Thailand Catat Kemasukan 10 Juta Pelancong, Ketatkan Keselamatan Susulan Peningkatan Pelancong

Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-cha mengarahkan kawalan keselamatan ditingkatkan bagi melindungi pelancong memandangkan peningkatan ketibaan ke negara Asia Tenggara itu.

Prayut menggesa habatan berkaitan, polis dan pengusaha perniagaan pelancongan meningkatkan langkah keselamatan di semua tempat selain memastikan keselamatan kesihatan awam, menurut timbalan jurucakap Traisureee Taisaranakul pada Khamis.

Traisuree berkata ekoran kemasukan pelancong yang berterusan semasa musim sibuk, keselamatan pelancong tempatan dan asing penting bagi memastikan mereka terus yakin untuk melakukan perjalanan di ngeara ini, lapor Xinhua.

Sehingga 5 Dis, Thailand menerima 9.78 juta pelancong antarabangsa, menurut Pihak Berkuasa Pelancongan, dijangka jumlah itu akan mencecah 10 juta menjelang 10 Dis.

Jumlah itu meningkat daripada 6.7 juta ketibaan pelancong yang direkodkan pada 2021, namun masih jauh berbanding paras tertinggi yang dicatatkan pada 2019 iaitu 40 juta, menurut data Kementerian Pelancongan dan Sukan.

Prayut turut mengarahkan Kementerian Pengangkutan menghubungi syarikat penerbangan antarabangsa untuk menambah penerbangan bagi memenuhi permintaan yang meningkat, kata jurucakap kerajaan Anucha Burapachaisri.

Sektor pelancongan yang terjejas teruk oleh pandemik Covid-19 adalah antara pemacu ekonomi utama Thailand dan sumber pekerjaan utama. Pemulihan sektor pelancongan akan menyumbang kepada pemulihan pesat ekonomi negara secara berterusan.

Sumber : Bernama

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *