Tebus E-Baucar Sehingga RM100 Untuk Pembelian Tiket Penerbangan Domestik

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Tourism Malaysia melancarkan Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 bagi Kluster Pengangkutan Udara dalam usaha menyemarakkan pelancongan domestik seiring peralihan ke fasa endemik.

Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 yang merupakan kesinambungan daripada Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE 1.0), adalah salah satu inisiatif di bawah Pelan Pemulihan Industri Pelancongan yang melibatkan penyaluran insentif kepada rakyat Malaysia dalam bentuk diskaun, baucar dan rebat.

Di bawah Kluster Pengangkutan Udara, dianggarkan seramai 45,879 rakyat Malaysia berpeluang menebus tawaran e-baucar bernilai antara RM25 sehingga RM100 menerusi pembelian tiket penerbangan secara dalam talian melibatkan lima syarikat penerbangan bermula 1 Julai sehingga 31 Disember 2022.

Lima syarikat penerbangan tersebut ialah Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air (Malindo Air), Firefly dan MASwings. Pembelian tiket boleh dibuat sama ada menerusi aplikasi atau laman sesawang syarikat-syarikat penerbangan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri berkata, pelancaran inisiatif ini bertujuan menarik minat orang ramai khususnya Keluarga Malaysia untuk terus membuat tempahan tiket pengangkutan udara pada harga diskaun istimewa.

“Kerjasama strategik yang dijalinkan oleh Tourism Malaysia bersama syarikat-syarikat penerbangan ini disasarkan untuk merangsang kembali pemulihan industri pelancongan sekali gus membantu kepada pemulihan ekonomi negara secara keseluruhan,” katanya.

Malaysia Airlines (MAS) akan mempromosikan tawaran e-baucar bernilai RM100 untuk 10,000 pengguna manakala Firefly dan Batik Air masing-masing menawarkan penebusan sebanyak RM50 kepada 4,000 penumpang. Seramai 4,000 pengguna MASwings pula boleh menebus e-baucar bernilai RM25. Tawaran bagi tiket penerbangan melibatkan MAS, Firefly, Batik Air dan MASwings ini adalah terhad untuk satu kali penebusan sahaja.

Bagaimanapun, rakyat Malaysia boleh melakukan penebusan maksimum sehingga tiga kali bagi tawaran e-baucar bernilai RM50 melibatkan penerbangan sehala atau dua hala AirAsia yang disasarkan untuk 23,879 penumpang.

Penebusan e-baucar yang ditawarkan oleh semua syarikat penerbangan tersebut adalah terhad kepada sektor penerbangan domestik sahaja.

Sumber : Tourism Malaysia

Artikel Terpilih

"Percutian dalam negara masih dapat permintaan tinggi"- Tourism Malaysia

"Percutian dalam negara masih dapat permintaan tinggi"- Tourism Malaysia

Kecoh baru-baru ini apabila ramai mempertikaikan tentang rakyat Malaysia yang semakin ramai memilih negara jiran sebagai lokasi percutian berbanding lokasi…
Tahniah! AirAsia Dinobatkan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia kali ke 13 berturut-turut!

Tahniah! AirAsia Dinobatkan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia kali ke 13 berturut-turut!

AirAsia telah dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambah Rendah Terbaik Dunia di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2022 untuk tahun ke-13…
Rakyat Malaysia Tidak Perlu Visa Untuk Melancong Ke Jepun Bermula 11 Oktober 2022

Rakyat Malaysia Tidak Perlu Visa Untuk Melancong Ke Jepun Bermula 11 Oktober 2022

Berita baik buat ‘kaki travel‘, negara Jepun akan menghapuskan semua sekatan perjalanan COVID-19, termasuk keperluan pakej pelancongan untuk pelancong persendirian.…
Ini Senarai Penginapan Dengan View Gunung Kinabalu! Memang sangat cantik!

Ini Senarai Penginapan Dengan View Gunung Kinabalu! Memang sangat cantik!

Gunung tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Kinabalu merupakan sebuah lokasi yang menjadi tumpuan jutaan pelancong. Sama ada pelancong yang datang…
Harga Tiket Masuk Selangor Fruit Valley Naik RM5 Mulai 1 Oktober

Harga Tiket Masuk Selangor Fruit Valley Naik RM5 Mulai 1 Oktober

Harga tiket masuk ke Selangor Fruit Valley (SFV) akan mengalami kenaikan RM5 bagi memastikan perkhidmatan dan kualiti dapat ditingkatkan. Pusat…
Rasai Suasana Zaman Silam di Perkampungan Adat Melayu Seri Banian, Pendang, Kedah

Rasai Suasana Zaman Silam di Perkampungan Adat Melayu Seri Banian, Pendang, Kedah

Seni bina kediaman Melayu asli yang lazimnya berdindin kayu serta beratap nipah atua rumbia kini semakin ditelah zaman, digantikan dengan…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?