Sky Bike View! Berbasikal di atas awan. Tarikan terbaru di puncak Gunung Jerai!

Gunung Jerai (juga dikenali sebagai Puncak Kedah) merupakan sebuah gunung yang terdapat di Negeri Kedah Darul Aman bersempadan Kuala Muda dan Gurun. Tingginya dalam 1,207 meter.

Gunung Jerai boleh dilihat dari Pulau Pinang dan kawasan berhampiran di Negeri Kedah dan parasnya dikelilingi oleh tanah pertanian padi bendang.

Ia tidak seperti gunung-gunung lain di semenanjung, Sarawak dan Sabah yang selalunya berada di dalam banjaran, Gunung Jerai berada di pesisir pantai, terpisah daripada sistem banjaran Semenanjung Malaysia. Malah gunung Jerai juga dikatakan mampu dilihat oleh bahtera layar/kapal lalu lalang dalam Laut Kedah dan Selat Melaka (pusat berdagang) sejauh 100km. Menarik bukan?

SKY BIKE VIEW : TARIKAN TERBARU DI GUNUNG JERAI!

Berbasikal berlatar belakangkan pemandangan indah sawah padi yang terbentang luas dan juga dapat melihat laut Selat Malaka pastinya satu pengalaman yang cukup menarik. Tarikan terbaru ini membawakan pengunjung untuk mencuba berbasikal dengan melihat pemandangan yang indah.

Lebih menariknya, harga yang dikenakan adalah pada harga yang sangat berbaloi iaitu hanya RM20 sahaja! Jadi, apa lagi tunggu? Jom ke Gunung Jerai dan cuba aktiviti dan tarikan terbaru ini!

LOKASI : The Jerai Hill Resort, Jalan Kaki Bukit, Lebuhraya Utara – Selatan, 08300 Gurun, Kedah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *