Tambang Feri Langkawi Dinaikkan Sehingga RM3.50 Selepas 15 Tahun

Pulau Langkawi merupakan antara destinasi pilihan pelancong tempatan dan luar negara. Saban tahun pastinya ramai yang menjadikan Langkawi sebagai lokasi untuk bersantai, bercuti dan berehat bersama keluarga dan rakan-rakan.

Antara pengangkutan utama ke pulau ini selain menaiki kapal terbang adalah dengan menaiki feri. Terkini, pihak pengurusan feri, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn. Bhd. mengumumkan kenaikan kadar tambang bagi laluan Langkawi ke Kuala Perlis dan Kuala Kedah berkuat kuasa bermula 5 Ogos 2022..

Tambang feri ke Pulau Langkawi dinaikkan antara RM3 hingga RM3.50 mulai 5 Ogos 2022 susulan kenaikan pelbagai kos operasi. Harga tiket feri baharu bagi laluan Kuala Perlis-Langkawi adalah RM21 untuk dewasa dan RM16 bagi kanak-kanak, daripada masing-masing RM18 dan RM13.

Manakala bagi laluan Kuala Kedah-Langkawi pula, harga untuk dewasa RM26.50 berbanding RM23 sebelum ini, bagi kanak-kanak RM20.50 berbanding RM17 sebelum ini.

Menurut kenyataan Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, harga tambang ditawarkan turut berbeza bagi warganegara asing yang sebelum ini membayar tambang sama dengan penduduk tempatan. Tambang warga asing bagi laluan Kuala Perlis adalah RM27 bagi dewasa dan RM19.50 bagi kanak-kanak, manakala untuk laluan Kuala Kedah adalah RM34.50 bagi dewasa serta RM25.50 bagi kanak-kanak.

Pengurus sumber manusia dan operasinya, Baharin Baharom, berkata, kali terakhir kenaikan tambang feri Langkawi adalah 15 tahun lalu.

“Kedua-dua laluan feri itu merupakan feri yang mempunyai tambang termurah di negara, iaitu pada 86 sen bagi setiap batu nautika (Kuala Perlis) dan 77 sen bagi setiap batu nautika (Kuala Kedah).”katanya.

Beliau berkata, harga diesel industri adalah sebanyak 83 sen setiap liter pada 2007 telah melonjak kepada RM4.17 setiap liter.

“Kami juga tidak boleh lari daripada kenaikan gaji selaras dengan dasar gaji ditetapkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa,” katanya.

Difahamkan, kali terakhir kenaikan kadar tambang bagi laluan tersebut adalah pada 15 Disember 2007 iaitu RM5 bagi laluan Kuala Kedah dan RM3 bagi Kuala Perlis.

Sumber : Feri Langkawi

Artikel Terpilih

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Warga Perak terutamanya bagi mereka yang berada di ibu negeri Perak, Ipoh kali ini boleh lah meluangkan masa bersama keluarga…
Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 jenis bunga bakal menjadi tarikan pengunjung pada Pesta Bunga Melaka 2022 yang akan berlangsung di Taman Seribu Bunga,…
MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

Penerbangan sulung syarikat penerbangan tambah rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mendarat di Pulau Pinang pada 23 Disember, sekali…
Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Mencari homestay yang mesra kanak-kanak agak sukar terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kadang-kala ibu bapa perlukan masa untuk…
Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Pulau Pinang sememangnya satu lokasi pelancongan utama di negara kita. Dikenali ramai dengan tempat-tempat menarik bukan sahaja oleh pelancong tempatan…
Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Kualiti dan potensi pelbagai kemudahan di negeri ini menjadi faktor Selangor dipilih sebagai tuan rumah pameran adiwira dunia pertama di…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?