Taman Tema Kanak-Kanak Indoor KIDS CEO Playland Terbesar di Pulau Pinang!

Taman permainan merupakan antara tempat yang paling disukai kanak-kanak. Bagi ibubapa pula, tempat sebegini kadangkala agak berbahaya terutamanya apabila tiada pengawasan dan juga penyelenggaraan taman permainan itu sendiri. Kini, jangan risau lagi, khas bagi mereka yang berada di utara tanah air, anda boleh membawa anak-anak ke Kids CEO Playland!

KIDS CEO PLAYLAND

Terletak di Bandar Perda, Bukit Mertajam, iaitu Kids CEO taman hiburan INDOOR kanak-kanak yang paling besar di Pulau Pinang! Di sini terdapat pelbagai ruang termasuklah ruang permainan untuk bayi kecil, dan juga kafe. Selain itu, tempahan untuk pesta harijadi kanak-kanak juga boleh diadakan di sini. Paling utamanya adalah mempunyai kawasan yang luas untuk anak-anak anda bermain sepuasnya !

Untuk faktor kebersihan pula, jangan risau, di sini sentiasa mengamalkan pembersihan serta pembasmian kuman dan pensterilan selama setengah jam bagi setiap sesi.

APA YANG MENARIK DI SINI?

1# Terdapat kolam bola berwarna-warni yang paling besar, sensor video games, mini basikal, dan mini kereta bumper di tingkat bawah sekali!
2# Terdapat Gelung Gelongsor tinggi dua tingkat, Rainbow Gelongsor tinggi dua tingkat,, kawasan panjat dinding, permainan mengait berwarna-warni, dan permainan buaian di tingkat satu!
3# Terdapat kawasan taman istana, Lego, permainan masak-masak, dan pasir di tingkat 2.
4# Terdapat juga banyak baju-baju princess, spiderman, bomba dan sebagainya!!

Sekiranya kanak-kanak merasa lapar selepas main, mereka dapat menikmati menu dan makanan yang sedap dan khasiat! Ibu bapa juga dapat menikmati pelbagai makanan sambil menunggu anak-anak mereka. Dilengkapi CCTV untuk memantau seluruh taman permainan, ibu bapa tidak perlu risau kerana kanak-kanak akan sentiasa dipantau.

Untuk makluman, Kids CEO Playland telah memperoleh The Malaysia Book of Records. Tahniah! Jom baca anak-anak anda ke KIDS CEO PLAYLAND!

Kids CEO Playland

Alamat:No 3, Jalan Perda Jaya,Kawasan Perniagaan Perda Jaya, Bukit Mertajam
Tel:018-9889433
Waktu Operasi: Tue – Sat :12pm-2.30pm / 3pm-5.30pm / 7pm-9.30pm
Sun/Public Holiday :10am-12.30pm / 1pm-3.30pm / 4pm-6.30pm / 7pm-9.30pm
Map: https://goo.gl/maps/nAYjXKDHEC2FuGMN9

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *