Ini Senarai Penginapan Dengan View Gunung Kinabalu! Memang sangat cantik!

Gunung tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Kinabalu merupakan sebuah lokasi yang menjadi tumpuan jutaan pelancong. Sama ada pelancong yang datang untuk pendakian atau melihat pemandangannya sahaja, gunung ini sememangnya mempunyai tarikannya tersendiri.

Untuk anda yang berkira-kira melancong dan ingin melihat sendiri Gunung Kinabalu, ini adalah senarai beberapa penginapan dengan pemandangan indah Gunung Kinabalu yang anda boleh pilih sebagai lokasi penginapan anda bersama keluarga atau mereka yang tersayang.

#1 Ceaser’s Place

Jika anda merancang untuk percutian di Sabah dengan harga yang sangat berpatutan, anda bolehlah menginap di Ceaser’s Place ini. Dengan harga penginapan bermula serendah RM99 sahaja, penginapan di sini menawarkan kemudahan yang lengkap sebelum anda melakukan perjalanan pendakian Gunung Kinabalu dan sebagainya. Untuk percutian santai pula, keluar sahaja dari bilik anda dapat melihat pemandangan Gunung Kinabalu yang cukup indah terutamanya pada hari yang cerah!

Lokasi : Mile 36, Kundasang, Kundasang, Kinabalu National Park, Malaysia, 89300
Harga Penginapan Bermula RM 99
Hubungi : +088-888 343
Laman Web : https://www.facebook.com/ceasersplacekundasang/

#2 Sutera Sanctuary Lodges, Kinabalu Park

Untuk anda yang mencari penginapan yang berdekatan dengan Taman Kinabalu, anda bolehlah memilih Sutera Sancutuary Lodges di Taman Kinabalu. Terdapat 9 lodge, villa dan suite yang sesuai dan tersedia untuk keluarga dan juga sebagainya. Setiap penginapan lengkap dengan bilik tidur, bilik air, ruang tamu dan tempat makan.

Lokasi : Mount Kinabalu National Park, Kinabalu Park,Kundasang, Malaysia, 88100
Harga Penginapan Bermula RM291
Hubungi : +089-229 875
Laman Web : https://www.facebook.com/pages/Sutera-Sanctuary-Lodges-at-Kinabalu-Park/264186814271335

#3 Jabez Resort

Perasaan apabila bangun dari tidur dan melihat pemandangan Gunung Kinabalu pastinya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan anda boleh menikmatinya di Jabez Resort. Lengkap dengan pelbagai pilihan penginapan sama ada anda melancong secara solo, berkumpulan dan sebagainya, Jabez Resort juga mempunya kemudahan lain seperti BBQ pit dan sebagainya.

Lokasi : Jalan Kota Belud - Ranau, Kundasang, Kinabalu National Park, Malaysia, 89308
Harga Penginapan Bermula RM 155
Hubungi : +088-886 110
Laman Web : https://www.facebook.com/jabezresort

#4 Kinabalu Pine Resort

Satu lagi pilihan penginapan lain untuk anda dengan pemandangan sangat indah Gunung Kinabalu adalah di Kinabalu Pine Resort. Antara yang menarik di Kinabalu Pine Resort ini adalah terdapat kabin dengan balkoni terbuka menghadap ke arah Gunung Kinabalu yang mana merupakan sesuatu yang sangat istimewa. Selain dengan pemandangan yang indah, setiap bilik penginapan juga tersedia dengan WiFi percuma dan pelbagai lagi.

Lokasi : Kampung Kundasang, Ranau, Kundasang, Kinabalu National Park, Malaysia
Harga Penginapan Bermula RM 287
Hubungi : +088-889 388
Laman Web : https://www.facebook.com/pages/Kinabalu-Pine-Resortkundasang/401381313208803

#5 Mountain Valley Resort

Terletak di Bundu Tuhan, sebuah kampung berdekatan dengan Taman Kinabalu, Mountain Valey Resort ini juga terletak sekitar 15 minit perjalanan dari bandar Kundasang. Penginapan di atas bukit ini mempunyai 15 bilik terdiri daripada Bilik Keluarga, Signature Delure dan juga Standard. Anda boleh memilih pemandangan Gunung Kinabalu atau Lembah Bundu Tuhan yang juga sememangnya sangat cantik!

Lokasi : Jalan Tenompok Bundu Tuhan 89300 Ranau, Sabah, Malaysia
Hubungi : +088-888 777
Laman Web : https://www.facebook.com/mvresort

#6 Mesilau Mountain Retreats

Sekiranya anda mencari lokasi penginapan lain dengan pemandangan indah Gunung Kinabalu, anda boleh cuba menginap di Mesilau Mountain Retreats. Villa dengan tiga bilik tidur ini merupakan sebuah lokasi yang sesuai untuk anda menginap bersama keluarga. Selain pemandangan indah, villa ini juga tersedia balkoni, daput dan juga tandas.

Lokasi : Mesilau, past Kinabalu Golf Course, Kundasang 89300 Ranau, Sabah, Malaysia
Harga Penginapan Bermula RM 568
Hubungi : +011-1600 8112
Laman Web : https://www.facebook.com/mesilaumountainretreats

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *