Sunway Lagoon Night Park Tarikan Terbaru di Sunway Lagoon! Harga Tiket Cuma RM35 sahaja!

Sunway Lagoon yang terletak di Subang Jaya, Selangor merupakan antara taman tema yang terkenal dan terkemuka di Malaysia. Merupakan tumpuan utama bagi pengunjung yang mahu bermain permainan dan tarikan air. Selain itu, pelbagai acara juga diadakan di Sunway Lagoon ini termasuklah seperti konsert dan sebagainya.

Tetapi sebenarnya dalam Sunway Lagoon ni ada pelbagai zon atau tema seperti Wildlife Park, Amusement Park, X Park, Lost Lagoon, Scream Park dan juga Water Park.

Sunway Lagoon Night Park

Sunway Lagoon kini menampilkan satu lagi tarikan terbaru iaitu Sunway Lagoon Night Park yang dibuka bermula jam 6.00 petang sehingga 11.00 malam. Bertemakan ‘The Good, The Bad, And The Wild’, tarikan ini mempamerkan budaya ‘cowboy’ daripada negara Amerika Syarikat dalam persembahan dan juga permainan mereka.

Dengan lebih 80 jenis tarikan di kawasan seluas 88 ekar ini, pelbagai permainan yang anda boleh cuba dengan kawan-kawan serta ahli keluarga.

Antara aktiviti dan juga tarikan yang menjadi tumpuan para pengunjung di Sunway Lagoon Night Park ini adalah:

  • Permainan air di Grand Canyon River Rapid
  • Colorado Splash
  • Rodeo Bull di Bold & Wild Ride (Tambahan RM25 untuk seorang)
  • Persembahan Spirit of Iosheka di Lorado Storage
  • Memerah sendiri susu lembu di kandang Farm Fresh

Antara yang paling dinanti-nantikan semua adalah harga jualan tiket untuk masuk ke Sunway Lagoon Night Park ini. Jangan terkejut kerana harga untuk masuk ke dalam tarikan terbaharu ini tidak sama seperti tiket ke Sunway Lagoon.

Harga tiket adalah seperti berikut:

  • Dewasa (MyKad): RM35
  • Kanak-kanak (MyKid): RM30
  • Dewasa (Tanpa MyKad): RM45
  • Kanak-kanak (Tanpa MyKad): RM40

Kepada anda yang teruja dan mahu mencuba sendiri permainan di Sunway Lagoon Night Park, bolehlah cepat-cepat beli tiket di laman web mereka. Peringatan juga untuk membawa pakaian salin kerana anda pasti akan basah apabila menaiki beberapa permainan.

Lokasi : 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor.
Waktu operasi : Dibuka setiap hari termasuk cuti umum kecuali Selasa. (6:00PM – 11:00PM)
Laman Web : https://sunwaylagoon.com/night-park/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *