Tiket Masuk Genting SkyWorlds Dinaikkan Harga! Ini Cara Dapatkan Harga Terendah!

Anda pastinya sudah sedia maklum tentang Taman tema Genting SkyWorlds yang dibuka secara rasmi pada 7 Februari 2022 yang lalu dan ramai pengunjung tidak kira tempatan mahupun luar negara telah mengunjungi taman tema ini.

Terbaharu, harga tiket masuk ke Genting SkyWorlds telah meningkat menerusi sebuah kenyataan diberikan oleh Genting Malaysia Bhd bermula 1 November 2022. Sebelum ini, harga untuk satu tiket dewasa sama ada beli di dalam talian atau pun di kaunter ialah RM151. Namun bermula Selasa 1 November, tiket yang dibeli di sana berharga RM170 setiap satu. Tidak dapat dipastikan sama ada harga tiket kanak-kanak akan terkesan ataupun tidak.

Baca Juga : Apa Yang Menarik di Taman Tema Genting SkyWorlds

Menurut wakil Genting SkyWorlds, pelarasan harga ini bertujuan memberi pengunjung pengalaman yang lebih baik sebelum mereka datang ke sana kerana mereka tidak perlu beratur untuk membeli tiket. Pengunjung dinasihatkan untuk membeli tiket sehari lebih awal daripada tarikh yang anda mahu berkunjung ke taman tema ini.

Oleh itu, untuk dapatkan penjimatan yang besar, anda boleh lakukan pembelian di dalam talian dengan harga kekal RM151 untuk dewasa, manakala bagi kanak-kanak dengan ketinggian bawah 110cm pula RM128. Selain itu, untuk jadikan kunjungan anda lebih santai, pastikan anda muat turun aplikasi Genting SkyWorld di Google Play Store atau App Store untuk elak beratur panjang bagi menunggu giliran bermain.

Rujukan : Theedgemarkets

Artikel Terpilih

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Warga Perak terutamanya bagi mereka yang berada di ibu negeri Perak, Ipoh kali ini boleh lah meluangkan masa bersama keluarga…
Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 jenis bunga bakal menjadi tarikan pengunjung pada Pesta Bunga Melaka 2022 yang akan berlangsung di Taman Seribu Bunga,…
MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

Penerbangan sulung syarikat penerbangan tambah rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mendarat di Pulau Pinang pada 23 Disember, sekali…
Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Mencari homestay yang mesra kanak-kanak agak sukar terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kadang-kala ibu bapa perlukan masa untuk…
Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Pulau Pinang sememangnya satu lokasi pelancongan utama di negara kita. Dikenali ramai dengan tempat-tempat menarik bukan sahaja oleh pelancong tempatan…
Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Kualiti dan potensi pelbagai kemudahan di negeri ini menjadi faktor Selangor dipilih sebagai tuan rumah pameran adiwira dunia pertama di…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?