Taman Bertemakan ‘Avatar’ di Garden By The Bay

Kalau berkunjung ke negara yang terletak di selatan tanah air iaitu Singapura, antara lokasi yang pastinya dikunjungi sudah pastinya Gardens By The Bay. Melancong ke Singapura pastinya tidak sempurna jika tidak berkunjung ke Gardens By The Bay, sebuah taman moden yang paling luas dan indah di negara itu.

Berkeluasan 101 hektar dan memiliki lebih dari satu juta koleksi tanaman, tidak hairanlah mengapa lokasi yang terletak berhampiran Marina Reservoir dan di selatan Marina Bay Sands ini menjadi ikon pelancongan Singapura. Gardens By The Bay terbuka kepada semua pengunjung dan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bay Central Garden, Bay East Garden dan Bay South Garden. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke Bay East Garden, SuperTree Grove, Sun Pavillion, Heritage Gardens, World of Plants, Dragonfly & Kingfisher Lakes.

Terkini, satu tarikan menarik terutamanya buat penggemar filem Avatar diadakan di sini, dimana taman tertutup ‘Cloud Forest’ akan dihias bertemakan filem Avatar. Tarikan terbaru ini akan dibuka sehingga bulan Mac 2023 dan menjangkau 4,000 meter persegi dan akan dihias menjadi ‘Pandora’, iaitu sebuah planet fiksyen yang menjadi latar tempat filem pecah panggung “Avatar”.

Ia akan menampilkan pengalaman perjalanan menarik pada waktu siang dan malam yang mengasyikkan yang diilhamkan oleh filem James Cameron tersebut.

25 Elemen Pandora

Peminat Avatar boleh melihat 25 elemen Pandora di Gardens by the Bay, termasuk Na’vi iaitu penghuni planet Pandora. Para pengunjung juga akan dapat melihat replika ‘Ilu’, iaitu makhluk laut baharu yang akan dipaparkan dalam filem akan datang “Avatar: The Way of Water”.

Paling menarik, pameran ini diserikan lagi dengan pencahayaan teater dan laser yang dipadankan dengan kesan bunyi dan angin, serta replika animatronik.

MAKLUMAT LANJUT

Tarikh Pameran
28 Oktober 2022 hingga 31 Mac 2023, dari 9 pagi hingga 9 malam

Lokasi
Cloud Forest, Gardens by The Bay 18 Marina Gardens Drive, 018953, Singapura

Tiket Masuk
Harga tiket masuk ke Cloud Forest bagi bukan Warganegara Singapura adalah seperti berikut :

Dewasa: S$53 | RM177+
Kanak-Kanak : S$40 | RM133+

Sumber : Mothership SG
Gambar : Hayley Foong

Artikel Terpilih

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Warga Perak terutamanya bagi mereka yang berada di ibu negeri Perak, Ipoh kali ini boleh lah meluangkan masa bersama keluarga…
Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 jenis bunga bakal menjadi tarikan pengunjung pada Pesta Bunga Melaka 2022 yang akan berlangsung di Taman Seribu Bunga,…
MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

Penerbangan sulung syarikat penerbangan tambah rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mendarat di Pulau Pinang pada 23 Disember, sekali…
Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Mencari homestay yang mesra kanak-kanak agak sukar terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kadang-kala ibu bapa perlukan masa untuk…
Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Pulau Pinang sememangnya satu lokasi pelancongan utama di negara kita. Dikenali ramai dengan tempat-tempat menarik bukan sahaja oleh pelancong tempatan…
Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Kualiti dan potensi pelbagai kemudahan di negeri ini menjadi faktor Selangor dipilih sebagai tuan rumah pameran adiwira dunia pertama di…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?