Taman Tema Air Terbaru di Bertam, Pulau Pinang! Lihat Harga & Tarikan Utama!

Berita gembira buat orang utara tanah air apabila sebuah lagi taman tema air bakal dibuka dan bertemakan ala timur tengah! Bolehlah bermandi-manda bersama keluarga disamping melihat tarikan yang terdapat di sini!

Taman Tema Bertam Souk & Water Park ini bakal dibuka bermula 15 Disember 2022 dan bakal menerima lebih 200,000 pengunjung setahun. Lokasinya di Bertam, iaitu kira-kira 20 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Taman tema air yang dihasilkan dengan nilai lebih RM90 juta ini akan menjadi salah satu lokasi tumpuan pelancong terutamanya dikawasan sekitar Bertam. Terdapat lebih daripada 10 tarikan yang menarik di taman tema air ini dimana tema yang dibawa adalah taman tema ala timur tengah.

Ada banyak tarikan yang menarik disini yang anda boleh cuba! Selain itu, sempena pembukaan ini, khas untuk warga Kepala Batas, Pulau Pinang bakal menikmati 30% potongan harga! Jom lihat tarikan yang terdapat di Bertam Souk & Water Park ini.

DAWWAMA TORNADO
RUSH RACER
DOWH & KRAKEN
VOYAGER
SALALAH RAFT
SCEIRAH DROP
PEARL OASIS
BLUE LAGOON
AL WADI WELLNESS
AL NAHR JOURNEY
SHALLAL FORT
JABAL FORT
WET VENTURE COURSE

Bertam Souk & Water Park

Menarik bukan tarikan yang terdapat sini? Oh ya, dalam perancangan juga sebuah resort juga akan dibuka disini, jadi lebih seronok bila dapat mandi amnda dan bermalam juga disini. Berikut adalah senarai harga tiket masuk dan juga sedikit info lanjut berkenaan Bertam Souk & Water Park ini.

HARGA TIKET MASUK

WAKTU OPERASI : Dibuka setiap hari kecuali hari rabu untuk penyelenggaraan. Mempunyai dua sesi iaitu Fun In The Sun & Moonlight Wave.

Fun In The Sun : 10.00 Pagi – 5.00 Petang
Moonlight Wave : 6.00 Petang – 10.00 Malam

Setiap hari pula akan mempunyai waktu penyelenggaraan iaitu antara dua sesi ini berakhir dan bermula. Untuk maklumat lanjut, anda boleh lihat dan juga hubungi di pautan dan info yang diberikan di bawah.

Instagram : https://www.instagram.com/bertamsoukandwaterpark/
Laman Web : https://bertamresortwaterpark.com/home-waterpark/
Hubungi : +604 577 8000

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *