga Perak terutamanya bagi mereka yang berada di ibu negeri Perak, Ipoh kali ini boleh lah meluangkan masa bersama keluarga…
Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 jenis bunga bakal menjadi tarikan pengunjung pada Pesta Bunga Melaka 2022 yang akan berlangsung di Taman Seribu Bunga,…
MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

Penerbangan sulung syarikat penerbangan tambah rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mendarat di Pulau Pinang pada 23 Disember, sekali…
Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Mencari homestay yang mesra kanak-kanak agak sukar terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kadang-kala ibu bapa perlukan masa untuk…
Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Pulau Pinang sememangnya satu lokasi pelancongan utama di negara kita. Dikenali ramai dengan tempat-tempat menarik bukan sahaja oleh pelancong tempatan…
Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Kualiti dan potensi pelbagai kemudahan di negeri ini menjadi faktor Selangor dipilih sebagai tuan rumah pameran adiwira dunia pertama di…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?