Ramai sebenarnya yang semakin meminati dan juga ingin mencuba berkhemah. Suasana dan pengalaman berkhemah sememangnya sesuatu yang istimewa, unik dan menarik. Melihat pemandangan indah pada waktu malam serta suasana sejuk di waktu malam pastinya pengalaman yang perlu dirasai oleh semua orang.
Oleh itu, jom lihat senarai tapak perkhemahan yang terdapat di Cameron Highlands yang menarik.
#1 Hola Campsite

Terletak di atas puncak Golden Hills ditengah-tengah antara Tanah Rata dan Brinchang, tapak perkhemahan Hola Campsite yang baru dibuka ini merupakan lokasi private dengan beberapa tempat yang dibuka untuk jumlah yang terhad. Beberapa kemudahan tersedia seperti tandas, BBQ pitt dan sebagainya untuk pengunjung agar perkhemahan selesa sambil menikmati suasana sejuk dan pemandangan bukit yang cantik. Sekiranya bertuah, anda juga mungkin melihat jutaan bintang cantik hanya daripada khemah anda!
Lokasi : 8A, Taman Cameron Golden Hills, Cameron Highlands, Pahang Bayaran : RM60 per dewasa dan RM20 per kanak-kanak per malam (harga berubah-ubah) Hubungi :+6012-3844299 Laman Web : https://www.facebook.com/holacampsite/
#2 Tapak Perkhemahan Masjid Lojing Highlands

Lokasi sunyi, dan sedikit tersorok, tapak perkhemahan yang terletak di Lojing ini merupakan lokasi yang terbaik untuk anda berehat dan berkhemah sambil melihat pemandangan alam yang indah. Terletak di penghujung sempadan Pahang dan Kelantan, hanya 40 minit perjalanan dari Tanah Rata, Tapak Perkhemahan Lojing Highlands menawarkan pemandangan gunung-ganang yang indah dan tersedia dengan pelbagai kemudahan seperti tandas, bilik air, tempat berbarbeku dan juga tempat solat. Selain itu, terdapat juga tempat yang cukup untuk mereka yang datang dengan van.
Lokasi : Masjid Lojing, Lojing, Kelantan
Bayaran : RM25 - 50 per khemah per malam
Hubungi : +6010-244 9996
#3 Cozy Leisure Farm Bertam Valley

Lokasi : Cozy Leisure Farm, Jalan Lembah Bertam, Ringlet, Cameron Highlands Bayaran : RM60 per khemah per malam Laman Web : https://www.facebook.com/profile.php?id=100063643505262
#4 MPGV Hikers Paradise

Lokasi : Kampung Tersusun Mawar Tepian Desa, Jalan Simpang Pulai-Lojing, Cameron Highlands, Pahang (
Bayaran : RM15 per khemah per malam + RM5 per seorang
Hubungi : +6017-2256189
#5 Pine Valley Villa & Camper Site

Terletak di pinggi Tanah Rata, tapak perkhemahan Pine Valley Villa sememangnya sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dalam perkhemahan iaitu mahu menikmati suasana perkhemahan tetapi masih mahu kemudahan moden seperti elektrik dan sambungan internet. Terdapat beberapa kedai serbaneka yang terletak berdekatan sekiranya anda inginkan snek dan sebagainya. Kemudahan yang tersedia di sini seperti tandas, bilik air dan tempat berbarbeku.
Lokasi : Pine Valley Villa & Camper Site, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang Bayaran : RM35 per khemah per malam + RM8 per orang Hubungi : +6014-7063682 (Walk-in dan tempahan juga boleh) Laman Web : https://www.facebook.com/pinevalleyvilla
#6 Kem Sg. Pauh

Lokasi : Kem Sg Pauh, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang Bayaran : RM10 per seorang di dalam khemah Hubungi : +605-4911384 (Tempahan awal diperlukan) Laman Web : https://forestry.pahang.gov.my/