Tahniah! AirAsia Dinobatkan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia kali ke 13 berturut-turut!

AirAsia telah dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambah Rendah Terbaik Dunia di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2022 untuk tahun ke-13 berturut-turut.

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Tony Fernandes berkata tahun ini terasa lebih istimewa kerana para pengundi terus menyokong syarikat walaupun telah melalui tempoh yang amat sukar berikutan COVID-19.

“Kami akan terus terbang tinggi. Kami telah bertahan, membina semula perniagaan dan kini sedang pulih untuk terus menawarkan lebih nilai dan pilihan kepada semua tetamu kami,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengucapkan tahniah atas pencapaian tersebut, menyatakan AirAsia bukan sahaja telah memacu dan merevolusikan perjalanan udara dengan tambang rendah di Malaysia dan ASEAN, malah memberi sumbangan besar kepada industri pelancongan dan sektor ekonomi negara.

“Ini sememangnya satu pencapaian yang hebat bukan sahaja untuk AirAsia, tetapi juga untuk Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Skytrax Edward Plaisted berkata AirAsia mentakrifkan semula perjalanan udara dengan tambah rendah di Asia dan walaupun telah menghadapi cabaran pasca-pandemik baru-baru ini, ia terus menjadi pilihan pelanggan.

“Memenangi anugerah Syarikat Penerbangan Tambah Rendah Terbaik Dunia buat kali ke-13 adalah satu pencapaian yang menakjubkan dan kami mengucapkan tahniah kepada semua ahli keluarga AirAsia atas pencapaian ini,” katanya.

Sebagai anugerah penanda aras global bagi kecemerlangan syarikat penerbangan, Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2022 menerima undian daripada 14.3 juta pelanggan yang terdiri daripada lebih 100 warganugara yang mengundi lebih 300 syarikat penerbangan dari September 2021 hingga Ogos 2022.

Sumber : Bernama

Artikel Terpilih

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Warga Perak terutamanya bagi mereka yang berada di ibu negeri Perak, Ipoh kali ini boleh lah meluangkan masa bersama keluarga…
Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 jenis bunga bakal menjadi tarikan pengunjung pada Pesta Bunga Melaka 2022 yang akan berlangsung di Taman Seribu Bunga,…
MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

Penerbangan sulung syarikat penerbangan tambah rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mendarat di Pulau Pinang pada 23 Disember, sekali…
Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Mencari homestay yang mesra kanak-kanak agak sukar terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kadang-kala ibu bapa perlukan masa untuk…
Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Pulau Pinang sememangnya satu lokasi pelancongan utama di negara kita. Dikenali ramai dengan tempat-tempat menarik bukan sahaja oleh pelancong tempatan…
Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Kualiti dan potensi pelbagai kemudahan di negeri ini menjadi faktor Selangor dipilih sebagai tuan rumah pameran adiwira dunia pertama di…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?