Senarai Tempat Menarik di Bandar Taiping,Perak |Bandar Warisan

Bandar Taiping yang bermula sebagai sebuah pekan kecil bijih timah hingga menjadi ibu negeri pertama Perak. Sekarang ia masih tetap unggul dengan ciri-ciri sejarahnya sehingga dikenali sebagai Bandar Warisan. Pada mulanya, Taiping dikenali dengan nama Klian Pauh. Bandar yang hanya bermula dengan penempatan sebilangan orang Melayu telah menarik ramai orang asing ke situ kerana terjumpanya bijih timah yang banyak.

Peristiwa ini berlaku berikutan terjumpanya gajah Long Jaafar yang bernama Larut, berlumuran lumpur yang mengandungi bijih timah. Bersempena nama gajah tersebut, daerah itu dinamakan Larut.

Bandar Taiping yang terletak di Negeri Perak, dahulunya dikenali sebagai Klian Pauh dan telah ditukar kepada Taiping sempena tamatnya Perang Larut pada tahun 1874. Taiping berasal daripada perkataan Cina “Tai-Peng” yang bermaksud aman selamanya.

Dengan termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874, Taiping telah menjadi sebuah bandar yang utama di Negeri Perak sebagai pusat pentadbiran British berbanding Bandar Taiping sebagai salah satu bandar yang tertua di Malaysia. Kini, Taiping merupakan bandar yang kedua besar selepas Bandaraya Ipoh.

Artikel kali ini akan menyenaraikan beberapa lokasi-lokasi menarik di bandar Taiping yang anda boleh kunjungi sekiranya datang bercuti ke sini!

Taman Tasik Taiping

Taman Tasik Taiping merupakan kawasan rekreasi bekas lombong bijih timah yang tertua di Malaysia.

Apabila Residen Perak, Frank Swettenham mendapati kawasan ini strategik untuk pembangunan, kerja-kerja membaik pulih dimulakan sehingga ia dibuka untuk orang awam pada 17 November 1893. Pembangunan ini juga dibantu oleh penguasa perlombongan, William Scott sebagai peneraju yang menyusun pelan pembangunan.

Keluasan asal taman ini adalah 61.93 hektar serta diperbesarkan sehingga mencapai keluasan 96.44 hektar oleh Majlis Perbandaran Taiping. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia telah menganggarkan terdapat 113 pokok hujan-hujan dan 1,300 jenis pokok lain di dalamnya.

Kawasan ini juga terletak di antara Bukit Larut dan Zoo Taiping yang merupakan tarikan utama bagi penduduk sekitar serta pelancong.

Lokasi : Jalan Pekeliling, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak

Zoo Taiping

Zoo Taiping merupakan satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Zoo tertua di Malaysia ini dirasmikan pada 7 Mac 1964.

Dengan kawasan seluas 36 ekar ini, Zoo Taiping telah memulakan satu pembaharuan dengan memperkenalkan pameran haiwan dengan menggunakan konsep terbuka dengan mengutamakan habitat asal haiwan yang dipamerkan.

Zoo Taiping kini menjadi tempat habitat kepada lebih 1300 ekor haiwan yang terdiri daripada 200 spesies. Antaranya ialah harimau, singa, gajah, badak air, zirafah, orang utan dan banyak lagi. Selain itu ia juga menjalankan program pembiakan dan konservasi hidupan liar dan telah berjaya membiakkan beberapa spesies seperti harimau, singa, siamang, rusa, nilgai dan burung kuak.

Selain itu, Zoo Taiping turut memperkenalkan program ‘Malam Safari’ atau ‘Night Safari’ yang memaparkan haiwan-haiwan yang aktif pada waktu malam (nokturnal) dan telah bermula sejak Mac 2003 lagi.

Zoo Taiping mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dengan terletaknya di kawasan semulajadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill). Keindahan alam semulajadi yang menarik seperti aliran anak sungai, tasik, dan kehijauan flora menambahkan lagi keunikan Zoo Taiping dalam mempamerkan suasana semulajadi.

Lokasi : Jalan Taman Tasik Taiping, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak
Waktu Operasi : Setiap Hari (8.00 Pagi – 11.00 Malam)
Laman Web : Zoo Taiping

Muzium Perak

Sumber : Harian Metro

Muzium Perak, Taiping merupakan muzium tertua dan pertama di Semenanjung Malaysia yang ditubuhkan sejak tahun 1883. Idea penubuhannya diasaskan oleh Sir Hugh low, Residen Inggeris di Perak ketika itu.

Lokasi Muzium Perak terletak di antara persimpangan Jalan Taming Sari dan Jalan Muzium Ulu. Bangunan ini, terletak berhampiran dan berhadapan Penjara Taiping, kira-kira 85 km dari Ipoh, ibu negeri bagi negeri Perak.

Pembinaan bangunan dibangunkan dalam tahun 1883, yang diberi ilham oleh Sir Hugh Low, Residen British di Perak ketika itu. Artifak yang dikutip dan dikumpulkan datangnya dari Lembah Kinta dan Lembah Lenggong. Muzium Perak telah menghimpun dan mempamerkan kebudayaan Melayu dan Orang Asli dan juga mempamerkan contoh zoologikal.

Diantara contoh zoologikal yang ada didalam muzium ini ialah rangka badak sumbu. Selain itu, basikal lama, pameran pengggunaan rotan oleh Orang Asli dan rumah minitur Orang Asli juga dipamerkan.

Diluar bangunan muzium, anda dapat lihat, satu jet lama, koc keretapi wap, kereta wap, patung Kolnel Walker, batu tanda kubu Maharaja Lela, batu nisan purba dari Sungkai dan sampan purba.

Lokasi : Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak
Waktu Operasi : Setiap Hari (9.00 Pagi – 6.00 Petang)
Laman Web : Muzium Perak

Muzium Matang (Kompleks Sejarah Kota Ngah Ibrahim)

Kompleks Sejarah Matang atau juga dikenali sebagai Kompleks Sejarah kota Ngah Ibrahim terletak di Matang, Taiping, Perak. Kompleks ini berbentuk sebuah kota yang dibina daripada batu-batu yang diangkut dari Gunung Hijau, Taiping.

Asalnya kota ini menjadi rumah, pejabat pentadbiran, kota dan kubu pertahanan bagi Menteri Larut yang bernama Ngah Ibrahim bin Long Jaafar dan dikenali sebagai Kota Ngah Ibrahim

Kota ini merupakan pusat pentadbiran bagi daerah Larut yang pada ketika itu menjadi jajahan takluk di bawah kuasa Ngah Ibrahim. Kota Ngah Ibrahim dibina di Matang dalam tahun 1854. Kota ini mempunyai tembok batu sepanjang 131 meter dan lebar 110 meter.

Tapak ini kira-kira 8 km dari bandar Taiping. Di dalam kawasan Kota ini, Ngah Ibrahim membina sebuah rumah besar yang menjadi kediaman rasminya. Sebuah bangunan setor digunakan sebagai tempat simpanan bijih timah.

Selepas Ngah Ibrahim dihukum buang negeri, Kota Ngah Ibrahim diambil alih oleh pihak British. Kota ini dijadikan Kompleks Sejarah Matang hingga sekarang mulai tahun 1985 setelah ianya diserahkan kepada Jabatan Muzium Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Jabatan Muzium dan Antikuiti).

