Tarikan Terbaru di ESCAPE Penang; Permainan Ski & ‘Dead Sea Pool’!

ESCAPE Penang merupakan salah satu lokasi yang menjadi pilihan orang ramai, terutamanya bagi mereka yang berada di negeri Pulau Pinang untuk bersuka ria dan beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan. Terletak di Teluk Bahang, ESCAPE Penang ini juga berdekatan dengan tempat menarik seperti Batu Feringgi, Tropical Spice Garden dan banyak lagi.

Tahukan anda di ESCAPE Penang ini terdapat dua permainannnya yang diiktiraf oleh Rekod Dunia Guiness? Gelongsor air di ESCAPE Penang adalah yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 1.11-kilometer manakala ‘zip coaster; juga terpanjang di dunia sejauh 1,135 meter!

TARIKAN TERBARU ESCAPE PENANG, SKI & DEAD SEA POOL

Tahun ini, ESCAPE Penang memperkenalkan dua lagi permainan baharu iaitu ski dan juga ‘dead sea pool. Selepas memiliki 2 permainan diiktiraf Rekod Dunia Guinnes, ESCAPE Penang tidak berhenti di situ dan terus maju untuk menambah lagi permainan unik untuk keseronokan pengunjungnya.

Pada 3 November 2022, ESCAPE Penang secara rasmi telah melancarkan dua permainan baharu iaitu ski dan ‘dead sea pool’, majlis perasmian itu telah dirasmikan oleh EXCO Pelancongan Kreatif Negeri Pulau Pinang, YB Yeoh Soon Hin, bagi pihak Ketua Menteri Pulau Pinang serta dihadiri oleh Dato’ Sim Choo Keng, pengasas dan pengerusi eksekutif Sim Leisure Group.

Ketika majlis perasmian, pemain ski Alphine Olimpik Malaysia yang berusia 18 tahun, Aruwin Salehuddin turut hadir untuk meluncur ski sebagai gimik pelancaran. Majlis perasmian dan sambutan ESCAPE Penang ke 10 ini dihoskan oleh pengacara dan pelawak veteran tempatan, Harith Iskander.

Untuk maklumat, ‘Ski slope’ ini dihasilkan daripada bahan khas dimana ia membolehkan papan luncur untuk meluncur dengan mudah meskipun tiada salji. Selain itu, barangan lengkap untuk meluncur turut disediakan dan anda akan diberikan penerangan terlebih dahulu sebelum mencuba untuk meluncur. Pastikan anda berhati-hati dan elakkan daripada terjatuh ke hadapan kerana ia akan sedikit merbahaya.

‘Dead sea pool’ pula, disebabkan ketumpatan garam yang tinggi dalam kolam tersebut, anda akan sentiasa terapung secara semulajadi, seperti anda berada di laut mati, Jordan. Anda juga perlu memakai ‘goggles’ bagi melindungi mata anda.

Jom ke ESCAPE Penang dan cuba permainan dan tarikan terbaru yang ada di sini!

Rujukan : ESCAPE Penang

Artikel Terpilih

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Warga Perak terutamanya bagi mereka yang berada di ibu negeri Perak, Ipoh kali ini boleh lah meluangkan masa bersama keluarga…
Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 jenis bunga bakal menjadi tarikan pengunjung pada Pesta Bunga Melaka 2022 yang akan berlangsung di Taman Seribu Bunga,…
MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

Penerbangan sulung syarikat penerbangan tambah rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mendarat di Pulau Pinang pada 23 Disember, sekali…
Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Mencari homestay yang mesra kanak-kanak agak sukar terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kadang-kala ibu bapa perlukan masa untuk…
Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Pulau Pinang sememangnya satu lokasi pelancongan utama di negara kita. Dikenali ramai dengan tempat-tempat menarik bukan sahaja oleh pelancong tempatan…
Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Kualiti dan potensi pelbagai kemudahan di negeri ini menjadi faktor Selangor dipilih sebagai tuan rumah pameran adiwira dunia pertama di…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?