Lokasi : Kompleks Sejarah Kota Ngah Ibrahim, Matang, Taiping, 34750 Perak.
Waktu Operasi : Setiap Hari (9.00 Pagi – 5.00 Petang)
Laman Web : Kompleks Sejarah Matang

Spritzer Eco Park

Sumber : Trip Advisor

Selain Taman Tasik Taiping dan Zoo Taiping, Spritzer EcoPark adalah salah satu tarikan baru di Taiping di mana anda boleh menghabiskan 2-3 jam dengan mudah bermain golf mini 18 lubang, menyaksikan batu kaktus berusia 214 juta tahun, dan juga ketahui lebih lanjut mengenai syarikat air mineral yang terkenal.

Spritzer EcoPark terletak di selatan Taman Tasik Taiping (Taman Tasik Taiping) off Jalan Air Kuning. Ia “tersembunyi” di kawasan perumahan dan anda perlu melalui jalan raya pendek untuk sampai ke destinasi. Papan tanda tersedia di sepanjang jalan sehingga seharusnya tidak menjadi masalah untuk mereka yang pertama kali ke sini.

Terdapat banyak tempat letak kenderaan di hadapan Spritzer EcoPark. Di seberang lokasi menarik ini tidak lain tidak bukan adalah kilang Spritzer itu sendiri. Spritzer adalah sebuah syarikat air mineral terkenal di Malaysia dan anda boleh mendapatkan produknya di hampir semua kedai dan pasar raya yang mudah.

Tidak dapat dinafikan, ia adalah air mineral premium di pasaran tetapi sebenarnya, syarikat itu mempunyai produk lain yang disebut “Cactus” yang mensasarkan pengguna berpendapatan rendah hingga pertengahan.

Anda juga boleh menemui kedua-dua produk di Spritzer EcoPark. Lebih baik lagi, lawatan ke kilang pembotolan air mineral juga tersedia pada pukul 11 ​​pagi dan 4 petang setiap hari.

Lokasi : Lot 898, Reservoir, Off, Jalan Air Kuning, 34000 Taiping
Waktu Operasi : Setiap Hari (9.00 Pagi – 9.00 Malam)
Laman Web : Spritzer Ecopark

Masjid Lama Bandar Taiping

Masjid Lama Bandar Taiping ini telah dibina pada tahun 1893 oleh keluarga Ngah Ibrahim sendiri. Masjid ini sebenarnya telah dibina untuk menggantikan bangunan asal yang merupakan sebuah madrasah yang berdindingkan kayu.

Pengaruh seni bina budaya Belanda telah menjadi inspirasi kepada arkitek untuk membina masjid pertama yang dibina daripada batu di bandar Taiping. Masjid yang paling tua dan masih teguh berdiri di bandar Taiping sejak lebih 100 tahun yang lalu ini juga terdapat banyak makam-makam yang ditanam dibelakangnya juga sejak lebih 100 tahun dulu lagi.

Kesemua makam disana terpelihara dan dijaga dengan baik sehingga ke hari ini. Rata-rata makam yang ada disana adalah makam tokoh-tokoh insan yang hebat dan terkenal di negeri Perak dan serata Tanah Melayu.

Antara makam-makam tokoh yang ada di sana adalah makam isteri Ngah Ibrahim yang bernama Toh Puan Halimah Binti Laksamana Mohd Ami, makam Tengku Menteri (anak lelaki Ngah Ibrahim) yang bernama Wan Mohd Isa Bin Ngah Ibrahim, kerabat-kerabat dan keturunan Long Jaafar, makam Sheikh Makhbuli yang merupakan seorang ulama agama Islam terkenal di daerah Taiping, Datuk Seri Dr. Burhanuddin bin Ungku Muhammad Nor yang merupakan Yang Dipertua Agung PAS ke 3 dan banyak lagi tokoh-tokoh tempatan yang lain.

Lokasi : 202-210, Jalan Kota, Kampung Jambu, 34000 Taiping, Perak

5D Art Paradise

Sumber : 5D Art Paradise

5D Art Paradise adalah muzium seni silap mata 5D yang menarik terletak di Taiping.. The 5D Art menampilkan lebih dari 70 lukisan dan pemasangan ilusi optik yang merangkumi pelbagai genre dan tema.

Ia akan memberi pengalaman yang menyeronokkan kerana anda dapat membuat pose dan mengambil gambar kreatif dengan ekspresi yang yang pelbagai. Pastinya ini adalah tempat yang mesti dikunjungi di Taiping untuk mendapatkan pengalaman yang tidak akan dilupakan.

Lokasi : 25, Jalan Maharajalela, 34000 Taiping, Perak
Waktu Operasi : Rabu – Ahad ( 11.00 Pagi – 6.00 Petang )

Old House Museum

Old House Museum terletak di sebuah rumah kedai yang dijaga dengan baik dan indah yang terletak di Taiping’s Market Square.

Bangunan ini dibina sekitar tahun 1880 oleh seorang dermawan dan ahli perniagaan Taiping bernama Encik Lim Zi You. Dia menjalankan perniagaan alkohol dan berniaga di dapur arang.

Daripada membiarkan rumah kedai mereka kosong, keluarga memutuskan untuk mengubahnya menjadi muzium warisan dan mereka memberikan tugas ini kepada Encik Tan Kok Siew yang juga memiliki sebuah kedai barang antik di Jalan Taming Sari yang disebut Kapitan Antiques House.

Tan dengan cerdik menggunakan kesempatan itu untuk memamerkan sebilangan barang antiknya yang cukup besar dan perkara baik mengenai muzium ini ialah pengunjung dapat membeli banyak barang yang dipamerkan.

Muzium ini mempunyai bahagian depan yang sempit tetapi, biasanya terdapat di rumah kedai tradisional, ia memanjang dan mempunyai halaman dalaman dan telaga udara serta beberapa bilik di tiga tingkat, semuanya dipenuhi dengan barang-barang menarik.

Lokasi : 2A, Jalan Chung Thye Phin, 34000 Taiping, Perak
Waktu Operasi : Setiap Hari ( 10.00 Pagi – 6.00 Petang )
Laman Web : Old House Muzium

Menara Jam Besar Taiping

Menara Jam Besar Taiping ini dibina pada tahun 1881 dan merupakan menara jam paling tertua dan pertama di Malaysia.

Menara Jam Taiping ini juga pernah dijadikan sebagai balai bomba suatu ketika dahulu untuk memudahkan pasukan bomba tengok kebakaran yang berlaku di bandar Taiping.

Paling menarik, siren bomba dekat menara ni akan dipasang pada bulan puasa untuk menandakan waktu berbuka puasa.

Apa yg menarik perhatian adalah senibina menara ni yg dikekalkan pada zaman British dan masih kukuh sehingga hari ini.

Rumah Rehat Bandar

Rumah Rehat Bandar yang terletak di Taiping ini pada mulanya adalah sebuah bangunan bersejarah satu tingkat yang dibina dengan menggunakan kayu untuk dijadikan rumah kediaman gabenor Perak.

Rumah yang dibina pada tahun 1887 oleh pihak British ini kemudiannya dinaik taraf menjadi bangunan batu dua tingkat pada tahun 1894.

Turut ditulis pada pedimen rumah peninggalan klasik ini adalah ‘Rest House 1894,’ menjadikan ia rumah rehat yang pertama di Tanah Melayu.

Lokasi : Rest House, Station Road, Taiping

Bandar Taping sememangnya penuh dengan tempat-tempat bersejarah dan unik. Memang rugi sekiranya anda tidak pernah datang ke bandar ini. Pelbagai tempat menarik anda boleh kunjungi dan pastinya satu hari tidak cukup untuk terjah ke semua lokasi-lokasi ini.

Terima kasih kerana membaca artikel ini dan harap dapat membantu anda dalam mencari lokasi menarik di bandar Taiping. Apa-apapun selamat mengunjungi bandar Taiping, Bandar Warisan. Sekian.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *